Rupanya Tumiran Di BP jer...
Dalam masa yang semakin suntuk, ada beberapa rakan lagi yang tak dapat dikesan, antaranya Tumiran dan Norahmad. Kelmarin rakan-rakan kita yang tak pernah kenal erti putus asa dah berikan no tel mereka berdua. Aku dapat la tel Norahmad tapi aku kurang bernasib baik kerana dia dalam perjalanan balik ke Kemaman dari Batu Pahat!!!. Norahmad bekerja dgn Mardi dan baru bertukar ke Kemaman.
Hari ni aku lunch dgn Tumiran dan Ogy.... kami pekena bariani super power. Tumiran dah ada 6 orang anak tapi baru ada satu isteri jer. Bekerja dengan RHB Islamic Batu Pahat sejak August lalu. email dia mohdtumiranbinahmad@yahoo.com.my no hp 017 6214090.

Setuju tak kalau aku kata Tumiran nie maintain macam dulu juga.........

Usop kau jgn marah kalau tengok gambar nie...
Lepas makan aku g cari umah Jasmani di Parit Rasipan, setelah beberapa kali berhenti bertanya akhirnya aku dapat juga bertemu dengannya sekali lagi dan insyaallah akan bersama kita semua pada 1312.
Bagaimanapun aku minta maaf kerana tidak dapat mengesan Abu Bakar Ali. Aku dah cuba bertanya beberapa orang di Jalan Peserai Lama dan Kampung berhampiran dengannya tapi hampa.
Hingga jumpa lagi pada 1312 nie...mana yang tak nak join tu fikirkanlah semula tak dapat siang pergi malam atau sebaliknya atau lebih baik lagi kalau g kedua-duanya.
Ulasan
kau muncul sebagai penjaring terbanyak di saat saat akhir, hanya tuhan yang akan membalas segala usahakau ..yang tumiran punya jambul punyalah cantik dulu dah pergi mana? takkkan kira duit pun sampai gugur rambut...sapa belakang kau tu tumiran? kamisan..kau berdua ni lansung tak reti respect fauziah..aku tak pernah buat ogy macam tu...lain kali ingat..orang perempuan kena duduk, mamat mamat kena berdiri..rahman..budak kamisan ni dah melampau man..apamacam ? nak belasah tak..[ gurau jer ]
cerita pasal tumiran ni, dia banyak tolong aku masa aku praktikum di senawang seremban tahun 1984. maklumlah student, mana ada duit so aku tumpang kat rumah dia di taman marida sementara dapat rumah sewa. tak lama lepas tu aku dapat rumah sewa kat taman seremban baru. masa tu si tumiran ni tengah bertunang. sekarang berapalah sojar dia agaknya
Aku siap tepon smsmuar lagi nak confirmkan no tel dia, betul tapi tak diangkat, sms tak jwb. So, sapa2 yg kat muar tu tolong2 lah terjah rumah dia sat...