SMSJ78
Sabtu 2hb Jun 2012 aku telah dikunjungi oleh Yusop Mohamad@Kembara Kelana. Kunjungan Yusop sekeluarga. Seronok tengok Usop dengan keluarga yang besar. Seorang isteri dan 6 orang anak kesemuanya.
Petang tu aku keluar ke bandar Segamat bersama isteri untuk membeli water heater bagi mengganti wang sudah rosak. Sebelum membeli water heater aku singgah minum bersama isteri. Aku makan mee bandung dengan air barli dan isteri aku makan satay dan udang goreng tepung berserta sotong goreng tepung, aku pun tumpang juga makanan yg isteri oder.. Sedang aku menikmati makanan, aku telah menerima panggilan talipon dari Usop yang datang ke Segamat untuk menjemput isterinya yang menghadiri kelas membuat cake. Aku terus ajak Usop untuk sama2 minum bersama aku. Selepas makan dan minum aku dan isteri mengajak Usop dan keluarga singgah ke rumah aku di kg Gelang Cincin. Usop tidak menghampakan dan singgah rumah aku. Selepas semuanya solat maghrib dan mandi, kami duduk sebentar sambil minum teh o dan bersembang2. Usop sebenarnya hendak balik kampungnya di Muar. Isteri aku mempelawa Usop sekeluarga untuk bermalam di rumahku. Dari reaksi isteri dan anak2 Usop, mereka macam hendak bermalam di rumah aku. Akan tetapi Usop tidak mahu. Aku paham tujuan asal Usop sebenarnya nak balik kg untuk menziarahi saudara mara dan kubur ayah dan bondanya sempena hampir bulan puasa yang akan menjelang.Masa itu emas dan berharga, semua urusan perlu segera.
Aku dengan Usop memang tidak boleh bersua, kemeseraan kami kasar sikit. Akan tetapi aku berasa seronok. Isteri kami melihat gelagat kami dan nampak gaya macam boleh menerima dengan apa kemeseraan kami tunjukkan. Tak hairan sejak dulu kala lagi kami macam tu.
Yang penting kat sini aku dan isteri nak ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Usop dan keluarga kerana sudi singgah rumah aku.
Usop adalah orang kedua dari SMSJ Batch 78 yang telah sampai rumah aku. Sebelum ni Member yang telah singgah rumah aku. Selain Member dan Usop mereka yang telah sampai rumah aku ialah senior Batch 77, Mohd Shah Mahmod, Mohd Yusuf Musa dan Sufian Lau Abdullah.
Sop bila kelapangan datang lagi ye....begitu juga kawan2 yang lain....jika sudi datanglah rumah aku yg jauh dari bandau....kampung tradisional.....
Terima kasuh Sop...terima kasih.....

Ulasan