Novel bersiri: Kembaraku: Denda pertama di SMSJ

Aku dianugerahkan tuhan beberapa kelebihan, antaranya ialah aku mudah berkawan. Tidak sukar aku join mana mana kawan, aliran mana, bangsa apa atau jenis macamana, aku tak berkira, aku tak memilih dan aku mudah ketawa, aku suka mengusik dan aku juga mudah menegur sapa. Dalam tempuh 3 hari aku sudah ada ramai kawan. Masa hari pertama persekolahan semasa rehat hari pertama aku dah boleh main kejar kejar dan bergurau senda. Aku berkejaran dengan seorang budak mampan, batu pahat, rambut lurus dan perang...keras, kurus dan suka bergurau.....Elias namanya...sekarang menjadi kapten Pilot MAS. Dulu kami gelar dia Lias Stone...sebab keras hatinya dan bila lawan bercakap dia payah nak mengalah...Keras tu yang kita ibaratkan macam batu...stone...sampai sekarang gelaran tu melekat di kalangan kita orang. Aku dapat bersembang dengan lama dna panjang semasa MG dirumah mimbar. Anak 6, macam aku..gak. Dan ketika kami sedang berkejaran di masa rehat yang dah habis tu , lias dan aku dipanggil oleh Mr Yap. bertubuh gempal dan berambut nipis di hadapan...entah dia Cikgu EC ke cikgu SMSJ ke aku tak tau...tapi dia ialah GPK di situ. Opss...mari sini....aku pun datang dengan lias dan kami kena ketuk dikepala....masa rehat sudah habis...balik kelas....terus aku dan lias berlari balik ke kelas.

Sampai dikelas semasa free sebelum cikgu datang, aku duduk belakang bersama Azman Wahab. Dari Azman Wahab nilah aku belajar kacap terlabik.

puranya , kacap terlabik ni i, dusah mala di kapai lo eh dubak dubak lekuang, hojor yadan tompian. Dubak yumor ditak hatu ngasat.

I am a good learner too...Kejab jer aku praktis cakap terbalik dan aku dah boleh kuasainya dengan mudah. Dan hingga sekarang kacap terlabik jadi niche bagi budak johor.

Aku mula berasa tidak sunyi dengan adanya kawan di sekelilingku, situasi di SMSJ pada aku amat indah kerana SMSJ menyediakan aku prasarana, makanan, kawan yang lebih dari mencukupi. Dulu semasa aku bersekolah rendah, kawan kawan lelaki aku cuma 5 orang sahaja. Shamsudin, Razali, Atan, Jamak dan Rashid. Lainya semua perempuan, tetapi di SMSJ situasinya terbalik...dalam kelas 1M1, geng perempuan cuma 5 orang sahaja, Saadiah, Latifah, Zubaidah, Jasminah dan Rosnah. Selebihnya lelaki. Akulah manusia yang paling seronok sekali sebab aku ada banyak kawan. Kejab aku pergi sanam kejab aku ziarah sini...tak berenti berjalan, ketawa dan bercakap, mengusik dan bergurau...Aku dikenali di dalam kelas sebagai murid yang riuh rendah. Di hostel pun aku tidak lagi menetap di katil dan jiran katil yang berdekatan, aku dah mula berjalan jauh sampai kepenjuru bilik yang menampong lebih 50 katil. Aku dah tak canggung nak pergi makan dan bermain geluncur di sebelah kantin yang berbukit beralaskan kotak. Aku memang lasak dan aktif...mungkin murid hyper aktif agaknya. Namun Ustaz Ismail tetap tersenyum mengurus kami yang akti ni.

Sepanjang aku di SSI kenangan yang paling aku tidak lupa ialah aku di tikam. Di tikam? ...sambung


Ulasan

Tanpa Nama berkata…
main geluncur guna kotak? huh, tak matang lg..form 1 katakan. asyik nak happy jer...

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI