Lingkaran Kasih Seribu Kenangan
SMSJ78
Assalammualaikum
Salam Sejahtera
Salam sayang sesama batch,
salam mesra kepada pembaca sekelian
Assalammualaikum
Salam Sejahtera
Salam sayang sesama batch,
salam mesra kepada pembaca sekelian
Lencana ni adalah lambang kemegahan Batch 1978
Hasil ubahsuaian dari Ibrahim Esa
Pontian
Suasana hening hari ini menarik lamunanku kepada waktu waktu kita pernah bersama. Waktu di mana kita semua pernah berpijak dibumi yang sama dan berbumbungkan langit yang sama. Waktu kita serba daif. daif ilmu, pengalaman hidup dan cekal menahan tekanan yang datang untuk menjadikan kita dewasa.
Terdapat dua status yang nyata, status orang sederhana( budak e) dan status orang kampung yang serba kekurangan (budak m) namun kedua duanya sangat excellent dan punya pemikiran yang sangat tajam. Kedua dua golongan ini berkawan baik dan bergembira bersama dan malah berkongsi suka duka bersama, perkauman tidak ada sama sekali, Ragunath, BCL, Kew, KC, Amoi dll adalah macam adek beradek dengan kita,
Kenakalan remaja terbiar tanpa bimbingan di asrama memang tak dapat di nafikan, tetapi itu normal untuk anak yang sedang mencari identiti diri, ada yang awal menemui kematangannya dan ada yang aka lambat sikit, aku ? temui jalan buntu sebab terlalu mengikut hawa nafsu, bersukan? tak mampu, menjadi murid yang cemerlang akademik? pun tak mampu..yang aku mampu ialah main nyorok nyorok dengan kebodohan aku sendiri. Itu lah daifnya aku
Namun pengalaman itu yang paling berharga, pengalaman menjadi murid baik dan dihargai mahu pun sebaliknya. Pengalaman mengharungi 5 tahun dipenjara kekadang sangat menginsafkan. Pengalaman pahit, dipukul, di tempeleng, dirotan, ditunjal tunjal kepala, di marahi, di cemuh...di malukan dengan berjemur di tengah panas, di hempuk di kepala atas ubun ubun... sampai nak termasuk leher....lari dari kegelapan malam, berpeluh sebab disyaki itu ini, menjadikan jiwa kita cekal...aku terutamanya. Tak mahu menyerah kalah dan pada aku langit SMSJ dan buminya itu adalah sekolah latihan, recruit untuk mengeluarkan komando masa depan. Kejayaan yang di kecapi...adalah berasaskan kecekalan yang diperolehi di bumi ini
Masa berlalu,
Puluhan tahun, kini batch kita ada yang menjadi CEO, Boss sana sini, Senior Assisten, Business, Kontraktor jutaan ringgit, Prof, Prof Madya, Pengurus Ladang, Juru Latih dan pelbagai kerja lagi. Kini semua itu menjadi seribu kenangan. Alhamdulillah
Kini kita mula bertaut semula
Tidak dibumi yang sama
tidak dibumbung yang sama..
tetapi lingkaran kasih antara kita yang pernah terjalin dulu umpama magnet pada silaturahim yang terbina semula. Lingkaran kasih itu bertaut dengan seribu kenangan. Kebanyakkan kita sudah punya cucu dan menantu. Family kita menjadi besar dan hebat.
Reunion 2008 di ikuti rumah terbuka dihari raya dan majlis walimahtulurus, lawatan sambil berjumpa bekerja sambil minum minum air..menjadi titik titik intim antara kita. Memang kita ada banyak batch 1975-1980 terutamanya...semua kawan kita, tetapi percayalah, berjumpa dengan kawan batch 1978 yang sama baya yang sama umur amat menjadikan kita excited. Kita tak ada ramai bunga. Kelas e1...5, e2....5, m1....5 dan yang ramai pun m2...11-12 orang...aku pun tak ingat. Tapi cukup menghiburkan.
Contohnya....Aku sangat teruja berjumpa ogy dari m2 yang berkelulusan Phd tapi x pernah sombong, aku amat kagum berjumpa noreen dari e2 yang tak pernah ada peluang mengenalinya masa sekolah, pada aku dia seorang anak orang elit yang dulunya pada tafsiranku ..matanya menjeling menyampah pada budak m yang miskin ni...ohhhh salah rupanya, noreen sangat baik dan peramah dan salah tafsir tentang dirinya terhapus sama sekali selepas dia bertandang kerumah ku dan bersama sama meraikan majlis tahlil sahabat kita yang telah pergi. Itu sebagai contoh...sekadar memetik beberapa nama ( yang tak sebut tu jangan marah...)
Prof Shaari, Arbakaria, Pilot Elias, Pengetua Sharif, Rodziah, Kontraktor Shamsudin, Yem, Guru Cemerlang Noraini, GB Aini, Sukimin, Manager Roslan, Najib dll semuanya yang hebat hebat itu ( sekadar menyebut beberapa nama ) itu adalah hak mereka, namun bila berjumpa semuanya sama. Kita bercerita, dan ketawa bersama. Sangat menyeronokkan hati lebih lebih lagi bila dah pencen ni ada tempat nak jalan jalan
Terbaharu kita berkumpul di Dewan orang ramai Parit Raja, Kenduri rumah fatie, berkumpul di haven batang kali, kemudian kerumah aku di dewan SMK Datuk Bahaman, kemudia di Subang Jaya, rengit dan last sekali di teratak rumah aku di lanchang sempena majlis tahlil dan doa selamat sebelum kita berpuasa.
Julai...Jamil Sien menunggu di dungun
Ogos...Md Khir menunggu di Gombak ( ye ke khir?)
September...Shamsudin Md Dom menunggu kita di Melaka
Oktober....jom kita melawat ramai ramai ke banding menziarahi sahabat yang jauh dimata Rostam Mohamad...sapa yang suka memancing dan santai santai di Chalet Banding disana
November...Ragunath menanti di KL
Wah...setiap bulan ada reunion. Jom datang ramai ramai.....Jangan kita bina gap baru atas nama tak sama aliran dan tak sama status. Itu semua hasutan syaitan yang tak mahu kita bersilaturahim sesama kita.
Mungkin kah kita dapat bertemu 3 hari dua malam di sebuah hotel di mana mana dengan kehadiran smeua ahli keluarga. Makan bersama, tidur, sembang puas puas dengan sedikit aktiviti relationship building? Semua...kita dari kelas m dan kelas e?
Mampukah kita membuang egois kita untuk satu wadah yang bernama silaturahim?
Leraikan sengketa lama...yang bersarang dihati dan kembalikan senyuman seorang sahabat sebelum kita pergi. Bolehkan kita korbankan sedikit masa dan wang ringgit untuk bertemu sahabat kita full...4 kelas. Agar yang jauh bertambah rapat dan dan yang dekat bertambah mesra.
Tepuk dada tanya selera.
Aku mencadangkan sahaja..kita boleh atur jika kita mahu
Batch 1978, kelahiran 1961...ox....adalah best organizer....percayalah.
cakap je setuju....bereh..selalu
Batch 1978, kelahiran 1961...ox....adalah best organizer....percayalah.
cakap je setuju....bereh..selalu
Dalam hati kita sebenarnya penuh dengan taman
Kita dalam lingkaran kasih dan sentiasa ada seribu kenangan ketika bersama
Salam silaturahim
Ulasan
Jom!