Novel bersiri : Kembaraku : Tikaman

Rupanya umur 13-15 ialah umur yang paling kritikal. Bukan sahaja fizikal, tetapi pada emosi dan pemikiran. Pada zaman aku, pelajar perempuan lebih cepat matang pemikiran, emosi dan fizikalnya. Aku mengalami pertumbuhan yang amat perlahan dari sudut emosi dan pemikiran. Namun dari segi fizikal aku antara yang ada saizlah jugak. Masa tu aku mana tau tu semua, aku jalani hidup aku dengan apa yang ada pada masa itu. Aku tidak ada kawan yang ngam dan rapat, sebab aku rapat dan ngam pada semua orang. Aku sangat enjoy hidup di asrama, aku kini dapat lupakan kesusahan hidup di kampung. Dulu aku hanya tidur di atas tikar pandan, kini aku tidur di atas katil bujang bertilamkan tilam dunloppillo. Oh Indahnya. Dulu bantal kekabu, kini bantal dunlop. Dulu aku makan sekali sehari kini aku makan 5-6 kali sehari. Dulu aku berjalan kaki ke sekolah, kini aku menaiki bas dan balik pun begitu. Dulu aku tak ada kawan lelaki ramai dalam kelas kini aku ada ramai dan dari pelbagai daerah pula. Dulu adalah sejarah yang silam kini aku sentiasa berpeluang mencipta sejarah. Di SSI aku senior dan mereka kelihatan lebih berketrampilan dari kami, sebab mereka sudah masuk tahun kedua di SSi.

Kekadang aku cemburu melihat ada kawan kawan aku di kunjungi oleh parents mereka, begitu mesra, dipeluk, diusap kepala, berkelah di beberapa sudut asrama terutama pada hari Sabtu dan hari minggu. Aku perhatikan mereka begitu mesra dan menyayangi anak mereka. Aku? tiada siapa yang kunjungi. Kekadang aku menelan air liur bila mereka memakan peha ayam yang di goreng sambil ketawa bersama mama dan papa mereka. Ah tak apalah....aku mengalih pandanganku ke pandangan hadapan SSI yang berbukit bukau.

Didalam kelas, aku selalu mengusik kawan kawan, aku duduk meja belakang di kanan kelas...memang tu tempat akulah...menurut psikologi, bebudak yang duduk belakang ialah budak yang agresif. Kelas IMI terdiri dari 29 pelajar. 5 orang saja perempuan dan lainnya lelaki. Dari pelbagai daerah di seluruh Johor. Pelajar perempuana ialah Latifah Saubi, Rosnah Manan, Jasminah Tarmidi, Zubaidah Ahmad dan Saadiah Ahmad. Latifah sekarang bekerja di Pusat Kesihatan dan tinggal di kluang. Rosnah jadi cikgu macam aku gak. Jas pual di pejabat pertanian Kluang. Saadiah di percetakan nasional KL dan Zubaidah melaksanan sebagai suri rumah penuh masa sambil kendalikan sedikit family business, di JB. Maka dalam masa terluang, dan setelah hampir sebulan aku dalam kelas IMI aku sudah kenal semua kawan kawan dalam kelas tu dan interaksi aku dengan mereka biasanya 80% bergurau..ada saja yang nak ditertawakan dalam masa yang sama melihat repon dan keserasian. Ada pelbagai gaya dan antara gurauan yang tak patut aku lakukan ialah menggelar orang lain. Lias..aku panggil stone...Jasminah aku panggil tembam. Sebab pipi Jasminah masa tu memang montel dan tembam. Rupanya Jasminah ni bukanlah orang sebarangan...dia menunggu masa untuk membalas balik gurauanku.

Bila aku beratur nak naik bas....Jas telah menunggu dikerusi paling depan ditangga. dengan sebatang pensel yang baru di asah. Elok aku naik tangga dan hampir dengan nya...pap...dia menikam pehaku dengan pensel yang tergenggam ditangannya...patah mata pensel dan aku pun terjerit...aduhh dia pun sambut....padan muka....tapi aku tak ada apa riaksi marahpun sebab aku tau sebabnya....ejek orang lagi...aku gosok peha dan naik dan terus kebelakang...Jas dan Latifah ketawa kerana berjaya....aku pulak...tersedar, bahawa gurauan tu tidak disukai oleh Jas dan terus menggosok pehaku..sampai hilang kesakitannya.

Aku dan isteri serta anak melawat Jas dirumahnya di Parit Raja pada 13 Disember 2008 yang lalu. Kami bermaafan dan aku menjemput secara personal Jas dan keluarganya di Reunion yang kami anjurkan sempena 30 tahun terpisah. Menjelang April kalau tak silap kami di arahkan berpindah ke SMSJ di Kluang..rumah kami yang sebenar...kami mengemas barang barang dan bertolak dengan bas SMSJ yang menanti dan bermulalah hidup di SMSJ Kluang...disini memang banyak kenangan terpahat dan tercatat. Aku sampai tak tau apa yang nak aku tuliskan di blog ini....kita sambung dalam episod yang akan datang bertajuk ....Maging.


Ulasan

Tanpa Nama berkata…
bila nak sambung lg nih? penat la tunggu.
kembara kelana berkata…
aku sibuk sikit urus anak anak dan keluarga serta kerja...pastu nak urus study lagi...nantilah aku sambung..tak tau sapa anony...kalau tau...lagi cepat aku sambung...
Tanpa Nama berkata…
aku suka baca novel yg ada unsur2 nostalgia gitu...tak kenal pun takpe. cerita bagi kick tau..oklah study tu study gak tp jgnlah lama2 sgt nak sambung tu. mcm terencat jer baca.

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI