Catatan

Teringat Kekasih Gelap yang entah di mana

Imej
Mlm hujan turun lagi. Tidak lebat tidak juga renyai. Tiada rasa. Angin teduh. Seteduh seketika. Titisan hujan mmbasahi pohon dan udara mnjadi sejuk. Dingin udara mlm mnjadi awal. Awal dari biasa.Aku ketiadaan riang. Hari ini. Semalam. Riangku teragut. Tawaku senyumku tawar. Aku merenung malam muda dgn pandangan lesu. Lesu yg datang dari dlm mmg amat lain dari lesu luaran. Aku tidak tau mngapa. Aku hanya mampu menelah. Telahan itu mungkin saja tidak benar. Mungkin benar.  Tapi aku dpt merasakan sesuatu.... Rasa ini pernah ada beberapa kiraat waktu terdahulu...istana angan yang  kekaburan.Aku dpt menjejaki harum bunga yg mngurang dan menghalus sbb mekarnya di taman larangan. Aku mngasuh faham pd rasaku agar tidak terlalu kuat mnggamit kerinduan. Sebab aku mungkin akn kering pd angan yg tak sampaian. Aku tazkir jiwaku agar mnginsafi batas yg terbentang jelas. Agar berpada kerana diriku akn kesakitan kesaorangan. Derita. Bukan mudah mngurus jiwa dan rasa sebab mahunya...

Mencari Kebahgiaan : Cerita Hujung Telinga 2

Imej
SMSJ78   Assalammualaikum Salam Sejahtera Salam sayang sesama batch salam terindah kepada pembaca Lama aku tak menulis,  bukan lah sibuk sangat tetapi tiada kesempatan membuka lappy atau desk top menulis. Menulis merupakan satu pekerjaan yang memerlukan persiapan dan situasi yang tenang dan sentiasa memberikan ruang pada minda untuk bersedia.    Blog yang dibina pada 2008 telah mencapai usia 6 tahun dan banyak antara penulisan sebelum ini tidak manis lagi untuk ditatap dan dibaca, sebab perubbahan waktu itu. Landaan FB kemudian multi connection yang lain seperti whassapp telegram dll menyebabkan blog menjadi macam sumber ke4 atau 5 di hati pengguna, namun atas sebab titian silaturahim, blog ini tetap diteruskan kerana blog juga mempunyai punch yang tersendiri dikalangan pembaca Maaflah kepada pembaca yang sering membuka blog kerana tiada  entri baru dari bloggers, sebenarnya blog ni mempunyai ramai orang yang boleh menulis dan menghasilkan en...

Mencari Kebahgiaan : Cerita Hujung Telinga 1

Imej
SMSJ78 Asalammualaikum Salam Sayang satu batch Salam Sajohan Salam Sejahtera pembaca  Gambar Hiasan Kita adalah orang yang penuh rahsia Dalam mencari kebahgiaan, bermula dari 1979...kumpulan kita telah terpecah pecah kepada beberapa kumpulan. Ada yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti, kursus Diploma, Matrik, Asasi Sains dan ada juga ke luar negeri menjadi Pilot dan sebagainya. Ada sekumpulan lagi dipanggil masuk meneruskan kembara di SMSJ as six former dan tidak kurang juga yang tidak kemana-mana. Kembara mereka dari segi menuntut ilmu terhenti. Dan mereka mula bekerja. Selepas 30 tahun selepas 40 tahun, bila kita mula bertemu kembali, aku dapat juga menemuramah beberapa rakan kita yang telah terpisah itu..bertanya apa mereka buat selepas SPM/MCE 1978. Wow..memeranjatkan.....ada pelbagai cerita dan cerita ini aku namakan cerita di hujung telinga. Aku fokus kepada kawan kita dari kumpulan yang tersurat...terpaksa mengharungi pahit getir selepas pe...

Mencari kebahgiaan : Tinggallah kasih..tinggallah sayang

Imej
Gambar Hiasan: Isteriku, anakku yang kecil, anak anak sukimin dan isteri sukimin semasa kami reunion 2008 yang lalu..yang hairannya kenapa isteri sukimin ni muda sangat ek...ish ish ish..puas aku memikir apa rahsianya..hehehehehehe SMSJ78 ok sambung Aku disahkan mengidap jangkitan kuman, chicken foxs, orang muor kata cengkering..aku terlantar sakit selama 21 hari dan tidak bersekolah selama 3 minggu, habis seluruh tubuhku ditumbuhi cecair ..ubat cara kampung dan bandar..minum kelapa muda dan berkurung dirumah....selepas itu...aku kehilangan skill dan ketinggalan semua pengetahuan yang penting utk STP aku. Sekembalinya aku ke sekolah, aku menduduki peperiksaan pertengahn tahun dan aku jatuh dan berada ditempat yang penghujung sekali.. Ketika itu juga aku dipanggil untuk ke Majidee Kem kerana terpilih menjadi Pegawai Kadet bagi Tentera Laut TLDM...aku berkemas dan mempersiapkan diri..Satu peluang utk aku bekerja..namun dalam masa yang sama temuduga maktab juga berjaya dan aku d...

Mencari Kebahgiaan : Bermula kembara kehidupan

Imej
SMSJ78 Assalammualaikum Salam sayang satu batch Salam Sejahtera un semua sajohan dan pembaca Apabila kita menerima musibah, bukanlah itu berakhirnya hidup kita dan sunia kita. Itu semua sebenarnya baru sahaja bermula satu titik ke arah satu destinasi yang lebih hebat. Islam tertegak diatas darah para syuhada', Negara yang hancur lebuh akibat peperangan boleh kembali membangun sebagai kuasa dunia. Alhamdulillah 1979 aku mula mengenali dengan sebenar siapa aku, mengenali diri dengan usaha sendiri bukan dengan bantuan kaunselor atau sebagainya. Penyingkiran aku dari terus bersama dengan Sajohan , rakanku, sahabatku, kawan sekatil, sebantalku selama hampir 6 tahun adalah hadiah paling bernilai untuk aku reset minda dan tingkatkan potensi diriku sebenarnya. Walaupun penerimaan aku di peringkat permulaan di SDAD Muar pada mulanya amat pahit dan getir, tetapi beberapa bulan selepas itu aku kembali normal. Kehidupan mesti diteruskan. Kisah pahit itu aku jadikan sempadan, ki...

Taksonomi Cinta : Putus sudah harapanku

Imej
Menjelang tahun 1979 aku menerima satu tamparan yang paling hebat dalam hidupku. Usia baru menjejak 18 tahun, aku di keluarkan dari SMSJ dan diminta meneruskan pelajaran di Muar disekolah biasa. Namaku di hantar ke SDAD, Sek Datuk Seri Amar Di Raja. Aku tidak lagi dapat menyakinkan pentadbiran SMSJ pada masa itu sebagai seorang pelajar yang baik dan berguna. Aku di lihat berpontensi lulus sahaja dan kemungkinan besar berpotensi menjadi pemimpin pelajar yang membangkang dan mempengaruhi orang lain. AKu tanya kenapa, mereka kata awak tak layak bersekolah sini, aku kata...saya ditawarkan ke form six disini, bukan itu tanda saya layak dan mereka kata aku melanggar disiplin. Masa bila? aku tanya...awak orang pertama membotakkan kepala tanda protes kepada guru pada tahun 1976 dan dan tahun berikutnya berbelas belas orang membotakkan kepalanya,..awaklah yang pengaruh ni...sumpah cikgu,...demi allah saya tak ada pun suruh atau mempengaruhi mereka....dan kalau saya salah kerana membotakka...

Taksonomi Cinta. : Puisi utk Sekolah Sains

Imej
SMSJ78 Disini Dedikasi:SMSJ Disini disini ada belaian syahdu kupotretkan buat kenangan di dalam memori hidup disini ada memori sedih ada air mata berjuraian mencari erti kehidupan seolah tiada akhirnya disini bersama terik sinar mentari dan keheningan pagi tiada lagi kumeniti ruang terbentang apakah dapat kutempuhi kembara sesunyi ini kembara kelana batch 1978