Epilog : Sketsa lukisan di senja kehidupan

SMSJ78





...aku menulis ini adalah hari terakhir Hijrah 1436 dan esok akan masuk tahun Hijrah yang baharu 1 Muharam 1437. Aku ucapkan selamat tinggal pada Hijrah 1436 yang membawa erti  umur aku sudah menjangkau 56 tahun (Hijrah) sebab aku lahir pada 4 muharam 1381. Sesiapa yang lahir sebelum 14 Jun 1961...umur mereka 57 tahun! Patutlah sudah terasa penat. Selamat tinggal tahun Hijrah 1436


...ketika aku menulis ni juga kawan kawan seangkatan dengan aku dah 12 orang pergi dahulu, Rafie Sohot, Zaid Jais, Sharudin Amin, Elham Hasan, Rohana Sahara, Norlela samad, Aziz Misran, Rani Othman, Md Zin Daud, Amirudin Yahya, Said Ahmad dan pada 2.10 yang lepas Habibah Abdullah. Mereka telah terlebih dahulu mengadap ilahi, mendahului kita semua. Selamat tinggal untuk kita semua dari mereka dan semoga kita semua dihimpunkan kembali nanti di perhimpunan yang lain pada masa yang akan ditentukan.

...epilog

Sketsa Kehidupan antara aku dan kau wahai Habibah kini berakhir dengan memahat memori indah di dalam himpunan kenangan kenangan yang akan terus aku bawa bersama kehidupanku dalam meniti senja kehidupan ini. Berkenalan denganmu merupakan satu rahmat yang tuhan berikan dan kesempatan berbual dan bersenda gurau denganmu merupakan jalinan warna indah pelangi yang akan kekal di memoriku buat selamanya. Alhamdulillah.

Pemergianmu habibah, ditangisi bukan sahaja keluargamu, namun rakan sekerja dan rakan seangkatan dengan mu, kerana selamanya kau memang sering menceriakan. Kau umpama teratai. Dimana kehadiranmu menceriakan di mana saja kau diletakkan. Di tempatkan. Tempat akan menjadi indah dan harmoni. Dikau juga sering menjadi penawar jika diperlu, kau tidak mementingkan sendiri, kau teguh menahan dan menjaga spora walau musim berubah dan luluhawa melanda. Sakitmu boleh kau simpan dan tahan demi membahgiakan orang lain, pedih dan rawanmu kau letakkan di sampingmu asalkan orang yang berhadapan denganmu merasa bahgia, jarang kau meminta tapi banyak kau memberi, jarang kau menangis tetapi banyak yang kau ketawa. Kau amat penyabar pada dugaan tuhan dan pemaaf pada ramai orang yang menyakitimu dan tidak suka mengambil hati, kau amat suka menolong orang walaupun kekadang ada orang ambil kesempatan menipu dan menganaiya dirimu, Hanya yang rapat dapat mengintai resah dipinggir senyummu bibah. Suamimu amat memahamimu, justeru itu ia terus merasa kehilanganmu yang amat sangat...anakmu menceritakan kepada kami ..abang sentiasa menemani pusara mu pagi dan petang. Amat jarang orang yang dapat melakukan apa yang kau lakukan sahabatku dan amat bertuah kau mendapat suami yang amat mengasihimu. Alhamdulillah

Tidak dapat aku meneruskan lagi penulisan ini sebab ketika ini air mataku tergenang dipipiku

Untukmu habibah, moga ruhmu dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yangdi redhai Nya dan semoga kau tergolong sebagai ahli syurga. Terima kasih kerana memberikan aku pengajaran dalam kehiduppan ini, aku juga akn cuba menjadi pemaaf dan suka menolong orang sebagaimana yang telah kau tunjukkan. Insya Allah.

Al Fatihah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI