MG & Mesyuarat Projek Pembesaran Surau SMSJ
Sabtu lepas - 04/07/09 aku & isteri hadir ke majlis mesyuarat projek pembesaran surau SMSJ bersama-sama dengan Pengetua & Guru2 SMSJ. Presiden SAJOHA, Pengurus Projek & AJK 'Task Force' yang terdiri daripada junior2 & senior2 kita telah hadir untuk membincangkan perjalanan projek tersebut. Untuk makluman sahabat2 sekelian dana berjumlah lebih kurang RM 350,000-00 adalah diperlukan untuk melaksanakan projek ini dan kutipan derma di kalangan ahli SAJOHA bolehlah diteruskan dan diusahakan manakala kutipan derma daripada pihak2 lain saperti orang awam, persatuan2, NGO2 & badan2 kooperat akan dilaksanakan sebaik sahaja surat kelulusan kebenaran pungutan derma daripada Jabatan Agama Islam Johor diperolehi yang mana dijangkakan dalam masa sebulan daripada sekarang.
Kutipan derma yang telah kita buat semasa reunion kita tempuhari telah pun diserahkan terus oleh pihak sekolah kepada tabung projek ini. Kepada sahabat2 yang masih ingin membuat sumbangan bolehlah berbuat demikian dengan menyalurkan terus sumbangan tersebut ke akaun SAJOHA yang tertera di sebelah kiri blog ini. Semoga sedikit sumbangan kita akan menjayakan niat murni sahabat2 kita di samping beramal.

Kelihatan dari kiri :- Saiful Yazan(79) sedang memberi taklimat kepada Pengurus Projek - Noraini Yusof (77), Pengetua SMSJ - Tn. Hj. Nojumudin, Presiden SAJOHA - Nazri Safar (92) dan Guru2 SMSJ
Antara yang hadir (dari kiri) - Ramly Abu Bakar (76), Yusof Aziz (77), Samsuddin Dikon (79), Mohsien Sies (8?) & Sameha Said (80)Bersama guru2 SMSJ
Makanan yang dihidangkan memang dahsyat. Ikut kata Pengetua lauk2 yang kita orang makan tu sama aje dengan apa yang pelajar2 tu makan sekarang ni almaklumlah budget makan untuk setiap orang pelajar sekarang ni dah 4 kali ganda daripada budget zaman kita dulu. Cuba bayangkanlah macamana sedap makanannya. Lagi seperkara ialah dia orang makan tak serentak semuanya, cuma diberi masanya saperti makan t/hari dari pikul 1-2 ptg. Terpulang kepada diri pelajar tu sendiri bila dia nak pergi makan. Memang seronok sekarang tinggal di asrama. Basuh baju pun dah ada 'washing machine' berbanding zaman kita dulu berderet baldi penuh dengan rendaman pakaian di bilik basuh menunggu giliran nak memberusnya. Ada yang sampai berminggu masih berendam tak dibasuh lagi, aahhh.....tau-tau ajelah macamana baunya.
Selepas selesai makan t/hari terus berborak di dewan makan kerana menunggu kehadiran 3 orang lagi senior kita. Sorang tu semua orang mesti kenal punyalah, legenda pelari jarak jauh zaman kita dulu, siapa lagi kalau tak abang Suhid Osman kita selain Jalil Dawam dan Nasir Maskan.
Duduk dari kiri- Jalil Dawam, Suhid Osman, Said Ahmad, Saiful Yazan, Noraini Yusof, Yusof Aziz dan Nasir Maskan. Berdiri - Presiden SAJOHA Nazri Safar
Selepas selesai mesyuarat kita orang dijemput makan t/hari di dewan makan sekolah. Punyalah gembira sebab nak rasa kembali nostalgia makan nasi kawah 30 tahun yang lalu. Tapi kali ni tak dapat juga merasa nasi kawah kerana kami dihidangkan dengan makanan istimewa di bilik tetamu dewan makan.
Makanan yang dihidangkan memang dahsyat. Ikut kata Pengetua lauk2 yang kita orang makan tu sama aje dengan apa yang pelajar2 tu makan sekarang ni almaklumlah budget makan untuk setiap orang pelajar sekarang ni dah 4 kali ganda daripada budget zaman kita dulu. Cuba bayangkanlah macamana sedap makanannya. Lagi seperkara ialah dia orang makan tak serentak semuanya, cuma diberi masanya saperti makan t/hari dari pikul 1-2 ptg. Terpulang kepada diri pelajar tu sendiri bila dia nak pergi makan. Memang seronok sekarang tinggal di asrama. Basuh baju pun dah ada 'washing machine' berbanding zaman kita dulu berderet baldi penuh dengan rendaman pakaian di bilik basuh menunggu giliran nak memberusnya. Ada yang sampai berminggu masih berendam tak dibasuh lagi, aahhh.....tau-tau ajelah macamana baunya.
Selepas selesai makan t/hari terus berborak di dewan makan kerana menunggu kehadiran 3 orang lagi senior kita. Sorang tu semua orang mesti kenal punyalah, legenda pelari jarak jauh zaman kita dulu, siapa lagi kalau tak abang Suhid Osman kita selain Jalil Dawam dan Nasir Maskan.
Duduk dari kiri- Jalil Dawam, Suhid Osman, Said Ahmad, Saiful Yazan, Noraini Yusof, Yusof Aziz dan Nasir Maskan. Berdiri - Presiden SAJOHA Nazri Safar
Ulasan
kalau sorang RM10,agaknya berapa boleh kumpul?
ASA tu apa?Dah tua ni cepat lupa