Huei Wuan
Malam ini setelah menelefon Bedah (minta dia confirmkan kehadiran ke 1312), ada email masuk. Rupa-rupanya kawan kita Ee Huei Wuan (5E1) yang email, bertanyakan kabar aku...seronoknya hati aku. Kami berbalas-balas email, aku memujuknya untuk menyertai reunion 1312, namun dia tak dapat menyertai kita kerana perancangannya untuk bercuti sekeluarga ke usa telah dirancangkan lebih awal. Dia kepilkan 2 keping fotonya and family untuk tatapan aku, dan aku minta izin dari Huei Wuan untuk publishkan ke dalam blog kita supaya kita dapat berkongsi sama. Katanya dia harap kawan-kawan yg lain sudi juga untuk berhubung dgnnya. Dia sertakan no. tel nya 0296355293. Dia bekerja di Singapura (tapi suaminya orang Melaka).
Selepas MCE dia dpt scholarship S'pore, buat A-Level dan masuk Univ kat sana dan seterusnya bekerja di sana. Dia selalu balik Melaka (hubby org Melaka) Kami dulu sgt close dgn Huei Wuan w/pun dia satu2 chinese girl batch kami.
Ulasan
Iss sebenarnya dari ari tu lagi mengintai.. mana satu email-add budak China ni. Suka bila dapat email-add dia. The beuty on her waktu itu, she always open minded. Dia tak kedekut untuk mengajar & belajar. Dia akan suka tanya erti ayat2 peribahasa & simpulan bahasa. Dan yang paling best, walaupun dia anak bandar... dia tak keberatan ikut balik/masuk kampung. Hinggakan parent saya ingat hingga sekarang... budak china yang pandai pakai baju kurung... sekarang dia bukan lagi budak china yang itu... dia dah jadi Nyonya Melaka...
Apa pun wish U all the best for 1312.
Iss
Minggu dulu, Iss dapat tau OG ada berkursus di UKM. Hajat dihati masih ingin nak menatap wajah dia,(coz banyak kali buat apointment, tapi tertangguh), maka buat arangement ngan kekawan yang ada masa. Lastly program berubah, hanya Iss, OG & Aini sahaja... maka lokasi yg molek adalah dalam UKM...coz tak nak menyusahkan banyak pihak. Iss ni agak ringkas... mudah bergerak (terimakasih kerana Dr Rozlin memahami). Bila sedemikian... maka topic sembang terarah kpd 'Ladies Talk'... jangan jealous ya cikgu Usop.
Ujung minggu semalam... pulang dari Penang, Iss menyempatkan diri juga, singgah ke Kuala Kangsar... mesti boleh agak siapa yang dicari. Kiranya, Alimah telah menetap disitu sejak tahun 1989 . Orang nya... seperti Fatti, tidak dimamah usia, walau telah 30 tahun berlalu. Dia masih punya pendirian yang tersendiri... seperti waktu dulu. Dan sambil gelak Iss beritau dia...supaya dia hadir perjumpaan 1312, kerana Iss kata... ia adalah salah satu program perjumpaan para PENDIDIK negara juga. Apa pun Alimah masih belum buat keputusan mengenai nya.
Fatti... sorry tak sempat singgah umah Fatti, sampai KL dah terlalu lewat.
Semoga ada kesempatan di lain waktu.