Mohd Razif Yahya aka Atuk
Isnin lalu dapat email dari Razif Yahya beritau dia akan ke JB atas tugas dari hari Isnin hingga Jumaat. Rasa gembira kerana dia nak jumpa dengan aku. Terus SMS dia agar perjumpaan pada hari Rabu malam. Dia bersetuju. Aku mulalah contact semua member2 yang ada kat JB untuk joint sekali. Cuma Batan sorang aje yang available jadi aku pun pergilah berdua aje dengan si Batan jemput Atuk kat hotel M Suite.
Wajah ceria Batan dapat berjumpa dengan Atuk
Atuk bertugas dengan Telekom Malaysia. Selalu ke JB sebab dia terlibat dengan perancangan pembangunan kawasan Iskandar Malaysia di Nusajaya. Dia tinggal kat Seremban tapi ofis kat Bangsar. Anak2 dia semuanya kat Universiti Al-Azhar Mesir cuma yang kecil aje masih bersekolah. Atuk macam dulu juga ceria, senang berjumpa & berbual juga low profile walaupun punya banyak pengalaman bertugas di luar negara. Kami bersembang sambil minum kopi kat Danga Bay dari pukul 11-00 mlm hampir ke pukul 2-00 pagi itu pun rasa macam tak puas lagi. Seronok rasanya dapat berjumpa kawan2 lama dan berharap dapat berjumpa dengan lebih ramai lagi rakan2 lama pada 13 Disember nanti.
Ulasan
entah kau ingat atau tak pada aku....ahhh takisah lah tu...tapi bila aku tengok gambar kau...memang sesuai dah gelaran atuk tu...hahahaha...jumpa nanti..tahniah said..kau memang hebat mencari kawan lama kita..salam