Isnin, 15 Disember 2008

Aku kat umah YB

Sempat berposing - gambar keluarga

YB sedang sibuk carikan saiz T-shirt Reunion

Sempat YB memberi komen pada salah satu posting di blog

On the way balik dari rumah orang tua aku di Kg Sentosa ke Kinrara, aku sekeluarga sempat singgah kat rumah YB Said di Pasir Gudang. Said dan Sameha ni suka dengan nombor 45 - no. rumah, semua kereta & motor dan no tepon dia semuanya no 45! Sempat aku beli 3 T-Shirt Reunion kita...siapa yang belum beli, cepat order! Manalah tahu nanti tetiba kita terfikir nak botakkan kepala lagi macam dulu-dulu masa kita dalam form 5 (http://smsjohorkluang.blogspot.com/2008/11/jumpa-album-lama.html) bolehlah pakai T-shirt ni pulak untuk bergambar.

Anak Said yang yang pertama dan kedua adalah perempuan, sama macam aku. Anak dia yang ketiga pulak lelaki, pun sama macam anak aku. Anak ketiga dia namanya Erfan, pun sama macam anak aku Irfan. Tapi dalam visit ni ni Erfan tak ada dan anak aku yang pertama pun tak ada.

Terima kasih Ed & keluarga sebab meluangkan masa walaupun baru aje balik dari kerja.

4 ulasan:

JunglePeople berkata...

YB..tengah bukak hadiah yg menang Lucky Draw mlm 1312 ke tu??

Azmanar berkata...

Salam alaik,

Aku jeles tengok Sukimin kurus macam dulu jugak.

Sihat badan kalau gitu.

Sukimin berkata...

man! kau jangan tak tahu. penat aku menahan perut masa nak disnap gambar tu....hehe.
kau ke mana lama menghilang?

Azmanar berkata...

Salam alaik,

Aku baru aje dapat curi masa menulis.

Tengah finalize strategi 2009. Tidurpun tak cukup.

Nanti aku buat entry dalam Blog.