Teringat Kekasih Gelap yang entah di mana




Mlm hujan turun lagi.
Tidak lebat tidak juga renyai. Tiada rasa.

Angin teduh. Seteduh seketika. Titisan hujan mmbasahi pohon dan udara mnjadi sejuk. Dingin udara mlm mnjadi awal. Awal dari biasa.Aku ketiadaan riang. Hari ini. Semalam. Riangku teragut. Tawaku senyumku tawar. Aku merenung malam muda dgn pandangan lesu. Lesu yg datang dari dlm mmg amat lain dari lesu luaran. Aku tidak tau mngapa. Aku hanya mampu menelah. Telahan itu mungkin saja tidak benar. Mungkin benar. 

Tapi aku dpt merasakan sesuatu.... Rasa ini pernah ada beberapa kiraat waktu terdahulu...istana angan yang  kekaburan.Aku dpt menjejaki harum bunga yg mngurang dan menghalus sbb mekarnya di taman larangan. Aku mngasuh faham pd rasaku agar tidak terlalu kuat mnggamit kerinduan. Sebab aku mungkin akn kering pd angan yg tak sampaian. Aku tazkir jiwaku agar mnginsafi batas yg terbentang jelas. Agar berpada kerana diriku akn kesakitan kesaorangan. Derita. Bukan mudah mngurus jiwa dan rasa sebab mahunya mmg luar biasa. Biasanya ku lihat buana penuh flora dan fauna. Indah dlm ghaib. Kini Kabur...Segara Cintaku bergelora kuat di dasar walau atasnya segara biru kehijauan kelihatan tenang. Tenang linang sekali. Suria kasih perlahan memancar dari ufuk barat dan tenggelam diufuk timur...mmg menerbitkan fenomena tidak jelas. Sebab ia mncarik adat dan pawana rindu...terhembus perlahan dengan kibaran panji yang kubawa menongkah angin.


Lalu aku berdoa...sendirian Ya Allah...Maha suci Engkau. Kau ...yg mencampak sekelumit kasih yg tertangguh dikamar hati yg usang dan uzur agar nur kasihnya menjahit keterlukaan lama....Aku mohon  agar kau berikan kebahgiaan kepadanya dunia dan akhirat. Kesihatan padanya zahir dan bathin. Rezeki padanya yg melinpah ruah. Kasih sayang dihatinya mnyelimuti semua ahli keluarganya yg dia sayangi. Pancaran imannya iman yg sejati.



Ya Allah
Aku cuma inginkan dirinya mncapai bahgia dunia dan akhirat. Aku hanya ada kasih. Dan kasih ini dari mu ya Allah.Ya Allah aku kesaorangan. Tak ada tenpat mengadu. Hanya padaMu aku serahkan segala keresahan.
Amin amin yg rabul alamin.

Sentap

aku melayan rasa.....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI