Landak mula menulis
Salam Sejahtera untuk semua dari...LANDAK. Sepatutnya 2 minggu lepas dah mula posting, malangnya komputer buat hal. Kemudian balik kampung, signal Braodband tidak berapa kuat, maka terpaksalah tunggu hingga hari ini untuk mula posting.
Seterusnya, untuk lebih terperinci. Nama seperti yang ramai telah sedia maklum, Abu Hashim bin Hassan dari Segamat. Bertugas di TNB, mulanya di Port Dickson sehingga 1983, Johor Bahru sehingga Dis 2008, dan ditukarkan ke Bangsar Jan 2009. Kini bertugas di Pusat Kawalan Wilayah Selatan sebagai Pembantu Kawalan Sistem.
Masih lagi seorang isteri. Anak dari kiri, Tingkatan 5, baru mula bekerja Jun 2009, baru masuk Kolej Kominiti Segamat 2 Jan 2009. Isteri adalah surirumah sepenuh masa. Keluarga menetap di Segamat, manakala saya terpaksalah menetap di Kerinchi bersama rakan-rakan. Ada beberapa rakan telah menghubungi saya seperti Kamisan, Rozie , Jamil, Azhari. Pernah jumpa Kamisan di Segamat beberapa tahun yang lepas.
Cukup dulu. Lain kali sambung lagi.
Ulasan
sahabat lama ku yg paling aggresif dan pemurah ... senyum ketawa, melukis katun, bersajak...hobinya.
Bolasepak kau suruh jd apa pun dia kata boleh ... mmg dia buat sungguh sungguh ... gkeeper , striker, winger ... walau cermin matanya plg tebal d smsj, he he he tp linesman dia tk mau. Aku kira si "g" dan "iss" pasti ingatttt, kau org yg selalu jeling si abu ni... sahabat yg sukar simpan rahsia...aku d blkgnya pndg jelous , kini nostalgia lama timbul kembali bila ku lihat wjh si abu tk berubah...
Aku hrp shbt ku ini dh pusing 360 degree style lamanya ... aku doakan abu bahgia brsma kluarga anugerah Allah .. salam dr ku d Muar.
maaflah biasadah mulut ni panggil kau landak lending. aku masih ingat aruah shah black nyanyi lagu tu dalam kelas...lupakanlah gurauan lama tu bu, maaf kan aku...kalau kita jumpa kosong kosong ok. jalanlah ke rompin, dan aku selalu turun segamat dgn isteri...mana rumah kau dan berapa no tipon kau...nanti aku call kau kalau aku kesana...salam
Cheriooo... antar Cartoon ya !
Cheriooo... antar Cartoon ya !
Kembara Kelana ... aku kerja giliran. Sabtu, Ahad dan Cuti Am pun kadangkala kena kerja. Malah kadang..kadang... Hari Raya pun kena kerja .... WAAAAAAAAA
Dulu.. jgn panggil dia landak , mmg dia baran... he he he tp kjp je...lps tu dia normal balek,senyum dn ktwa ... itu istimewanya si abu ni.
...'cinta monyetnya' aku tahu, tp tk leh nk cita dlm blog ni.. nnti ada orang bambu aku... putus pulak silaturrahim.
Modem MAT tk sbrg org boleh celen dia ...otaknya tjm, bljr sikit tp dpt byk... Dr G pun kau kecundangkan ,trmasuklah cikgu dan cikgi kita tu ... kau hebat bu !.
Istimewanya Allah bagi kau bakat... tp aku tk pasti samada kau guna tk anugerah Allah tu , krn smnjk th 1978 kte trputus trus ... salam dr ku ada masa smbg kmdian...
setuju ngan Tumiran, tak banyak berubah... tapi jika terjumpa ditengah jalan, rasanya memang tak perasan...kecuali dia bawa skali puteranya yang sorang tu... seperti masa dia tktn 1 dulu..
Dan tak tau yang Tuan Abu kita ni lama ada di KL... & skarang juga masih disini.
Cuma tu lah, dok perati.. tak pulak joint group gi tangkap udang kat Pucung ari tu...
Apa pun, selamat meneruskan tugas & selamat berbahagia bersama family
Senyum kau masa muda dan sekarang tk berubah. itu yg mahal.
Oleh kerana dia solo kat KL tuu, molek lah dia luangkan waktu masuk dalam blog... tak lah boring dia kan.
... & En Shaari kita kat UTM KL jabatan mana yaaa... senang bole jenguk tu
Nak kata dah lama kat KL.. Baru pindah secara tetap Jan 2009. Tetapi sebelum ini adalah juga datang sekejap2. Meeting, mesyuarat dan TIDAK termasuk mengorat. Tapi balik hari. Untunglah kamu semua, boleh tidur waktu malam dengan dibaluti kedinginan malam, tapi hamba terpaksa berjaga malam, demi keselesaan tidur kamu semua. Dan siang nanti, tidurlah hamba dengan kehangatan mentari pagi dan tengahari, tanpa baju atau seluar. Nasib baiklah ada bilik sendiri, dan kalau lapar kenalah memasak di kedai.
Rokok??? Masih lagi. Dan rasanya rekod hamba kena tangkap di Kluang masih belum pecah lagi.Hahaha....
Abu Hashim, kalau kau masih ingat Khir kelas m1-78. Aku kat Angkasapuri dari '85 hingga sekarang. Kerja biasa!
Boleh le kita makan nasi beringin kat nst tu.
Johor tu kat mana. Aku ni tak pandai cari makan. He.. he..