Isnin, 24 November 2008

Cikgu Kita

Syed Hussin Jaafar mengajar kita seni perusahaan juga guru sukan olahraga sekolah kita dulu dan begitu berjasa melahirkan athlete2 yang menyerlah termasuk aku dan isteri. Menjejaki beliau tak susah. No telefon dah ada so aku terus telefon dia menyatakan untuk ke rumah dia. Dia menyatakan akan menunggu aku di rumah sebelum berlepas ke Putrajaya pada petang Ahad itu juga.
Wajah cikgu kita ni memang maintain. Dia menyatakan akan kehadirannya kemajlis kita bersama2 dengan kembarnya juga Syed Hassan yang juga pernah mengajar di sekolah lama kita suatu masa dulu. Banyak perkara yang dibualkan termasuklah tujuan beliau dan isteri ke Putrajaya pada petang Ahad ini, lantas aku menelefon Azida Aziz agar dia dapat memberikan sedikit bantuan kepada bekas guru kita ini untuk berurusan di Putrajaya esoknya. Beliau sekarang ini merupakan penceramah untuk kakitangan kerajaan dan swasta. Perbualan aku terpaksa singkat memandangkan beliau akan bertolak ke Putrajaya petang ini juga dan akhir sekali sebelum meninggalkan rumahnya lebih kurang jam 4:00 petang aku mengingatkan dia agar menghubungi azida di putrajaya nanti.

3 ulasan:

Sukimin berkata...

memang betullah said, cikgu kita tetap maintain. Cikgu kita ni memang hebat, bukan aje dalam olahraga tapi juga dalam seni. Aku teringat salah satu projek kerja logam - ayan kalau aku tak silap. Kepingan ayan tu kita potong bulat, lukis apa2 gambar di tengah2nya, lipat secara beralun di sekeliling kepingan tu sampa jadi macam pinggan. Lepas tu sapu cat (rasanyalah) dan tuang asid ke dalamnya. Setelah beberapa lama jadilah pinggan yang bergambar. Dia tolong aku lukis kuda pd ayan aku tu. Sekejap je dia lukis, cantik lak tu.
Aku pun teringin jumpa kembar dia, syed hasan yg sama praktikum di smk munsyi sulaiman b.pahat pd tahun 1983. Masa tu aku duduk kau umah hamid tukang kayu (mertua atuk) dengan anak2 dia rahman dan aziz.

Azida berkata...

Salam. Dah jumpa cikgu... Dia masih macam dulu. maintain... Kelakar dan gaya pun masih sama...

kembara kelana berkata...

kebetulan masa aku call azida semalam [ sebab boring tunggu anak taklimat pratikal di MPK kuantan ] cikgu ada di hadapan azida, aku pun dapat bersembang dengan cikgu syed. kami ketawalah..biasalah aku kenalkan diri dan tanya khabar, aku tanya anak cikgu berapa? dia kata 4, aku jawab aku 6, aku kata..tulah masa sekolah dulu cikgu tak ajar cara buat anak...saya belasah jer...pandai pandai sendiri..dah dapat 6, mengalahkan cikgu. dia kata tak apa, bab tu memang kena belajar sendiri...bagus dia kata. kami gelak sakan..semoga dapat jumpa cikgu nanti pada 1312. nak peluk cikgu syed