Sebuah Citra Kehidupan

SMSJ78

Memang dahulu kami berjauhan walau dekat dimata, namun masa berlalu mengheret sukma dan pemikiran kami menjadi amat dewasa. Bukan sahaja rapat dan intim malahana ada yang saling kunjung mengunjungi, lawat dan ziarah kasih sesama kami. Batch 1978 yg dulunya dijarak oleh gender dan rasa malu yang amat tebal kini menjadi antara batch yang sangat rapat dan perihatin. Mantap dan seperti saudara seibu sebapa layaknya.

Kisah kemalangan dikalangan kami. Kami sama sama berasa sedih dan pilu. Kisah kejayaan anak anak kami, kami rasa yang berjaya itu anak kami juga. Kisah kemeriahan kerja kawin, kenduri doa selamat kami tidak mengira jarak dan pangkat darjat. Kami datang dengan penuh rasa kasih dan akhirnya ada antara kami mengenali sehingga isteri dan suami serta anak anak kawan kawan kami.

Perbezaan sosio ekonomi, status berkerjaya atau sudah pencen, dulu kami berbeza aliran. Ada malay medium ada english medium..kami kesampingkan. Dulu kami tak pernah erti gurau senda sesama rakan sebaya sekarang itu perkara biasa dalam whass app kumpulan kami. Pendek kata kami kini saling mengerti walau dimana kami berada dan walau siapa diri kami. Kami terima seadanya

Anugerah yang tertangguh ini menjadi satu citra dalam kehidupan kami.  Bersyukur kepada tuhan yang maha pengasih dan penyayang. Ini adalah balasan kepada sebuah kesabaran akibat silaturahim yang terputus lantaran suasana usang dan kuno masa lalu.

Kepada sahabat rakan sebaya yang telah pergi..moga Allah tempatkan ruhnya bersama orang yang beriman dan beramal saleh. bersaksilah Ya Allah..sahabat kami itu sahabat yang baik hatinya dan tidak pernah berlaku dosa kepada kami.

Kepada yang masih tinggal moga kita penuhi masa yang ada dengan amalan yang mafaat dan silturahim yang tulus ikhlas agar kita terus menikmati anugerah yang tertangguh ini dengan penuh rasa ikhlas

Salam sahabat

Yusof Mohamad

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI