Syed Mohamad bin Syed Alwi Al Hadad

Semalam aku dapat message dalam blog kita dari YB (Said Ahmad). No telefon Syed Mohamad dah diperolehi dan telah dihantar kepada Sukimin. Jadi aku pun call dia. Nasaruddin Md Rawi pun nak kontek Syed Mohamad. Bila aku dapat no telefon dia maka aku pun call dia.
Tu dia rupa sahabat kita. Dia amat layak dipanggil ustaz.
Hari ni Jumaat,pagi-pagi lagi aku call dia yang aku nak jumpa dia. Kebetulan dia tinggal di Petaling Jaya. Jadi pertemuan yang paling sesuai ialah di Masjid. Lokasi dipilih adalah Masjid Sultan Salahuddin, Kawasan Melayu Petaling Jaya.
32 tahun aku tak jumpa dia. Tiada perubahan dari segi fizikalnya. Maintain.
Dia berkahwin dengan gadis Trengganu setelah menamatkan pengajian di Jordan. Anak 5 orang. Yang sulung 13 tahun dan bungsu 3 tahun. Isteri beliau adalah seorang guru.
Insyallah dia kan join kita pada 1312. Seorang sahaja.
Syed Mohamad sedang berusaha untuk memulakan pengajian diperingkat Phd di UIA. Kita mendoakan semuga beliau berjaya dan diberi laluan mudah oleh Nya.
Aku sempat bercerita tentang kawan-kawan sekarang kepada dia.
Wasalam.
Ulasan
syed pada mulanya amat sukar menyesuaikan dairi dalam kelas dan aku pernah sebilik dengan dia..masa tingkatan satu aku pernah bergaduh dengan dia hanya sebab dia pinjam songkok aku tak pulang...dia dan aku tak bertegur dalam mas ayang agak lama, bila aku ada dia lari bila dia ada aku lari..namun begitu selepas SRP, dia datang melawat kawan kawan di smsj...dia terus cari aku, relaks kat bilik aku dan kami bergambar bersama di atas katil aku ramai ramai...gambar tu masih ada..ada pada sukri. kemudian kami menjadi kawan yang sangat baik. aku selalu terkenang dan bila agaknya dapat berjumpa dia...alhamdulillah dengan inisiatif YB said, sukimin dan mimbar, tadi aku dapat dengar suara dia dan dapat melihat gambar dia..inilah dia namanya persahabatan..hanya akan berkahir selepas kita menemui kematian
salam
kau nak pakai hukum qisas dan hudud tu...tak baik sekeh kepala cikgu..berdosa, kalau kepala cikgu beso, lagi berdosa beso...anyway nas...kau adalah tetamu kehormat aku, datanglah..bawak mercedes kau tu aku nak tumpang naik
dunia dah berubah usop, kita semakin dewasa (tua sebenarnya), hehehe
kau datang boleh...tapi aku akan sentiasa jaga supaya tak kena sekeh dengan kau..aku akan pastikan aku jauh dari kau, sebab betul kata norsyam tu..tak ada sempadan antara kita ketika reunion tu...
norsyam,
kau pandailah meng apikan nas dan geng dia, aku ramai buli orang tapi suruh bsauh baju dan menyapu sampah jer..bajupun sehelai dua jer..da kawan nas kena basuh kasut aku...aku paling menyesal bila terkenang halim [ budak pontian ] aku nak jumpa dia kalau ada masa nanti, nas kita cari dia nanti yer..tak sedap aku nak citer dalam blog...nak tau telefon nas, ibnu, aku, sopi rahman atau gobel.
kalau kau datang nas...kau akan aku sambut dengan kompang