Gigit Lidah

Aku ajar diri aku satu perkara penting hari ini. Gigit lidah. Untuk jaga mulut dan tapis kendiri daripada berkata dan melakukan perkara yang buat aku menyesal kemudian hari.

Ceritanya begini. Jam 8.30 pagi aku sudah berada di bilik mesyuarat fakulti untuk viva 2 pelajar sarjana senior kawan aku satu kelas 25 tahun dulu. Seorang pada jam 9 seorang lagi jam 10.30 pagi. Penolong pendaftar tegur, hari ini aku maraton 2 student viva sekali. Aku ambil masa 3 dan lebih 5 tahun mendidik setiap seorang menyiapkan tesis. Memberi tusyen peribadi balik ke peringkat dasar tentang teori bidang kajian dan segala bagainya yang telah ditinggalkan lebih dua dekat hingga kepada analisis dan terjemahan data dan yang paling sakit adalah untuk melatih mereka menulis penulisan saintifik akademik. Hari ini viva baru semalam datang jumpa aku tunjuk power point rumusan pembentangan kajian. Malam pula dihujani dengan SMS dan emel minta tolong buatkan pembetulan. Dalam hati aku kata, banyak cantik makcik student aku yang satu ni. Mentang-mentang dulu kawan sekelas dan aku pula tak bagi mereka panggil aku dr ke, prof ke, naik daun nampaknya dia. Masa viva entah apa yang dijawabnya sambil bertongkat dagu mulut berselindung jari. Hampir semua soalan yang dijawabnya boomerang kat aku. Masuk ofis ringan saja mulut aku nak menyumpah @#$%^&*+ F1 F7 Fk B**k kat dia. Namun aku kuatkan menggigit lidah menahan naik darah. Walau hati aku sakit, darah aku naik dan perut aku terbelit.

Susah mengajar orang tua yang belajar untuk suka suka ni.

Ulasan

sha'ri berkata…
Lessons learned, dont commit yourself to something that you can expect it is going to be difficult or impossible to do. I dont offer to supervise someone I know. Neither giving someone a free ride. So, folks,, this is professional ethics.
g berkata…
Sha,
Can disagree more. Huge lessons learned. Will never take in anyone below 3.6 pointer nor those hidung-mancungs et al. that flood in the city of late on a pretext of whatever. Sad.
Sukimin berkata…
ditelan mati nak, dilauh mati bapak. dia sedor tak yang dia dah menyusahkan kawan? kesian g...nak tegur takut member kecik hati, tak tegur pulak sendiri yang makan hati
Citera Alam berkata…
g ,
Tak bahaya ya gigit lidah tu ? Tak pasal-pasal luka pulak nanti . Mungkin berselawat atau mengucap banyak-banyak boleh kurangkan rasa tersebut . Kalau lidah professor luka , macam mana nak sambung viva untuk student lain .
g berkata…
bahaya tak bahaya la mah, lidah luka tak apa, kurang sikit makan, boleh kurus badan. naik darah tadi dah turun, yang darah naik ni pulak dari pagi tadi tak turun lagi, ni yang ... suspen :o
Citera Alam berkata…
g ,
Pasti ke kurang makan boleh turun berat badan ? Masa saya dirawat di hospital selama tiga minggu , saya sengaja kurangkan makan , tambahan lagi masakan hospital tak menyelerakan . Saya ditegur kerana ini . Tetapi alangkah malangnya , berat tak mahu turun . Depa kata exercise cara berkesan nak turunkan berat . tapi dalam usia begini , tak lalu rasanya nak exercise. G , kan elok exercise tu daripada gigit lidah ? Sayangilah lidah anda . Lidah g tu aset UKM dan aset negara . Kalau lidah luka , susah nak beri lecture .
hafizah berkata…
Pity u G. I understand how you felt. Jgn luluskan aje. I'm sure you have your standard to observe. Takkan nak lepaskan org yg buat sanbil lewa aje. Kalau agak2 malas belajar, malas buat paper yg berkualiti, jangan sambung belajar, ya tak. Tak baik menyusahkan org.
Citera Alam berkata…
Saya dengar cerita mereka ni digelar kangkung . Kalau boleh , janganlah banyak kangkung-kangkung di negara ni . Pastikan berkualiti . Kalau tidak , yang luluskan itupun akan digelar kangkung juga . g tak kangkung kan !
kembara kelana berkata…
sorry aku lambat nak negok blog, sehari dua ni agak busy, entah apa apa. gee... walaupun kita ada standard yang perlu dijaga dan etika yang perlu diikuti... kau kena tegur secara dewasa, sebab marah tak semestinya naikkan suara dan keluarkan bahasa yang emosi.. tegur pun ada etika jugak kan, marah pun ada tarap profesional dan amaturnya. kalua ada orang marah tengking tengking, keluar bahsa kesat kesat.. orang tu marah cara amatur... org profesional marah sambil senyum namun kata katanya sebiji sebiji power power. aku rasa kau steady dan tentu kau gunakan psiko masa menegur. wa caralah lu gee...kawan kawan, kerja kerja, relationship n task tak pernah bersatu...tetapi akan disatukan dengan situasi. gitulah pendapat cikgu buruk dihujung dunia ni...aku tau gee aku jauh [ nasib baik aku tak buat master dgn kau gee...takutnya]
pakroslan berkata…
Sop,
Pada aku, cikgu tak pernah buruk. Apa lagi yg punya diri tu kau.. Jgn lemah semangat sop. Ramai gadis dan janda diluar sana memerlukan seorang pejuang seperti kau.
mohd tumiran berkata…
g,sop , citra alam,bagio.. dll
skrg baru kte tau susahnya jd guru...
dulu 5 th d smsj..apa yg kte tk buat pd guru...? aku tau ramai antara kte yg baik... tp aku masih ingat satu persatu keraenah kkwan dulu... akhirnya kini sbgian bsr dr kte skrg jd pengajar/guru....... bumi berputar , hidup ada asam dn garam... Allah dgn keadilanNya ... jd iktibar utk teruskan hidup dgn sisa usia yg ada ... utk g semuga berjaya dn tabah.. salam semua dr aku d BP...baru kini tahu .. begitu rupa hakikatnya wslm
iss berkata…
Alaaa hai.... bahagianya dapat person macam G utk uruskan perkara... Hanya masih ada orang-orang seperti saya tak pandai mengambil kesempatan sedemikian...he.. he.. Seingat saya masa di SMSJ dulu.. G rajin ajar saya... tapi selalunya lebih kepad prinsip supaya belajar berdikari....
Apa pun... saya respect keputusan g yg terbaik... spt Imah kata...

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI