Jumaat, 27 April 2012

PETUA

SMSJ78-PENAWAR SAKIT KEPALA
  1. Ambil debiji bawang putih yang dihiris nipis-nipis. Tampal hirisan itu pada pelipis kiri dan pelipis kanan. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila kering dan sakit kepala beransur hilang.
  2. Ambil 1kg daun lemuni yang berbatang lembut. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidur gunakan bantal tersebut. Amalkan beberapa hari dan sakit kepala tidak terasa lagi.
  3. Tumbuk daun serai sehingga lumat dan tampalkan ke dahi.
  4. Giling ubi pokok bawang putih dan tampalkan kebahagian kepala yang sakit.
  5. Rebus daun kangkung hingga mendidih. Lumatkan daunnya hingga halus. Masukkan garam dan saringkan. Minum air rebusan setiap hari.
  6. Ramas beberapa daun sireh dalam air. Basahkan kepala dengan air ramasan daun sireh dan picit-picit kepala beberapa minit.
  7. Tumbuk 6 helai daun sawi dengan lumat. Campur sedikit garam. Lumurkan serta gosokkan perlahan-lahan di dahi.
  8. Ramas sekepal asam jawa dengan secawan santan. Tapis dan lumurkan ke kepala. Bungkus kepala dengan kain. Biarkan seketika sebelum dibilas.
  9. Rebus tiga gelas air dengan beberapa kulit manggis dan jadikan 1 gelas. Tapis dan berkumur air rebusan kulit manggis itu setiap hari.
  10. Lumurkan kepala dengan beberapa biji air limau nipis. Setelah setengah jam, bersihkan.
Selamat mencuba.

Tiada ulasan: