Catatan

PENGISIAN AIDIL FITRI DI RANCANGAN FELDA

Imej
Bacaan Tahlil Beramai-ramai di tanah perkuburan Hari ini adalah hari raya ke 11 aku rasa aku nak cerita suasana pagi hari raya di Felda Keratong 1, Bandar Tun Razak, Muadzam Shah, Pahang. Bagi Usop dan Bagio tempat tu tak asing kerana Usop pernah mengajar di Felda Gugusan Keratong dan Bagio pula dulu pernah jadi Pengurus Risda Ulu Keratong 3 dan sekarang hampir ladangnya. Begitu juga s enior kita Abd Raup Husin dan Nazar Yasin mereka pernah mengajar di Gugusan Keratong. Aku pula tak pernah bekerja di situ tapi aku menjadi menantu kepada salah seorang peneroka Felda Keratong 1. Sebab itu aku berhari raya di sana. Bagi kawan-kawan yang sedang menjalankan amalan ibadah puasa 6 hari di bulan Syawal teruskan kerana ganjarannya seperti kita berpuasa 1 tahun. Aku akan habiskan puasa aku pada hari esok. Sebelum memulakan solat sunat Idul Fitri Timbalan Pengerusi J/Kuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) telah membuat pengumu man iaitu Badan Khairat Kematian dan Badan Masjid Rancangan seperti tahun...

Abdul Kadir Kusene kembali ke Rahmatullah

Ingin dimaklumkan, Abdul Kadir Kusene (5M3, 1977) telah kembali ke rahmatullah pada 27 Sept. 2009. Lagi ...

PUNCA TURUNNYA BALA

Al-Balaa' bolehlah dimaksudkan sebagai ujuan atau cubaan Allah kepada manusia. Al-Balaa' juga diertikan sebagai bahaya atau bencana. Allah Taala menyebut tentang bala sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-A'raf ayat 168 yang bermaksud: " Kami juga menguji mereka dengan nikmat pemberian yang baik dan bencana yang buruk, agarmereka kembali (bertaubat)." Akhir-akhir ini kita digemparkan dengan pelbagai peristiwa buruk yang berlaku di seluruh dunia termasuk di negara kita. Antaranya peristiwa Tsunami yang melanda beberapa negara Asia, bencana tanah runtuh, gempa bumi, banjir besar, ribut, kemarau, kebakaran hutan dan jerebu berpanjangan. Terdapat juga beberapa wabak penyakit yang menular di beberapa negara dan menyebabkan kematian seperti Selesema Burung, J>E, Chikungunya, Penyakit Kuku dan Mulut, Taun, Selsema Babi serta penyakit yang menyerang penduduk dunia sejak sekian lama iaitu AIDS. Kita juga turut merasa tempias apabila krisis ekonomi melanda dunia. H...

Madutiga - En Jamil Part 10

Semasa kita kecil kita selalu diberi tau supaya jangan jadi seperti ayam... bertelor sebiji riuh sekampung.. Secara logic telur tidak mempunyai apa2 nilai dalam hidup kita dan telor selalu diperlekehkan. Jika kita telusuri telor... Kadang2 kita terpisah antara 2 darjat kerana telor. Jika kita ingat zaman sekolah kita, kita boleh bezakan antara maggi kari biasa dgn maggi kari yg ada telur.. Maggi kari telur tetap menjadi idaman kita walaupun maggi itu direbus dalam baldi atau gayung mandi kita.. Untuk yg merantau atau yg masih bujang, telor telah diolah sebagai lauk yg bermacam seperti direbus,digoreng, masakan sambal atau kicap tapi ianya tetap telur. Jangan lupa pada telur masin dan telur pindang. Begitu telur mata kerbau atau telur mata buaya.. Kenapa banyak resepi kueh2 memisahkan putih dan kuning telur dalam adunan mereka?. Cuba bayangkan kita simpan 10 biji telur rebus semasa solat idul fitri dan jika ada pendatang myanmar minta derma... kasi aja telur rebus tu kerana kita tak tau...

PENGLIPURLARA CAM HAFIZAH

Lagu ni lagu bahasa ibunda aku la.. Bukan nak menyisihkan yang bukan jawa..Tapi bagi can la.. Sal dan Kang Asri mesti suka...G? dia paham tu.. Sapa-sapa nak minta translate..mintak kat Sal! Sian Wak Januri tak tengok blog!

Sebagai Penglipur Lara ~ saksikan

Ulang Tahun Kelahiran

Imej
Kami mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN yang ke 48 kepada sahabat kita ROSNAH MANAN (5M1) pada 11 09 09 dengan ucapan semoga tenang menghadapi segala cabaran dan dugaan hidup, dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia, dijauhkan dari mara bahaya dan dikurniakan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat Amin..... daripada kami semua sahabatmu batch SPM/MCE 78