RAHSIA SOLAT DI AWAL WAKTU

Malam ini aku hendak berkongsi sedikit dengan kawan2 tentang rahsia solat di awal waktu bagi sama2 kita renungkan dan cuba kita amalkan.
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini uang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
Waktu Subuh
Pada waktu subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi waktu subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar atau rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal atau terlewat waktu subuhnya berulang2 kali akanmenghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaaan roh dan jasad bercantum (keserentaka ruang dan masa) dalam kata lain jaga dari tidur. Bermulanya saja azan subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat subuhnya mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu zohor. Spektrum warna waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan penghadaman. Warna kuning mempunyai rahsia berkaitan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat zuhurnya berulang2 kali hidupnya mempunyai masalah di perut dan hilang sifat cerianya.
Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang kerap tertinggal asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu asar ini jasad dan ron seseorang terpisah. Jangan lupa tenaga waktu asar ini amat diperlukan oleh organ2 reproduktif kita.
Waktu Maghrib
Menjelang maghrib alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh oran2 tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan bermakna jin dan iblis eaktu ini bertenaga kerana mereka resona dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan seelok2nya berhenti dahulu pada waktu ini.(Solat maghrih dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Waktu Isyak
Apabila masuk waktu isyak, alam berubah ke warna indigo dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetunya inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam alam bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalmus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Kita kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam2 kaedah medatasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sepatutnya bersyukur kerana telahdikurniakan syariat silat oleh Allah swt tanpa perlu memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Ini harus menginsafkan kita bahawa Allah swt mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayangnya sebagai pencipta kerana dia tahu hambanya amat memerlukannya. Adalah amat malan sekali jika kita cuai dalam menjaga solat tapi berdisiplin menghadiri kelas taichi.
Rasanya itu sahaja yang dapat aku tuliskan melalui pembacaan aku untuk menjadi pengetahuan kita bersama.

   

Ulasan

fati berkata…
Terima kasih bong kerana berkongsi pengetahuan ini dengan kami...
bong berkata…
Fati, kekadang kita ni bukan tak tau atau tak belajar tapi kita terlupa, jadi tak salahkan kalau aku selalu enteri benda yg mengingatkan kita semua, lagi pun aku rasa dah sampai kita kena mula melatihkan diri kita dekat pada Allah disamping dengan kesibukan kita. Kalau ada kekawan yang tak berapa setuju dengan cara aku ni, tak apa aku boleh menarik diri.
mrs jannuri berkata…
pak aji...

jangan.. jangan...Jangan menarik dan hilangkan diri macam pak roslan. Teruskan.. entry yang semacam ini, walaupun x beri komen saya baca.

Memang saya sering terlupa dan pak aji selalu mengingatkan nya.

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI