Alam remaja (Pt. 2)
Salam. Aku nak smbung citer hari tu.
Selepas dpt periksa no 25/28 pada peperiksaan pertama aku di SMSJ, aku pun berazam nak tingkatkan usahalah dlm pelajaran..sebab bila balik rumah mak bapak aku pun sound juga apasal no teruk sgt. Tapi aku ni jenis yg tak rajin belajar sgtlah and tak terer kepala otak mcm Yem Isa, Elham, Ee Huei Wuan, Sha'ri, Ragunath kasibantai...dan ramai lagi, dorang tu kira brilliant lah. Tp aku pun tak nak lah no yg 20 keatas, jd aku usahalah juga setakat mana yg aku mampu n no aku dlm kelas kemudian turun naik jugalah...cuma aku jenis tak suka ketinggalan dlm pelajaran, so just try to keep up with the class lesson jer. Buat keja rumah, nota skit2...
Zaman remaja adalah zaman mencari identiti. Masa kat SMSJ aku perasan ada 4 kumpulan budak (utk lelaki jerlah). Satu yg jenis study dan ada kelebihan sendiri mcm Yem Isa...pandai, rajin dan terer melukis, jadi identiti dorang memang dah terkenal lah kira. Dorang ni tak lah aku anggap mcm skema tu tp dorg ni baik2 jer. Tp kumpulan ni tak ramai. Mcm Sha'ri dia pandai dan mempunyai ketokohan sebagai ketua n terer sukan juga. Itu yg dia jadi headboy tu...
Kumpulan kedua plak, pandailah juga cuma tak rajin sgt...mcm aku nilah. Tp kumpulan kedua ni ada mcm2 kelebihan yg lain, seperti petah bercakap mcm Usop, arwah Shahblack dan juga Shamsul Jepun. Dorang nilah yg kemudian mewakili sekolah dlm team debate mcm masa pegi ke SMS Kelantan masa form 5 dulu untuk Piala Perdana Menteri. Dalam kumpulan ni juga terdapat yg terer sukan mcm Sudin Md. Dom dlm rugby, Syed Bakar, Bagio, Yem Babu, Isa Kahar dll dlm bola dan yg terer dlm sukan2 lain.
Kumpulan ketiga pulak ialah kumpulan kedua yg tak bape nak involve dlm apa2 aktiviti sangat tp ada yg kisah dan ada yg tak kisah utk mencari identiti dorang.
Tapi kumpulan yg ke4 lagi special. Dorang ni pun pandai jugak, tp ada kenakalan dorg. Kalau stakat deng atau panjat pagar tu ok lagilah. Kumpulan ni dorg special lagi skit. Terer dlm bab2 silat, gaduh etc n berani! Tak sume org bole join dorg ni. Siapa dlm kumpulan ni, korang bole teka sendiri...hehehe
Kadang2 budak dlm kumpulan 2 dan 3 ni, dia nak juga join yg kumpulan 4 ni...tu yg terikut2 seperti hisap rokok n panjat pagar. Aku teringat abg aku Gibug ada cuba ikut2 kumpulan ni..tp terjerat sendiri bila kena tangkap tengok wayang midnight masa bulan puasa. Bila waktu sahur, dorang kena beratur kat dpn dewan makan kalau tak silap aku. Siapa lagi yg kena tangkap masa tu aku tak ingat...hehehe..
Aku pun ada terikut2 juga, jadi tu yg mula deng and ada jugalah panjat pagar tgk midnight citer Gold yg dibintangi pelakon Roger Moore. Tp alhamdulillah slamat tak kena tangkap. Masa kena tangkap pun terlepas, mcm masa ramai2 kumpul berdeng kat belakang kelas E2 masa nak prep. Masa tu aku tengah tunggu turn nak kena deng gak tp belum smpai turn aku. Tiba2 Mr. Paul masuk. Masa tu Maha (Md. Fadzullah tgh duduk atas meja n hisap rokok. Masa Mr. Pau masuk dia terpegun dan tak dpt buat apa2 sbb rokok kat tangan dia. Mr. Paul suroh dia bukak spec dia n "PAANG" dia dia kena tampar dan berkata "U dare to hold the stick in front of me". Sume kat situ kena amik nama n pegi jumpa Mr. Paul tp aku ckp benar kat dia yg aku mmg hisap rokok tp masa tu aku tak hisap (lagi!..sbb belum smpai turn aku..hehehe). Tp bila aku tengok dorg ni berani sangat, aku tak jadilah nak ikut dorg sgt. So, aku cari jalan lain utk cari identiti dan itu yg aku tumpu pada sukan. Teringat juga masa form 4, aku ni jenis relaks jer. Kalau member ajak buat sesuatu kalau ok, aku ikut aje. Jadi masa aku kena pakai spec, Azman suroh aku buat spec macam dia. Spec bulat mcm John Lennon dan tinted plak. Skali tu masa masuk kelas Mr. Paul juga kalau tak silap aku, dia kena marah n aku baru masuk kelas n yg lain cepat2 bgtau jgn pakai spec hitam aku tu. Lps tu kenalah tukar spec lain...
(bersambung lagi pada Pt. 3)

Ulasan
tahniah syam...kau antara yang menjadi juara dikalangan kami