Bertemu dengan Bekas Ketua Warden
Sebagai ketua penganjur majlis reunion aku pergi menziarahi Cikgu Hj. Abd. Rahman Karim ke rumahnya di Bandar Baru Uda, JB bersama isteri dan anak untuk menjemputnya ke majlis kita. Sebelum pergi aku dah call dulu. Dia baru aje balik dari pejabat Majlis Sukan Negara. Sesampai di depan rumahnya dia keluar dan menyambut aku sekeluarga. Dia dengan aku memang peramah dan mesra almaklumlah anak aku semasa sekolah rendah pun duk kat sekolah dia. Masa tu dia GPK Sek. Keb. Tanjung Puteri, Larkin sama-sama dengan Cikgu Zulkarnail Zakaria kita tu. Paling ramai anak si Noorsham lah kat sekolah tu.
Dulu masa zaman kita kat smsj dia memang dikenali sebagai ketua warden yang memang garang dan ganas. Aku rasa ramai di antara budak lelaki batch kita yang memang benci, menyampah, tak suka dan macam-macam lagilah dengan dia ni. Tapi sekarang taring dia dah tumpul dah. orang dah pencen. sekarang ni hobinya memancing. Ada kawan kita yang selalu menganjurkan pertandingan memancing tu jemputlah dia sebagai jemputan khas manatau dia berminat. Dia akan hadir ke majlis kita nanti. Doakan semoga kita dapat berjumpa dengan lebih ramai lagi bekas-bekas guru kita sebagai tanda terima kasih kita kepada mereka yang telah mendidik dan membimbing kita dulu. Antara yang telah dapat dijejaki - Syed Hussin, Onn Abdullah, Malik Khiew, Marmining, Yunus Dahalan, Paul Francis dan Heng Peng Nam.
Ulasan
cikgu rahman karim,
saya mohon ampun dan maaf diatas segala kesalahan saya dari hujung rambut sampai hujung kaki. maafkan saya cikgu, saya nak jumpa cikgu nanti saya nak peluk cikgu dan cium tangan cikgu, saya nak cikgu tahu, cikgulah yang banyak memberikan perubahan tingkahlaku dalam hidup saya. cikgu mengajar saya erti kehidupan dan makna kedewasaan. Saya tidak akan lupa cikgu buat selama-lamanya, sekarang baru saya tahu susahnya menjadi cikgu, sebab saya sekarang seorang cikgu.
begitulah kalau nakal sangat masa kecik, dah beso baru di selimuti keinsafan. kalau masa kecik baik dan insaf dan beso baru nak nakal lagi susahkan..tu kena tanya prof jiwa jiwa.
mimbar pun buat bising jugak, dia pandai menyamar...tangan sentiasa pegang buku, kalau cikgu datang dia kata nak pinjam buku kawan..cikgu, mimbar pun main-main jugak cikgu...!
bantai dia cikgu masa 1312 nanti
bab botak aku dah kena sekolah lain, bab sajak aku dah kena panggil, bab bising dah kena rotan, bab siul dah kena sepak...semua aku dah bayar cash..kau jangan nak mengadu ngadu lagi.. nanti kau kena dengan aku..
cikgu
mimbar main cinta dengan budak kluang cikgu, masa mendaki gunung lambak..cikgu, dia pandai nipu ..selalu tak kena cikgu
Sham,siapa lagi tak de dalam list tu... kau make sure yang lain tu datang.... Jeff mana, Mustafa Kamal.. alah...lupa nak contact lagi ...