Huei Wuan

Foto atas Huei Wuan bersama 3 anaknya dan suami di Taiwan
Huei Wuan dgn 4 orang anaknya, 3 perempuan dan 1 lelaki.

Malam ini setelah menelefon Bedah (minta dia confirmkan kehadiran ke 1312), ada email masuk. Rupa-rupanya kawan kita Ee Huei Wuan (5E1) yang email, bertanyakan kabar aku...seronoknya hati aku. Kami berbalas-balas email, aku memujuknya untuk menyertai reunion 1312, namun dia tak dapat menyertai kita kerana perancangannya untuk bercuti sekeluarga ke usa telah dirancangkan lebih awal. Dia kepilkan 2 keping fotonya and family untuk tatapan aku, dan aku minta izin dari Huei Wuan untuk publishkan ke dalam blog kita supaya kita dapat berkongsi sama. Katanya dia harap kawan-kawan yg lain sudi juga untuk berhubung dgnnya. Dia sertakan no. tel nya 0296355293. Dia bekerja di Singapura (tapi suaminya orang Melaka).
Selepas MCE dia dpt scholarship S'pore, buat A-Level dan masuk Univ kat sana dan seterusnya bekerja di sana. Dia selalu balik Melaka (hubby org Melaka) Kami dulu sgt close dgn Huei Wuan w/pun dia satu2 chinese girl batch kami.

Ulasan

kembara kelana berkata…
terima kasih fati, berkongsi dengan kita semua...macam nilah yang dihajatkan...kalau ada berita kawan kawan kita kongsi bersama..aku dengan amoi ni, masa dulu rasanya dalam 5 tahun tak pernah cakap walaupun sekali...selain daripada berlainan kelas, kita sesama lelaki dan perempuan sangat kurang berinteraksi dan berkawan mesra [ sesuatu yang amat dikesalkan dalam hidup aku...] semoga huei wuan sentiasa dalam kebahgian dan sejahtera.
fati berkata…
Aku minta maaf sbb tak sertakan penerangan pada foto tu...sbb dah tertekan publish sblm sempat tulis. Foto atas Huei Wuan bersama 3 anaknya dan suami di Taiwan . Foto bawah, Huei Wuan dgn 4 orang anaknya, 3 perempuan dan 1 lelaki. Selepas MCE dia dpt scholarship S'pore, buat A-Lavel dan masuk Univ kat sana dan seterusnya bekerja di sana.Dia selalu balik Melaka(hubby org Melaka) Kami dulu sgt close dgn Huei Wuan w/pun dia satu2 chinese girl batch kami.
iss berkata…
Salam semua...
Iss sebenarnya dari ari tu lagi mengintai.. mana satu email-add budak China ni. Suka bila dapat email-add dia. The beuty on her waktu itu, she always open minded. Dia tak kedekut untuk mengajar & belajar. Dia akan suka tanya erti ayat2 peribahasa & simpulan bahasa. Dan yang paling best, walaupun dia anak bandar... dia tak keberatan ikut balik/masuk kampung. Hinggakan parent saya ingat hingga sekarang... budak china yang pandai pakai baju kurung... sekarang dia bukan lagi budak china yang itu... dia dah jadi Nyonya Melaka...
Apa pun wish U all the best for 1312.
Iss
iss berkata…
Cerita fasal kawan ni....
Minggu dulu, Iss dapat tau OG ada berkursus di UKM. Hajat dihati masih ingin nak menatap wajah dia,(coz banyak kali buat apointment, tapi tertangguh), maka buat arangement ngan kekawan yang ada masa. Lastly program berubah, hanya Iss, OG & Aini sahaja... maka lokasi yg molek adalah dalam UKM...coz tak nak menyusahkan banyak pihak. Iss ni agak ringkas... mudah bergerak (terimakasih kerana Dr Rozlin memahami). Bila sedemikian... maka topic sembang terarah kpd 'Ladies Talk'... jangan jealous ya cikgu Usop.
Ujung minggu semalam... pulang dari Penang, Iss menyempatkan diri juga, singgah ke Kuala Kangsar... mesti boleh agak siapa yang dicari. Kiranya, Alimah telah menetap disitu sejak tahun 1989 . Orang nya... seperti Fatti, tidak dimamah usia, walau telah 30 tahun berlalu. Dia masih punya pendirian yang tersendiri... seperti waktu dulu. Dan sambil gelak Iss beritau dia...supaya dia hadir perjumpaan 1312, kerana Iss kata... ia adalah salah satu program perjumpaan para PENDIDIK negara juga. Apa pun Alimah masih belum buat keputusan mengenai nya.
Fatti... sorry tak sempat singgah umah Fatti, sampai KL dah terlalu lewat.
Semoga ada kesempatan di lain waktu.
Sukimin berkata…
OK Fati....kau bila-bila masa boleh ammend posting yang kau buat sendiri. Kau klik aje pada gambar pensel di sebelah comments. Gambar pensel ini akan keluar hanya kepada mereka yang ada right untuk menyuntingnya. Tapi bagi administrator macam Usop, Said, Norsham dan aku boleh ammend semua posting yang ada dan ada gambar pensel tu di mana-mana posting yang ada. Untuk kali ini aku ammend dengan tambahkan apa yang kau tertinggal dan labelnya sekali.
Azida berkata…
Salam. Aku tengok Huei Wan macam tu juga rupa dia...Nak buat camna dia tak boleh hadir sama.
fati berkata…
terima kasih banyak-banyak Min.Tulah, aku ni bab comp ni amatur aje, dok belajar dgn anak -anak dan suami lagi. Terima kasih lagi sekali

Catatan popular daripada blog ini

System Tools Part 7

BLESSING IN DISGUISE