House warming rumah Hafizah
Perancangan yg spontan, terbit dari kerinduan mendengar celoteh kekawan. Kebetulan Hafizah baru berpindah ke rumah barunya. Kami mengambil peluang untuk berkumpul sesama kekawan perempuan yg ada di sekitar Lembah Kelang. Dan yg dapat hadir ...inilah muka-mukanya...hehehe
aku, Norlida, Azida dan Hafizah
aku, Norlida, Azida dan Hafizah
Halaman rumah Ha...luas, seronok anak-anaknya bermain.
Rumahnya pun luas dan cantik! ( Sop, yg ni baru kau boleh kata istana Sop!)
Kekawan lain, Aini baru balik dari Sarawak ( masih letih), Norin pi tengok F1 ( tiket dah booked awal) Ogy, balik Batu Pahat, Iss hantar anak balik Muar ( kot?), Farazah... ( tak tau kenapa) dan Sadiah pulak suami tak sehat.... hai, bilalah aku dapat bertentang muka dgn Sadiah dan Farazah ni.... selepas 30 tahun , masih lagi tak bersua...inilah yg di namakan "dekat tapi jauh"...... ( Sop, betul kata kamu Sop!)
Maaf wak Mimbar...lambat beritau kat kau...ingatkan rumah dekat , panggil terus boleh datang, rupanya tak boleh jugak ek...nak mandi lulur dulu ....(hahahaa, jangan marah Bar , aku gurau je!)
Maaf wak Mimbar...lambat beritau kat kau...ingatkan rumah dekat , panggil terus boleh datang, rupanya tak boleh jugak ek...nak mandi lulur dulu ....(hahahaa, jangan marah Bar , aku gurau je!)
Ulasan
Comel tak gambar kami tu... (provokasi?)
En Usop tu, saya menipulah kalau kata saya kenal awak. Dengan some of my classmates pun ada yang saya lupa. Mungkin masa kat kelas dulu dek kerana sering di sergah oleh classmates lelaki, saya tak berapa akrab dengan mereka. Yg saya ingat tu sama ada mereka tu yang top scorer atau yang nakal. So, tak hairanlah kalau kekawan kelas lain saya tak kenal. Tapi sekarang ni kenallah di alam siber ni. Saya selalu baca all your postings.
Insyallah ada umur, ada rezeki boleh buat gathering lagi.
azida, gambar you all memang nampak comel dan matang... almaklumlah dah 'dewasa'. yang cakap ni pun dan 'dewasa' jugak. Anyway, kalau ada peluang kita buat MG kat Kajang.
Ogy, memang rindu kat awak. Ingat masa dulu2 kat sekolah,awak masa tu dalam golongan 'Popular'. Nampaknya sampai sekarang tak reda2 demandnya.Macam tu kita kena book calendar awak for the next available weekend which would probably be some time July. Masuk dalam diary cepat2!!!
Hahaha...Sha'ari kita semua memang matang.. dan dalam kematangan tu la lahirnya keindahan... hehehe.. boleh ke Dr Shaari jelaskan dgn lebih dalam lagi? Anyway suggestion untuk buta MG di Kajang tu bagus gak... bila agaknya ye?
OG, memang tunngu kesempatan nak serahkan tshirt... kepada sesiapa yang nak tshirt...ada lagi yang Said tinggalkan dalam pelbagai warna. G, maybe next time kalau ada kelapangan... maybe norlida ke nak buat next makan2 kat rumah dia... (hehehe Ida... standby..)
Pati, bila BD ogy? Kena kumpul duit nak beli birthday present ni. Tak pun saya sponsor birthday cake aje. Boleh tak?
Tang logistic tu, kat rumah fati pun boleh...tapi nak ke kau orang datang?