aku dan kau : Norlila Samad
Tadi aku dapat berita dari Bong dan Norsyam serta Azida.... kawan kita telah meninggalkan kita buat selamanya pada jam 3.00 petang tadi, semoga ruhnya di rahmati Allah dan ditempatkan bersama orang yang diredhai...dan semoga semua ahli keluarganya meredhai pemergiannya dan diberikan kesabaran.
Lila....kami tetap merinduimu....
salam
Memang benar, aku dengan norlila adalah kawan sama sekolah. Dia kelas 5E1 dan aku kelas 5m1. Memang benar aku dengan norlila pernah satu kuala trengganu.. Dia di Maktab Batu Rakit. printis...dia bersama Azman Rahim (5m2) aku di Maktab Pasir Panjang ..bersama Nazar Yasin, Yahya Selamat dan Rani Osman. Itu adalah fakta sejarah.
Sejarah juga telah terpatri selama puluhan tahun itu...30 tahun dari 78-2008 aku dan norlila sebenarnya tidak pernah bercakap walaupun sapatah perkataan....sekali pun! Hebatnya cara pergaulan kami masa itu, dan aku rasa anak anak sekarang tidak lagi mengalami pengalaman pahit seperi kami dahulu. Keterbatasan kerana norlila perempuan dan aku lelaki. Dia kelas E akau kelas M, dia Batu Pahat aku Muar....gap yang terjelma di kalangan kami semasa smsj... amat merugikan silaturahim kami...masa 5 tahun berlalu begitu saja. Aku dan Norlila cuma tahu, kami pernah satu sekolah.
Sebenarnya geng perempuan dan geng lelaki zaman 74-78 mempunyai hubungan yang amat renggang sekali. Rasa malu yang amat tebal, rasa aib kalau di ejek, enviroment yang amat rigid, pemantauan guru dan warden yang keras...adalah antara faktor penjarak antara kami. Bukan norlila saja, malah, aku juga tidak pernah becakap dengan semua girls kelas E dan M2. Aku cuma berteguran dan bersapa dengan 5 orang kawan sekelasku...itupun amat terbatas...
Kini masa telah lama berlalu, 1312..adalah hari kami berjumpa kembali selepas 30 tahun...aku rasa amat terharu kerana selepas 30 tahun kami akhirnya menjadi kawan yang amat baik sekali...norlila datang dengan semangat suaminya yang tersayang dan anak anak nya yang terkasih...dengan kerusi roda..aku lambangkan dia serikandi batch 78 dan special one semasa reunion batch kami...hinggalah norlila menegur aku...sop...jangan lah panggil aku serikandi..aku malu.Barulah aku berhenti mengatakannya...actuallly aku really respect pada norlila... dalam keuzuran sebegitu dia sudi datang semasa reunion...itulah cikgu
Aku kini tidak rasa segan untuk menalifon norlila untuk bertanya khabarnya dan begitu juga dia...gap antara kami semasa sekolah dulu telah dihapus oleh masa....dan kami [ girls and boys ] adalah mangsa masa silam yang amat kejam...aku juga berterima kasih kepada suami norlila yang sporting dan anak anaknya yang cantik manis serta peramah itu.
Aidil Fitri ini , aku dipertemukan oleh tuhan dengan norlila sekeluarga dirumah Hj Yahya Selamat...walau pada mulanya aku hendak ke rumah dia...tetapi dah terbabas sampai ke rumah Yahya...alhamdulillah...kami berramah mesra, bergambar dan makan sama sama 3 keluarga..gembira yang amat sangat..dan dalam masa sunyi begini aku mula memahami..rupanya ribut taufan dan guruh 31 tahun dahulu ialah untuk menghasilkan pelangi petang untuk kami semua...lebih menggembirakan, norlila sudah semakin sehat dan berjalan seperti biasa.
Buat norlila sekeluarga...salam bahgia dan gembira...aku dan keluarga amat gembira berjumpa dengan family kau dan kalau ke Kuala Rompin...jangan lupa singgah lah ke teratak kami..U memang special, suami dan anak anak you amat membahgiakan...salam
Buat norlila sekeluarga...salam bahgia dan gembira...aku dan keluarga amat gembira berjumpa dengan family kau dan kalau ke Kuala Rompin...jangan lupa singgah lah ke teratak kami..U memang special, suami dan anak anak you amat membahgiakan...salam
Ulasan
kemudian ahad lepas aku hantar kak long kat upm aku cuma 3-4 km jer dari rumah kau...tapi sekali lagi aku rasa macam kau sibuk...
jadi aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan khas untuk kau dan keluarga...SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATHIN....
manalah taukan kau nak buat open house ke hujung minggu...beritau..aku pasti datang.
tahun lepas tak datang...tahun ni kebetulan aku ada di IAB sampai 16 oktober...jadik tak lah jauh sangat..salam pada hubby kau.
Salam dr kami sekeluarga utk semua rakan.Sesungguhnya saya rasa trharu trhadap entri ini.Siapalah kami, hanya insan2 yg amat menghargai erti persahabatan.
Alhamdulillah berkat doa dan semangat yg disuntik oleh rakan2, saya sudah 90% sihat.Saya masih ingat lagi pd mlm 131208 tu, saya telah berjanji pada Said & rakan2 yg lain bahawa kerusi roda itu hanya utk sementara saja.Kini saya sudah mengotakan janji saya.Usop & Yahya serta keluarga adalah saksinya!
Insyaallah jika kami ke Rompin, kami akan singgah ke rumah awak, Usop. Terima kasih untuk segala-galanya.Selamat berkursus.
Salam.