Syed Mohamad bin Syed Alwi Al Hadad



Semalam aku dapat message dalam blog kita dari YB (Said Ahmad). No telefon Syed Mohamad dah diperolehi dan telah dihantar kepada Sukimin. Jadi aku pun call dia. Nasaruddin Md Rawi pun nak kontek Syed Mohamad. Bila aku dapat no telefon dia maka aku pun call dia.

Tu dia rupa sahabat kita. Dia amat layak dipanggil ustaz.

Hari ni Jumaat,pagi-pagi lagi aku call dia yang aku nak jumpa dia. Kebetulan dia tinggal di Petaling Jaya. Jadi pertemuan yang paling sesuai ialah di Masjid. Lokasi dipilih adalah Masjid Sultan Salahuddin, Kawasan Melayu Petaling Jaya.

32 tahun aku tak jumpa dia. Tiada perubahan dari segi fizikalnya. Maintain.
Dia berkahwin dengan gadis Trengganu setelah menamatkan pengajian di Jordan. Anak 5 orang. Yang sulung 13 tahun dan bungsu 3 tahun. Isteri beliau adalah seorang guru.
Insyallah dia kan join kita pada 1312. Seorang sahaja.

Syed Mohamad sedang berusaha untuk memulakan pengajian diperingkat Phd di UIA. Kita mendoakan semuga beliau berjaya dan diberi laluan mudah oleh Nya.

Aku sempat bercerita tentang kawan-kawan sekarang kepada dia.
Wasalam.

Ulasan

kembara kelana berkata…
syed mohamad bin syed alwi al hadad adalah anak mufti johor masa masuk bersama kita, kehidupan nya dalam dirumah bercirikan keagamaan dan dia fasih berbahasa arab,
syed pada mulanya amat sukar menyesuaikan dairi dalam kelas dan aku pernah sebilik dengan dia..masa tingkatan satu aku pernah bergaduh dengan dia hanya sebab dia pinjam songkok aku tak pulang...dia dan aku tak bertegur dalam mas ayang agak lama, bila aku ada dia lari bila dia ada aku lari..namun begitu selepas SRP, dia datang melawat kawan kawan di smsj...dia terus cari aku, relaks kat bilik aku dan kami bergambar bersama di atas katil aku ramai ramai...gambar tu masih ada..ada pada sukri. kemudian kami menjadi kawan yang sangat baik. aku selalu terkenang dan bila agaknya dapat berjumpa dia...alhamdulillah dengan inisiatif YB said, sukimin dan mimbar, tadi aku dapat dengar suara dia dan dapat melihat gambar dia..inilah dia namanya persahabatan..hanya akan berkahir selepas kita menemui kematian
salam
nasruddin mohd rawi berkata…
aku dah call dia juga, dia masih ingat aku lagi. tajam ingatan pak arab ni. sukimin kata sbb dia tak makan kepala ikan.
nasruddin mohd rawi berkata…
aku dah call dia juga, dia masih ingat aku lagi. tajam ingatan pak arab ni. sukimin kata sbb dia tak makan kepala ikan.
nasruddin mohd rawi berkata…
aku rasa usop , pak arab dll jika nak aku maafkan, aku kena sekeh dia orang semua, hehehe
Said Ahmad berkata…
nas, kau join gathering kita orang 1312 nanti aku beri green light untuk kau sekeh-sekeh dia orang balik
kembara kelana berkata…
nas
kau nak pakai hukum qisas dan hudud tu...tak baik sekeh kepala cikgu..berdosa, kalau kepala cikgu beso, lagi berdosa beso...anyway nas...kau adalah tetamu kehormat aku, datanglah..bawak mercedes kau tu aku nak tumpang naik
nasruddin mohd rawi berkata…
dulu masa sekolah aku (form 1) aku sebilik dgn azman rahman (pak arab gak ni). aku punya le hot dgn dia, samapi nanti niat nak hentam dia balik satu hari nanti, hehehe. bila aku masuk utm dia dah keluar awal, tapi aku sempat jumpa dia kat setapak jaya rumah yem babu. lepas tu aku selalu lah jumpa dia waktu dia kerja tv3, lepas tu dia kerja kat negeri arab. la ni dah lama tak jumpa. dia dulu dok kat keramat.
dunia dah berubah usop, kita semakin dewasa (tua sebenarnya), hehehe
Noorsham berkata…
nas, kau dtg lah gathering kita ni n ajak geng2 batch kau skali. Sape2 yg dulu ke sekeh...nilah masa korg nak sekeh2 balik dorg sblum maafkan dorg. Kat situ dah takder guru beso ke, pengurus ke...masing2 kan dah tinggalkn topi kat rmh..jd anggap mcm kat sekolah je. Tp umor jer dah tua skit..aku, baik jer kat skolah..takde sekeh2 sape2 kan?...ekkekekeh
kembara kelana berkata…
nas
kau datang boleh...tapi aku akan sentiasa jaga supaya tak kena sekeh dengan kau..aku akan pastikan aku jauh dari kau, sebab betul kata norsyam tu..tak ada sempadan antara kita ketika reunion tu...
norsyam,
kau pandailah meng apikan nas dan geng dia, aku ramai buli orang tapi suruh bsauh baju dan menyapu sampah jer..bajupun sehelai dua jer..da kawan nas kena basuh kasut aku...aku paling menyesal bila terkenang halim [ budak pontian ] aku nak jumpa dia kalau ada masa nanti, nas kita cari dia nanti yer..tak sedap aku nak citer dalam blog...nak tau telefon nas, ibnu, aku, sopi rahman atau gobel.

kalau kau datang nas...kau akan aku sambut dengan kompang

Catatan popular daripada blog ini

System Tools Part 7

BLESSING IN DISGUISE