Mencari Kebahgiaan : Cerita Hujung Telinga 1
SMSJ78
Asalammualaikum
Salam Sayang satu batch
Salam Sajohan
Salam Sejahtera pembaca
Asalammualaikum
Salam Sayang satu batch
Salam Sajohan
Salam Sejahtera pembaca
Gambar Hiasan
Kita adalah orang yang penuh rahsia
Dalam mencari kebahgiaan, bermula dari 1979...kumpulan kita telah terpecah pecah kepada beberapa kumpulan. Ada yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti, kursus Diploma, Matrik, Asasi Sains dan ada juga ke luar negeri menjadi Pilot dan sebagainya.
Ada sekumpulan lagi dipanggil masuk meneruskan kembara di SMSJ as six former dan tidak kurang juga yang tidak kemana-mana. Kembara mereka dari segi menuntut ilmu terhenti. Dan mereka mula bekerja.
Selepas 30 tahun selepas 40 tahun, bila kita mula bertemu kembali, aku dapat juga menemuramah beberapa rakan kita yang telah terpisah itu..bertanya apa mereka buat selepas SPM/MCE 1978. Wow..memeranjatkan.....ada pelbagai cerita dan cerita ini aku namakan cerita di hujung telinga. Aku fokus kepada kawan kita dari kumpulan yang tersurat...terpaksa mengharungi pahit getir selepas peperiksaan
Maaf ya aku nak menyebut nama dan maaf juga jika cerita ini bebetulan cerita tuan...bukan mahu menghebuh tetapi ingin berkongsi susah payah pahit geti kita dalam mencari kebahgiaan dan ini mungkin berguna untuk anak-anak kita renungkan.
Ada yang bekerja di ladang kopi, ladang getah dan ladang sawit sebagai buruh. Ada yang bekerja di limbungan kala di Singapura. Ada yang menjadi kerani kecil di Syarikat bapa sedara, ada kerja kilang eletronik dan ada juga merana meraba mencari kerja yang penuh kesukaran.
Rupanya tanpa kita sedari. Kita adalah seorang yang amat perahsia. Tidak siapa pun rakan kita tahu betapa susahnya keluarga kita, masalah kita walau selepas 5 tahun kita berkawan. Kita memang menyimpan jauh dalam hati sanubari kita keadaan kita dan keluarga kuta di kampung. Kita tak pernah share. Kita tak pernah tau masalah kawan kita walau kita tidur sebantal dengannya. Kita juga tak pernah meluahkan keadaan family kita kat mereka.
Menjelas selepas SPM. Ada yang membuat keputusan untuk tidak lagi meneruskan belajar sebab sangat terpanggil untuk membantu keluarga. Ada yang menangis sebab keputusan SPM tidak memberansangkan dan kecundang untuk meneruskan perjuangan menuntut ilmu.
Cerita Hujung Telinga 1
Dia anak sulong. Bapanya jatuh sakit, emaknya juga sedang sakit, Adek beradek ramai bersekolah. Dia terpaksa melupakan semua cita cita nya untuk belajar,. Bekerja...di kilang, kerja di singapura dan kerja di ladang. Mohon kerja sana mohon kerja sini, Jika dia tidak bekerja, memang tidak makanlah adek beradeknya yang lain yang masih bersekolah itu. Dia mengambil sedikit sahaja dari duit gajinya untuk membolehkan dia berulang alek dan makan sekali sehari dengan keadaan ala kadar sahaja. Hatinya menangis tidak dapat menyambung belajar, Usia muda baharu 18-20 tahun dia di ganggu sana di ganggu sini semasa dia pergi kerja, semasa bekerja dan selepas balik dari kerja. Dia tabah. Dia serahkan kepada tuhan menentukan hidupnya. Dia cuba tidak berjumpa dengan rakan sama sekolah, kerana rasa malu. Sebab tidak siapa yang tahu derita yang di tempuhi.....airmatanya membasahi pipi bila terpaksa berjalan jauh dalam kegelapan pagi kestesen bas dan menahan pedih perut kelaparan diwaktu tengahari untuk jimatkan belanja. Diruang matanya...wajah ibu yang sakit, bapanya yang tenat dan adiknya yang masih kecil. Dia kerja dengan tekun dia kerja dengan tabah. Dia kerja tanpa mengira penat dan lelah.
Itulah kawan kita...
Itulah kawan kita...
Usia 18 tahun, kawan kita telah menjadi sangat dewasa mendahului umurnya. Merasai perit pedih menjadi ketua keluarga. Dia terpaksa lupakan keriangan hidup seorang student seorang remaja, orang muda. Dia menjadi Ibu, Menjadi Bapa, Menjadi Penjaga, menjadi supplier kepada keluarganya.
Dia adalah kawan kita...
Dia adalah kawan kita...
Ditakdirkan dia berjumpa sekumpulan kawan kita satu batch yang nakal. Ketawakan dia kerja kilang. Mengutuk dia kenapa dia tak belajar. Hah tulah...dulu....bla bla bla....(ada ke patut?) dia ketawa sekali tetapi dalam masa yang sama airmata nya remuk redam dengan gurauan dari kawan dia yang tidak tau nasib dirinya macam mana. Hati nya hancur dan perasaannya sangat terhiris.
Mereka tu semua kawan kita....
Mereka tu semua kawan kita....
Untuk anak anak ......Itulah lain kali nak bergurau ...tengok dulu....dan jangan anggap gurauan kita itu universal. Semua orang boleh accept. Kita secara tidak sengaja melukakan hati kawan kita.
Masa berlalu..kepahitan yang ditempuhnya dengan hati yang tabah dan ikhlas. Adeknya berjaya menjadi orang yang bahgia. Dia juga akhirnya dapat kerja yang bahgia, Keluarganya juga bahgia. Walaupun dia hanya lepasan SPM/MCE Sekolah Sains tetapi dia cukup bahgia sekarang.
Mampu senyum dan bila dia bercerita pada aku kisahnya...air mata nya masih mengalir dan hatinya masih sebak. Aku pun sedih sekali....Jangan disangka...semua nasib adalah sama...dan jangan disangka semua boleh di sulam dengan ketawa...kawan menangis....itulah sebenar benarnya kawan kita.
Salam
Inilah kisah kawan kita...Renung renungkanlah
Salam
Inilah kisah kawan kita...Renung renungkanlah
Nanti kita kongsi cerita 2 pula.
Ulasan