Rabu, 10 Disember 2008

Rupanya Tumiran Di BP jer...

Dalam masa yang semakin suntuk, ada beberapa rakan lagi yang tak dapat dikesan, antaranya Tumiran dan Norahmad. Kelmarin rakan-rakan kita yang tak pernah kenal erti putus asa dah berikan no tel mereka berdua. Aku dapat la tel Norahmad tapi aku kurang bernasib baik kerana dia dalam perjalanan balik ke Kemaman dari Batu Pahat!!!. Norahmad bekerja dgn Mardi dan baru bertukar ke Kemaman.

Hari ni aku lunch dgn Tumiran dan Ogy.... kami pekena bariani super power. Tumiran dah ada 6 orang anak tapi baru ada satu isteri jer. Bekerja dengan RHB Islamic Batu Pahat sejak August lalu. email dia mohdtumiranbinahmad@yahoo.com.my no hp 017 6214090.

Setuju tak kalau aku kata Tumiran nie maintain macam dulu juga.........


Usop kau jgn marah kalau tengok gambar nie...

Lepas makan aku g cari umah Jasmani di Parit Rasipan, setelah beberapa kali berhenti bertanya akhirnya aku dapat juga bertemu dengannya sekali lagi dan insyaallah akan bersama kita semua pada 1312.
Bagaimanapun aku minta maaf kerana tidak dapat mengesan Abu Bakar Ali. Aku dah cuba bertanya beberapa orang di Jalan Peserai Lama dan Kampung berhampiran dengannya tapi hampa.
Hingga jumpa lagi pada 1312 nie...mana yang tak nak join tu fikirkanlah semula tak dapat siang pergi malam atau sebaliknya atau lebih baik lagi kalau g kedua-duanya.

9 ulasan:

kembara kelana berkata...

kamisan hero
kau muncul sebagai penjaring terbanyak di saat saat akhir, hanya tuhan yang akan membalas segala usahakau ..yang tumiran punya jambul punyalah cantik dulu dah pergi mana? takkkan kira duit pun sampai gugur rambut...sapa belakang kau tu tumiran? kamisan..kau berdua ni lansung tak reti respect fauziah..aku tak pernah buat ogy macam tu...lain kali ingat..orang perempuan kena duduk, mamat mamat kena berdiri..rahman..budak kamisan ni dah melampau man..apamacam ? nak belasah tak..[ gurau jer ]

fati berkata...

Atlast, dapat juga depa cari Tumiran. Subhanallah....pada aku Tumiran ni beza sungguh dari dulu....bila usop cakap tang jambul tu.....baru aku perasan , yg tu yg hilang, tu yg buat beza tu!!!

sha'ri berkata...

Tumiran ..Tumiran akhirnya kau muncul juga, tu lah aku dah kata .... 2 perbezaan utama selepas 30 tahun.. nombor 1, rambut hilang atau kurang dan kedua , badan mengembang samda kedepan dan ketepi... jangan marah.. gurau aje Tumiran.

Sukimin berkata...

sampai hati member kata si ogy tu waitress. baik kau mintak maaf kat dia masa reunion ni - depan public, tak boleh sembunyi-sembunyi nanti si usop dan si rahman (+si kamisan) marah lak.

cerita pasal tumiran ni, dia banyak tolong aku masa aku praktikum di senawang seremban tahun 1984. maklumlah student, mana ada duit so aku tumpang kat rumah dia di taman marida sementara dapat rumah sewa. tak lama lepas tu aku dapat rumah sewa kat taman seremban baru. masa tu si tumiran ni tengah bertunang. sekarang berapalah sojar dia agaknya

fati berkata...

Min, siapa yg ada dudok dekat muar? Aku nak minta tolong terjah rumah Noraini samin di batu 5, Jalan bakri Muar.Suma cuba contact dia tak dapat..tepon dia kena curi ke.....
Aku siap tepon smsmuar lagi nak confirmkan no tel dia, betul tapi tak diangkat, sms tak jwb. So, sapa2 yg kat muar tu tolong2 lah terjah rumah dia sat...

Sukimin berkata...

yang kat muar sekarang ni isetahu aku shukri polis. dia kat bakri. hmmm....tumiran ni lak tak pasti aku sama ada dia duduk di muar dan belum berpindah rumah ke bp. nanti aku kol dia. ala si kamisan ni pun boleh juga terjah sampai ke muar. kan usop dah beri gelaran penjaring gol di saat-saat akhir....

Noorsham berkata...

betulah usop si mimbar x baik ckp mcm tu...sbagai penebus 'dosa', mimbar, kamisan n tumiran sumer kena pakai bow n jadi pelayan tetamu masa mkn mlm reunion nnti...hehehe... assalamualaikum kwn2 sumer...semoga korang sihat selalu...

kembara kelana berkata...

kau orang nak usik orang lain tak apa.. ada beberapa orang dalam reunion ni kau orang jangan nak bawak bergurau tak tentu hala, nanti akan timbul masalah baru selepas 30 tahun....jaga... [ acah jer , gurau geng ]

Kamisan Mat berkata...

kau orang nie pun, bagi la Ogy tu sekali sekala berdiri kat belakang plak, kan terserlah kecomelannya tu... Kalau dia duduk dan aku ngan Tumiran plak jadi pengapit, ada plak yang jelous nanti. aku juga yang teruk...