Mohd Fadzullah Hamid aka Maha
Malam semalam ( 31/07/2010 ) dapat berjumpa dengan Maha setelah sekian lama. Antara yang bersama-sama ialah Azman Rahman & Esa Kahar. Foto2 yang di bawah untuk tatapan sahabat2 yang sekian lama tidak bertemu dengan dia.
Pagi tadi sempat bersarapan dengan Maha, isteri & anak bongsunya berdekatan dengan hotel penginapannya kat KL.
Pagi tadi sempat bersarapan dengan Maha, isteri & anak bongsunya berdekatan dengan hotel penginapannya kat KL.
Ulasan
Pada Noorsham, hati & perasaan aku terhadap kekawan tak akan berubah, cuma ada yang aku dah lupa. Yang berubah cuma kedut muka dan perut aku aje (tanda kejantanan). Please feel free mesej aku kalau kekawan lalu Ipoh. Kita minum kat Jusco (Kinta City). 0192634855 @ 05-2016425 (Rumah). Orang rumah saya orang Sungai Besar (Sabak Bernam). Kalau ke KL atau waktu Raya saya akan singgah rumah arwah Mertua. Kalau ada kekawan belah sana pun tolong maklumkan saya.
Akhir kata saya ingin mengucapkan jutaan terimakasih pada Said Ahmad dan Sameha (isteri Said), Esa dan Azman Arab kerana melapangkan masa untuk jumpa saya. Allah sahaja membalasnya. Yang saya mampu belanja makan Nasi Beriyani dan Roti Naan saja. Saya harap kekawan teruskan ikhtiar mencari dan menyatukan kembali batch kita. Saya sendiri ingatkan diri saya yang kita ni first batch Sains Johor. Kita patut bangga. macamana bebudak Malay College bangga ngan MACOBA (Malay College Old Boys) dia orang. Masalah hidup ni biasalah kekawan. Selagi tak mati. Salah satu instrumen yang boleh membantu menyelesaikan masalah hidup kita ialah menyambungkan silatulrahim. Bukan sahaja peringkat kita malah Agama menyuruh anak-anak menghubungkan silatulrahim dengan kekawan ayah dia kalau ayah dia atau ibu dia telah meningaal.
Sekali lagi saya ucapkan jutaan terimakasih pada kekeawan khususnya Said, Esa & Azman. Pada Usop, teruskan berkarya dalam blog ini kerana aku rasa hang ada bakat terpendam untuk meniup kembali semangat & ingatan kita orang sebagai bekas Sains Johor batch 78. Mana tahu, banyak manafaat terhasil dari persahabatan kita. Aku memang tak larat nak buat kerana dah tua. Semoga perjumpaan 50 kita dinyatakan oleh Allah, ini tugas Usop & kekawan.
Dari yang jauh Maha, Ipoh.
Nas, hang cerita aku ngan Yem pi rumah hang kat Pt Sulong, aku memang lupa. Sekarang aku pun dah banyak duduk rumah aje. Balik kerja dah tak keluar rumah dah, kecuali penting aje. Kalau anak aku cuti (sekarang yang lelaki Medic Indon tu ada) aku dah tak keluar. Kadang-kadang belum sempat Isya' aku dah tidur dah.
Kalau aku tak silap hang ni yang kecik handsome tu kan. Sorry bang, sekarang tengah 'kutip' balik memory kekawan. Jangan marah and please keep in contact. Bye.