Mencari kebahgiaan : Tinggallah kasih..tinggallah sayang
Gambar Hiasan: Isteriku, anakku yang kecil, anak anak sukimin dan isteri sukimin semasa kami reunion 2008 yang lalu..yang hairannya kenapa isteri sukimin ni muda sangat ek...ish ish ish..puas aku memikir apa rahsianya..hehehehehehe
ok sambung
Aku disahkan mengidap jangkitan kuman, chicken foxs, orang muor kata cengkering..aku terlantar sakit selama 21 hari dan tidak bersekolah selama 3 minggu, habis seluruh tubuhku ditumbuhi cecair ..ubat cara kampung dan bandar..minum kelapa muda dan berkurung dirumah....selepas itu...aku kehilangan skill dan ketinggalan semua pengetahuan yang penting utk STP aku. Sekembalinya aku ke sekolah, aku menduduki peperiksaan pertengahn tahun dan aku jatuh dan berada ditempat yang penghujung sekali..
Ketika itu juga aku dipanggil untuk ke Majidee Kem kerana terpilih menjadi Pegawai Kadet bagi Tentera Laut TLDM...aku berkemas dan mempersiapkan diri..Satu peluang utk aku bekerja..namun dalam masa yang sama temuduga maktab juga berjaya dan aku diminta siapkan perjanjian dalam tempuh seminggu dan melaporkan diri..aku menjadi keliru...aku bertanya kepada abah..abah kata, masuk kadet...aku tanya aruah mak..mak kata ..jadi cikgulah sop...aku menjadi kebingungan dan aku akhirnya memileh menjadi guru dan menerima tawaran untuk ke Maktab Perguruan. Ikut cakap mak..biasanya selamat..kata orang tua tua.
AKu adalah badge terakhir kursus perguruan 2 tahun, selepas itu kursus perguruan menjadi 3 tahun. Aku tidak dapat menghabiskan tingkatan 6. Sakit selama 21 hari menyebabkan aku ketinggalan jauh dan aku tak kuat untuk catch up kembali,aku terpaksa melupakan hasrat ke Universiti sebentar sebab aku tidak mahu melepaskan peluang yang terbuka didepan mata,..ahhh nanti lepas jadi cikgu aku sambunglah belajar...kata hatiku. Ketika itu aku hanya memikirkan aku hendak secepat mungkin menebus kembali airmata ibu dan kesusahan keluargaku yang miskin dan susah itu. Aruah abah dah tua utk ke laut, duduk dirumah..emak seolah kehabisan tenaga menyara aku dan adik beradik belajar.. 3 abg dan kakak aku di Universiti, dua adikku masih belajar...hidup kami memang susah...aku kena cepat kerja dan aku kena cepat membantu emak dan abah.
Aku terpaksa memilih jalan ini, Jalan yang aku pikir terbaik utk aku dan menggembirakan emak dan abah yang sudah terlalu banyak berkorban untuk aku...tinggalkan kasih, tinggallah sayang....lagipun aku perlu berpijak di bumi nyata, terlalu awal untuk aku bercinta sedang aku tidak punya apa apa...Sidia pun x tau...aku suka kat dia. Dia pun entah entah dah di tackle oleh orang lain.
Maktab aku dikenali sebagai MPPKNP, Maktab Perguruan Pendidikan Kesihatan dan Nilai Permakanan...sebab dimaktab itu ada kursus Kesihatan dan Nilai Pemakanan, namun nama maktab aku juga dipanggil Maktab Perguruan Pasir Panjang. Maktab ni berada di Kuala Trengganu. Dan aku menjadi peserta badge 1980-1982.
Setelah semuanya siap, aku diteman oleh abangku Shamsudin. Dia masih belajar di UTM ketika itu ke Kuala Trengganu dan melapor diri...ketka aku berbaris tiba tiba terkejut besar dan aku ternampak....
Sambung
Ulasan
ermm, x mengapa... teruskan karyamu
Tak kisah, asalkan tetap bercinta, betul tak Wak?