Sementara menunggu hati Bagio cair, aku buatkan jugak entri ini untuk menunaikan tanggung jawab yg di amanahkan oleh Usop iaitu minggu ini adalah giliran M2 untuk menghantar entri di blog ini. Aku tak pandai nak buat entri yang lawak atau yg ilmiah. Hanya bila mendengar lagu Uji Rashid yg Usop muatkan dalam blog ni , buat aku teringat beberapa lagu lagi yg menjadi pujaan kami semasa bersekolah di SMSJ dulu. Oleh sebab aku ni budak M dah tentu lagu melayu yg mendominasi lagu-lagu pujaan aku. Masa tu selain lagu-lagu Uji Rashid, lagu J Mizan ( hari ini kau datang riang), DJDave ( maafkanlah ), Sharifah Aini, Rafeah Buang, M Nasir dgn Yunizar Hussin ( aku terbayang Bakyah meniru mimik muka yunizar bila nyanyi lagu ni) A. Razak ( rasa mcm ada pertalian saudara dgn Ha)...dan ramai lagi. Bila masuk bab lagu Indonesia pulak, mestilah d'loyd ( lagu' ibarat air di daun keladi' tu lah), dan lagu 'widuri' ( yang cukup famous tu sampai Abg Jamaludin, head boy 1976 terkenal sbb ...
Ulasan