Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2014

Taksonomi Cinta : Putus sudah harapanku

Imej
Menjelang tahun 1979 aku menerima satu tamparan yang paling hebat dalam hidupku. Usia baru menjejak 18 tahun, aku di keluarkan dari SMSJ dan diminta meneruskan pelajaran di Muar disekolah biasa. Namaku di hantar ke SDAD, Sek Datuk Seri Amar Di Raja. Aku tidak lagi dapat menyakinkan pentadbiran SMSJ pada masa itu sebagai seorang pelajar yang baik dan berguna. Aku di lihat berpontensi lulus sahaja dan kemungkinan besar berpotensi menjadi pemimpin pelajar yang membangkang dan mempengaruhi orang lain. AKu tanya kenapa, mereka kata awak tak layak bersekolah sini, aku kata...saya ditawarkan ke form six disini, bukan itu tanda saya layak dan mereka kata aku melanggar disiplin. Masa bila? aku tanya...awak orang pertama membotakkan kepala tanda protes kepada guru pada tahun 1976 dan dan tahun berikutnya berbelas belas orang membotakkan kepalanya,..awaklah yang pengaruh ni...sumpah cikgu,...demi allah saya tak ada pun suruh atau mempengaruhi mereka....dan kalau saya salah kerana membotakka...

Taksonomi Cinta. : Puisi utk Sekolah Sains

Imej
SMSJ78 Disini Dedikasi:SMSJ Disini disini ada belaian syahdu kupotretkan buat kenangan di dalam memori hidup disini ada memori sedih ada air mata berjuraian mencari erti kehidupan seolah tiada akhirnya disini bersama terik sinar mentari dan keheningan pagi tiada lagi kumeniti ruang terbentang apakah dapat kutempuhi kembara sesunyi ini kembara kelana batch 1978

Perasaan jika dapat mewakili Sekolah

Imej
Bola Tampar 1979..husin mian and the geng...tahniah sen Bola sepak U18 1979...wow...ada staillah.. Pasukan Bola Jaring SMSJ...tak tahu tahun berapa...tapi macam yati md noor tu...80an kut Atlit SMSJ yang memang power...satu ketika dulu, yati md noor tu di asrama kita orang panggil...budak stokin panjang...kuat lari tuuu pasukan Bola Tampar Perempuan... jida dulu tu kaki spike tu....manalah dia sekarang? senyap jer Pasukan Hoki SMSJ 1978...tahniah din gajah... din lebih hebat dari aku...tahniah din, tahniah. [ pic Norsham yusof ] SMSJ78 Mewakili sekolah. Satu cita cita yang tersemat di dalam kebanyakan student SMSJ ketika aku sekolah disitu dulu. Aku tak taulah orang lain, namun buat diriku, aku sentiasa ingin mewakili sekolah dalam apa jua acara sukan mahupun acara bukan sukan. Ketika aku tingkatan 1, pasukan SMSJ buat pertama kali masuk di gelanggang MSSD Kluang. Kejayaan demi kejayaan diukir oleh abang senior aku. Aku begitu teruja dan excited sek...

Taksonomi CInta : Cinta yang lara

Imej
Assalammmualaikum Salam Sayang Satu Batch Salam Sajohan Salam sejahtera untuk pembaca blog Ini juga entri lama...telah dipostkan dulu. Tetapi ketika itu tsunami Facebook melanda. Blog tak mendapat sambutan...namun aku terus menulis...dan menulis walaupun tiada yang membacanya. Kini tsunami Whasapp dan telegram pulak melanda, Fb mula menjadi pilihan kedua lepas wasup. Whasapp dapat merangkaikan blog dan blog dapat dibaca dengan mudah dengan sekali klik pada link itu....jadi blog ni kini mula dibaca semula. Catatan dari blog menunjukkan setiap entri yang aku post kini mendapat 50-75 pembaca...kira oklah tu...tak kiralah sesaorang tu baca banyak kali pun. Bukan nya apa...bila aku menulis atau lain lain author menulis, dan ada orang membaca rasa hilang letih menulis tu...hehehehe...tapi tak paksa yer...sapa ada kelapangan bacalah... Ini kisah sebuah cinta lara yang melanda budak sekolah sains menurut persepsi dan andaian aku sahaja...kalau salah...minta maaf. Dan kebanyakkann...

Taksonomi cinta : Pelarian cinta

Imej
Assalammualaikum Salam sayang satu batch Salam sejahtera Entri lama lagi...aku post semula dgn sedikiy edit sana sini.... Hujung minggu ni. Bole jugs baca baca kan.... Aku dah banyak kisahkan kisah perasaan dan kasih sayang antara kita dan kisah di celah celah kehidupan kita. Barangkali ada yang suka membaca dan ada juga yang mengatakan aku ni mat jiwa jiwa. Aku masih ingat lagi kawan kawan ngutuk aku pasal aku pakai nama samaran kembara kelana, apalah lu sop.....mat jiwa jiwa..sambil dia orang ketawakan aku ramai ramai...aku tetap aku. Aku tetap guna id tu, aku masih menulis kisah cinta. Kali ini kisah perlarian cinta. Cinta yang menyala boleh membuatkan sesaorang itu menjadi kuat dan bersemangat. Cinta boleh menjadi pendorong dan pembakar jiwa. Buktinya ramai kawan kita saling dorong mendorong dan saling jaga menjaga. Mereka menjadikan cinta sebagai pemangkin kecemerlangan akademik dan mencapai cita cita mereka. Mereka tetap bercinta, saling berjumpa, senyum dan bertegu...

Taksonomi Cinta : Belaian Bayu Malam

Imej
gambar hiasan SMSJ78 Alunan angin malam ni menyapa hatiku, membelai lembut jiwa sukmaku untuk aku mengalun sebuah irama sumbang ini lagi. Aku seakan tersadung di denai penuh duri. Gelap dan akar akar hari sentiasa mengait sepasang kaki usang ini untuk terus melangkah. Bisikan bayu bertanya, kenapa kau juga membisu? Di mana tegar dan tekal semangatmu dahulu? karyamu itu umpama membina jambatan silaturahim. Ketika membelai jiwa sukmaku, bayu malam berbisik lagi..kuatkan iltizammu, perjuangan sebagai wadah penyabung silaturahim bukan mudah dan bukan sementara, ini satu cabaran yang panjang dan kalau cabarannya sepanjang sungai kau mesti punya sabar seluas lautan...aku mengangguk setuju. Meski kau rasa kau berjalan di dalam gelap, percayalah sentiasa adaa cahaya dari mata mata yang kau sendiri tidak tau siapa, menerangi langkahmu, dan kalau kau sangka denai harimu penuh duri..percayalah semua duri itulah menjadi pagar pagar penyelamatmu pada satu ketika nanti...pesan bayu mal...

Taksonomi Cinta - Kasihnya Ibu

Imej
 Emak...... Assalamualaikum Salam sayang satu batch Salam Perpaduan Selamat hari raya aidil adha Hari ini hati aku sentap, aku re post entri lama aku dengan sedikit ubah suai.... Aku minta maaf kalau mengganggu...dengan tulisan dalam blog ini. Tak paksa pun. Tak baca pun tak ape.. Aku tulis untuk tiga hari berturut sebab lepas ni aku kena bercuti...disebabkan hari raya,,dan meeting. Aku masih lagi berlegar tentang kasih sayang rindu dendam cinta...juga,,,cuma kali ini tentang kasihnya ibu. Of cozlah mak aku...sebab aku tak dapatlah nak bercerita tentang emak orang lain. Kasih sayang yang kita terima adalah satu pengalaman yang indah dan penuh bermakna. Indah kerana apa yang kita kehendaki dan inginkan selalunya dituruti atau ditolak secara halus dan lembut. Bermakna pula adalah kerana segala-galanya seolah tiada halangan dan gurisan luka di hati dan perasaan. Namun adakah semua orang menikmati nilai nilai yang indah dan bermakna ini? Sudah tentu tidak, kerana s...