Kenangan lama bermain dimata: Adik Zuraini Alias

Ir Zuraini Alias


Yang ni...aku boleh kata...wow ...


Zuraini berbaju biru..menyanyi di atas pentas SMSJ.
Patutnya, Zainal Alam panggil Zuraini nyanyi dulu...


SMSJ78

Aku menulis lagi, entah siapa yang membaca tulisan aku ni aku pun tak tau. Dulu memang ada counter aku create di sisi blog ini, tapi kena godam...namun begitu sejak di bangunkan 'rumah maya' ini rasanya sudah melebihi 100k pembacanya, malah ada juga dari luar negeri. Aku semakin mengerti, media alternatif sekarang semakin mudah di akses dan mudah di baca oleh penggunanya. Hari ini aku terkenang di ruang mata dan teringat pulak seorang gadis, manis, lansing, tinggi, lincah dan aktif yang bernama Zuraini Alias.

Dia ni junior aku setahun, rambutnya ikal mayang, mudah tersenyum, riang dan dan sering berjalan dengan aruah Faizah, Salamah dan Zaharah Yahya. 4 gadis ini mempunyai aura tersendiri. Zaharah Yahaya, amat manis dan berkulit sawo matang, Salamah, putih melepak bagaikan salji di pergunungan, Aruah Faizah...amat rupawan sementara Zuraini juga ada aura yang tersendiri dan paling kuat bersukan. Kehadiran 4 bintang ini menjadikan batch 1979 bergemerlapan menyinar persada SMSJ. Sejak mereka tingkatan 1 hingga mereka tingkatan 5, keempat ini memang menjadi buah mulut penghuni asrama putra, dan siapakah yang dapat menawan hatinya...itu sering menjadi satu persoalan yang tidak terjawapkan dan mungkin telah terjawab pun sekarang ini.

Ok. Fokus, fokus..... Zuraini Alias.
Adik Zuraini Alias ni. Sekarang Ir Zuraini Alias, rasanya menurut sumber sedang membuat PhD dan ada syarikat serta menjadi pensyarah juga. JK kepada beberapa pertubuhan dan sering keluar negeri...Semasa sekolah ..aku tak tau Adik Zu ni dari daerah mana, kampung dia di mana...Apatah lagi adik beradik dia berapa dan emak ayah dia kerja apa...[ sapalah aku nak dapat info tu semua ] Aku dengan geng aku yang tak terkenal itu, sering berbisik sendirian jika melihat zuraini dari jauh, ...tu tu...mana? tu tu....dan sepanjang aku di smsj, tak pernah aku nampak Zuraini ni berjalan sendirian, mesti ada yang escort dia. Dan memang zuraini ni tak pernah mengenali aku... sebab aku sendiri tak berani mencuba menyapa dia...memang sah tak akan mendapat layanan...rasa rendah diri orang miskin macam aku ni begitu menebal..tak mengapa...bukan aku sorang...sebab zaman tu memang begitu...zaman malu malu...

Baru baru ini adik Zuraini menulis dalam blog kita, katanya dia selalu membaca blog kita dan menurutnya, di 'tempat dia' kerajaan disana blok blog kita ni...atas perintah mahkamah katanya..[ sila baca komennya dalam entri 4 bintang. ] Ada dua perkara besar dalam komen adik zuraini itu. Pertama itulah pertama kali adik zuraini berinteraksi dengan aku...melalui komennya, terima kasih. kedua blog smsj batch 78 di halang oleh perintah mahkamah...ini adalah sesuatu yang menarik...kenapa yer? ...ah..biarlah bab kedua tu.. Setahu aku, blog ini tak ada lansung menyebarkan perkara yang mengancam negara...getus hatiku.

Kali terakhir aku melihat Zuraini pada majlis makan malam di Dewan Felda last year dan keadaaanya ...wow....rambutnya....wow.....zuraini zuraini....walau sudah lama terpisah....kau masih mengekalkan aura yang tersendiri itu...aku masih terbayang..ketika dia menggunakan head ban...ikat rambutnya dan berlari memecut mendapat pingat emas semasa 100m hurdles. Ramai yang bersorak menjerit namanya...aku masih teringat yang dia sentiasa kelihatan ketawa ketika bersembang dengan kawan kawannya. Eh? kenapa aku terbayang zuraini pulak hari ni?...kacau betul....oklah setakat tu saja yang aku tau...salah nanti...teruk aku kena saman...hahahahaa.......maaf yer zuraini kalau tersalah info dan salah dimengertikan...tulisan ini hanyalah pendapat peribadi dan tidak niat untuk menghasut. Oh yer.....di atas tu antara gambar gambar Zuraini dulu dan sekarang...

Untuk adik Zuraini. aku doakan kau dan keluarga aman dan bahgia, beriman dan murah rezeki dan semoga silaturahim antara zuraini dengan abang dan kakak batch 78 berterusan dan berkekalan. Salam hormat untuk zuraini dan terima kasih kerana menziarahi blog ini. Selamat dalam menghadapi kehidupan ini dunia dan akhirat.

Ulasan

fati berkata…
Hohohohoho! Mana Bagio ni, mana Din gajah ni.....
Noorsham berkata…
lama aku tak tgk blog smsj78. Tp bila terkeluar kat fb tntg cerita2 terkini...kenalah jenguk2.
Pasal Zuraini ni, dia mmg hebat dgn aura dia. Masa aku blajar kat uk dulu, aku berkesempatan bertemu dgn dia kat Sheffield masa melawat sorg senior yg dah berumahatangga. Bila aku ingatkan dia masa kat majlis mkn mlm tahun lps, dia bole tambah lg dgn cerita2 lain yg aku tak ingat langsung. Tp bak kata Hj Sabirin...she's just pulling my leg...kau mmg hebat Zuraini...
pakroslan berkata…
Iya... Saya terpaksa minggirkan diri sampai perut saya kecik...saya bkn dlm video tu
fati berkata…
Pak roslan, nnt kalu perutnya sudah kecik, beritau saya bagaimana caranya, mau di 'apply' pada pakwe saya dan saya jugak....hahahahaah
kembara kelana berkata…
fatie ..kau panggil dia orang pasal apa fatie..?
kembara kelana berkata…
bagio..harap kau sudi menulis apa apa yang patut untuk blog kita...aku suka membaca kisah dan penulisan kau bag
kembara kelana berkata…
sham..
pada aku reunion adalah dalam blog ini..anytime dan tiada kos yang tinggi..kalau kau ke kuantan...harap singgah di rumah...masuk highway jumpa exit lanchang...call..kau juga sekali sekala...hantar berita dari sungai petani tu...in english pun ok.
kembara kelana berkata…
fatie..
org lelaki kalau kurus secara tiba tiba...bahaya...tu tanda dia tengah di lamun cinta...biarlah gemok...boleh buat tilam..fatie..
yahayasadikon berkata…
Betul KK.... Biar gemuk tapi sihat walafiat..... Bahagia n hati senang...
Tanpa Nama berkata…
Salam Abg. KK,
wah...mesti jawab komen Abg KK sebelum kena block dan saya tak leh baca dah nanti.....
tinggi sgt puji-pujian dlm cerita Abg KK tu...terima kasih aje lah. seperti yg disebut dlm Blog Azhar '79, sy menetap di I*****. kalau sampai di sini....cari la sy...Insyaallah blh melawat tempat2 yg pelik2. so far...dah 2 org budak sekolah kita jumpa di sini.

Norsyam,
you tak ingat sbb you tolong I dulu. itulah sifat org yg terpuji...tak ingat pun ape yg dah di tolong he he. cuba tanye kak nor tu.....i tumpang rumah you while waiting to get a house, ingat tak?
zuraini alias
Noorsham berkata…
Zuraini,

Baru baca comment u hari ni...i kind of remember that you came to Northampton to continue your A-levels. I guess u must have or did come to see us and stayed with us for a short while looking for yr accommodation. Sory for not really remembering that part. Hmmm...how times flies and it seems like it was only yesterday...baru sedar dah tua ni...hehehe

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI