Apasal masa kita dulu lelaki tak berkawan dengan perempuan?
aku nak bagitau satu perkara yang aku rasa amat bersalah masa kat sek sains johor dulu. aku tak tahu lah apa sebab yang sebenarnya tapi aku rasa amat bersalah kerana tak berkawan dengan pelajar-pelajar perempuan dan lebih sedih macam tak menghormati dorang, terutamanya yang sekelas dengan aku. Bukan aku tak mau berkawan, tapi macam ada aje yang menghalang. Bukanlah kita nak berkawan macam berendut-rendut gitu...tapi sekadar kawan-kawan biasa jer. Itu pun aku tak tau kenapa ia seperti satu perkara yang terlarang.
Jadi sempena bulan baik ini dan juga sempena kita nak membuat satu reunion buat pertama kali setelah 30 tahun berpisah, aku nak amik kesempatan ini menyusun 10 jari dan meminta maaf banyak-banyaklah kepada semua kawan-kawan perempuan yang satu batch terutamanya dari kelas aku. Janganlah disimpan kenangan yang bukanlah pahit tp yang tak manis tentang persahabatan kita dulu. Sebenarnya aku kalau boleh nak memusing kembali masa silam tersebut dan melaluinya semula dan 'undo' apa yang silap dan berkawan dan menganggap kawan-kawan perempuan semacam adik beradik juga macamana aku rasa begitu terhadap kawan-kawan lelaki yang lain. Tapi apa kan daya masa dah berlalu dan tak bole buat macam citer 'Back to the future' atau 'Back to the past'.
Bila dipikir2kan balik apalah bodohnya aku/kami yg lelaki sampai bertindak begitu terhadap kawan2 perempuan se batch dulu. Jadi sebagai mengembalikan zaman silam yang tidak berlaku seperti apa yang sebaiknya, kami ingin mengajak kawan-kawan perempuan seangkatan untuk bersama-sama di majlis reunion ini supaya kami dapat meminta maaf di atas kesilapan kami dan membetulkan apa yang silap dan menghubung semula persahabatan yang tidak terjalin seperti apa yang sepatutnya berlaku dulu.
Harap kawan-kawan semua faham apa yang saya maksudkan dan minta maaf sekali lagi. Actually despite of what I have said above, deep inside we actually love you girls just like we love our other brothers in SMSJ....so hope to see you girls at the reunion...
This is especially to the girls of 5E1:- Ee Huei Wan, Faraza (from form 4), Hafizah Awang, Norela Samad and Rosilawati (I hope I have spelled all your names correctly)

Ulasan
sebenarnya pada pendapat aku, situasi dan kepatuhan kita kepada norma masa itu amat kuat sekali, sapa ada mak we bakal di ejek, budak sains pantang betul kena ejek..lelaki dan perempuan semua sama ..tak suka di ejek. Norm masa tu kalau diketahui anda berbaik dengan perempuan ..anda akan di ketawakan...kedua, kita beranggapan kita kalau kawan mesti mahu serius punya...tak mahu main main...sedang kita tak bersedia..aku ucapkan tahniah kepada said dan sameha yang cekal melawan norma hidup masa itu, tahan telinga dan akhirnya mereka menjadi suami isteri...sham tahniah kerana dah mula masukan entri baru untuk blog kita, kawan lain macamana?
salam
He... he...
Itu juga antara sebab napa kekawan tak kenal Iss.
Semasa Iss hubungi sebahagian kekawan... ada yang masih menyatakan..
'aku masih marah kat diorang sampai sekarang... dah laa suka kutuk aku... ngacau pulak tu... lagi-lagi ..., ...., .... Dan .....
Ertinya ingatan 30 tahun tu masih membekas lagi.
Semoga pertemuan semula 13 12 akan mengubah persepsi ini.
Dan harapan saya, jangan laa mewujudkan satu persepsi BARU... ya Usop...
iss, kau memang steady...namun panggilan dan jemputan dari yang satu menhalang kemunculan kau pada 13 12 kami doakan kua selamat pergi, mengerjakan dan kembali..anyway, akan ada klip video nanti akan merakamkan peristiwa 13 12.. kau janganlah sensitif sangat hal yang dah lama tu..kita semua melakukan kesilapan aku mewakili semua budak lelaki e1, e2, m1, m2 memohon ampun dan maaf pada kesalahan kami semasa sekolah dulu...buang yang keruh dan ambik yang jernih...baru teguh peribadi
I mmng dh lost contact dgn Hafizah, Rosilawati & Farzah. Baru td Huei Wuan balas my email. Dia X dpt hadir.Holiday ke USA Dis ni.
Salam buat Norsham.I cuma Eng.teacher aje.Hubby manage biz.sndiri.Dh puas kami merantau.Skrng dh balik BP.Ade la keep in touch dgn Yahya Selamat & wife.Sama bidang kn...
Anak 5 orang.1st-grad. UPSI,2nd- Medic studnt di Aus,3rd-F4 MRSM Jasin,4th-F3 & last in Yr2(only boy).Ok, looking forward to see our 5E1 friends, too...
Shari, saya bukan kata kita takder berckp langsung dgn kwn2 perempuan tp hubungan kita dgn dorg taklah seakrab mcmana yg sepatutnya dlm persahabatan biasa apabila kita dah belajar dlm satu kelas selama 5 tahun!
Norlila, sedih dengar keadaan kesihatan kau. How are u? Masa usia begini banyak dugaan kesihatan yang kita lalui...
Sha'ri tu tak usah kata la....ramai admirer dulu, sebab tu ada la perempuan nak bertegur sapa...lepas dapat bercakap...happy...