Hari ni anak aku yang bongsu ada sessi motivasi UPSR kat sekolah dia. Bila aku baca surat pekeliling dari sekolahnya penceramah yang akan memberikan motivasi tu tak lain dan tak bukan Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir. Dia senior kita setahun, batch 77 kelas 5E4. Aku sempat ke sekolah anak aku semasa dia menyampaikan ceramahnya dan snap beberapa fotonya. Sekarang ni dia bertugas di Jabatan Pembangunan Sumber Manusia UTM, Skudai. Kepada sesiapa yang nak panggil dia untuk memberikan ceramah motivasi bolehlah menghubungi dia. Tak kira mana pun kata dia, satu Malaysia dia ada beri ceramah.
Ulasan
Satu lagi Ragunath ni saya tengok masa tu walaupun dia sorang diri, dia ada keupayaan untuk mempertahankan dirinya dan kadangkala ada jugak budak Melayu yang kena kutuk balik.
Saya juga rasa kagum kerana ada sahabat atau senior yang masih menyimpan gambar-gambar seperti ini. I salute you all. Mungkin saya tidak bernasib baik untuk menyimpan gambar-gambar lama. Gambar saya kat UTM dan ITM dulu pun entah dah kemana perginya. Yang ada cuma gambar masa dah beranak-pinak. Tapi Sop, aku cuba cari gambar hang, kat mana ye ?
Anyhow kita dah nak masuk 10 hari terakhir Ramadhan ni. 'Wish all of us the best for the upcoming years' and Selamat Memenuhkan Baki Ramadhan kita dengan sebanyak-banyak amalan. Maha, Ipoh.
ada dua keping gambar kat tangga tu...belakang cikgu jalil ialah jalil ismail kelas aku...sebelah jalil ialah adnan afendi budak bt 18 muo...sebelah dia lias stone...belakang lias jasmani karimin sebelah jasmani karimin tu aku.....
Aku nak tanya Esa Kahar, dia tu sembahyang terawih ke ?
Tapi Sop, satu perkara yang aku nak bangkitkan mengenai kerja Allah taala. Selama 5 tahun aku satu kelas dengan Esa, aku rasa aku tak pernah lebih rendah nombor periksa dari Esa. Tapi sekarang terbalik. Dari segi duniawi dan kerja, Esa dah mengatasi aku. Sebenarnya perkara ni berlaku bukan antara aku ngan Esa aje. Ramai lagi kekawan aku masa belajar dulu, aku mendahului mereka, tapi sekarang mereka mendahului aku. In fact, lepas belajar tahun '86, masa tu ekonomi gawat, aku antara yang terus dapat kerja lepas belajar (Unit Komputer, SUK Perak). Ramai antara kekawan aku yang menganggur antaranya ada yang sehingga dua tahun. Tapi sekarang selepas lebih 20 tahun, mereka jauh lebih berjaya dari aku.
Apa yang aku nak sentuh ialah begitu juga dengan kehidupan agama. Bukan hak kita untuk menilai seseorang manusia di sisi Allah taala. Dia sahaja yang layak menilai kejadianNya. Masa SMSJ dulu, aku taulah perangai kekawan aku termasuk Esa Kahar. Semua dalam poket. Aku rasa dari segi agama aku ada 'sikit' baik dari Esa. Namun sekarang mungkin Esa dah jauh maju kehadapan mendekatkan diri dia dengan Allah taala berbanding diriku.
Apa-apa pun aku, berkat Ramadhan 1431 Hijriah ini, marilah kita sama-sama meningkatkan lagi darjat kita disisi Allah taala. Harapan aku untuk Esa 'kenang daku dalam do'amu'. Maha, Ipoh.
Aku ni Sop memanglah Allah ta'ala beri aku cukup-cukup makan aje, cuma Dia bagi anak-anak aku boleh kata berjaya setakat ini (4 orang MRSM, sorang tengah belajar Doktor). Cuma aku banyak juga bergaul dengan semua peringkat masyarakat. Dari yang kaya hinggalah yang miskin. Macam-macam dengar sejarah hidup mereka. Yang baik tu aku jadikan panduan dan yang buruk tu ......
Mungkin nasib hang duduk di Temerloh dan aku di Bandaraya Ipoh tepi Tol Jelapang dan bertaraf cawangan Cyberjaya dan berstatus MSC. Sebenarnya Sop itu semua amanah dari Allah ta'ala.
Cita-cita aku sekarang ni Sop, aku nak bayar hutang aku dengan Tuhan dan bayar saki baki hutang aku dengan manusia (kalau ada). Inilah yang banyak aku do'akan pada 10 hari terakhir Ramadhan ni.
Macam cadangan kau tu, aku setuju sangat supaya kita tautkan kembali tali persahabatan kita yang telah lama terlerai. Aku rasa ianya akan menambahkan lagi keindahan hidup kita.
Maha, Ipoh