2017 Tahun tahun akhir hayat kita

SMSJ78











Tiada siapa antara kita bole menafikan kenyataan yang umur kita telah senja.  56 Tahun. Separuh abad lebih. Tiada juga dapat mengatakan TIDAK pada maut yang akan bertandang. Aku juga begitu. 2008 blog ini di lancarkan kini hampir 10 tahun kita bertemu semula selepas terpisah begitu lama.

Umur kita yang begini menyebabkan setengfah dari kita telah pun bersara menikmati sisa sisa hidup bersama keluarga dan anak dan cucu. Ada  yang masih bekerja dan memeras kudrat yang ada untuk menyara keluarga dan menyekolahkan mereka. Ada juga yang hampir hendak bersara macam aku ni.
Ada yang tuhan berikan isteri yang muda yang masih hendak bermanja dan ada juga yang dua isterinya atau berkahwin buat kali kedua.

Apapun keadaan kita itulah TAKDIR kita dan terima lah seikhlasnya. Apapun keadaan kita kita tetap bersahabat hingga akhirnya. Andai aku dipanggil oleh Allah ke panngkuannya aku harap kita semua saling bermaafan dan clear dari segala dosa dan hutang sesama kita. Kita saling bermaafkan dan menghalalkan apa apa jua yang kita sedar atau tidak, zahir dan bathin agar kita menghadapNya dengan kebersihan dan kesucian.

Episod persahabatan kita antara yang terindah dalam hidup ini. Ceria penuh nostalgia, angan angan mat jenin seorang remaja serta penuh dengan gelak ketawa. Gelaran yang tak relevan kekadang membangkitkan rasa akrab antara kita. Malah sejak akhir ini semakin tahu dan rapat yang kita rupanya saudara dan tempias kepada anak anak kita yang mula bermain mata...sesama mereka..

Reunion kita adalah pada sambutan hari raya dan walimatul urus dan doa selamat antara kita. Insya Allah kita akan hadir semampunya. Dulu komitmen kerja, anak anak dan pasangan mengikat kaki kita untuk kemana mana kini bertambah pula cucu...yg ada menahan kita kemana mana...

Akhirnya aku berharap....kita akan lebih matang, lebih bahgia pada masa yang mendatang sebagai org dewasa berusia senja dan kembali kepadaNya dalam rahmatNya

Dari aku persenoli.....MAAF ZAHIR BATHIN, HALAL MAKAN MINUM......Sayang semua...terutama pada sidia yang masih bermain di hujung mimpiku....hehehehehe

Salam Sayang
Admin
Yusof Mohamad 5M1
Kembara Kelana....Nama samaranku

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI