KEBERKATAN

SMSJ78-Selama puluhan tahun kita hidup berkerja keras untuk mencapai matlamat membangunkan diri. Selepas melalui pelbagai rintangan dan cabaran dalam tempoh yang panjang itu, ada baiknya kita menoleh ke belakang sebentar untuk meneliti kembali jejak yang telah dilalui.
Memang harta kekayaan penting untuk mempermudahkan kehidupan kita. Tetapi semua itu hanyalah alat-alat yang perlu dan bukan matalamat dalam kehidupan. Manusia selalu keliru sehingga menjadikan alat-alat itu sebagai matalamat dalam kehidupan. Jika kekayaan, pangkat dan penghormatan menjadi matalamat hidup, ada kemungkinan manusia akan melakukan apa sahaja perbuatan tak kira salah betulnya asal sahaja mereka mencapai matalamat tersebut.
Menjelang usia mencecah senja, ada baiknya kita merenung sejenak setiap langkah kita yang lalu. Jika ada langkah yang salah maka perlulah kita perbetulkan. Amat malang jika kita dengan tiba-tiba dipanggil pulang oleh Allah sedang kita mnelangkah dengan cara yang salah dalam hidup kita.
Apakah yang dapat kita peroleh selepas kematian selain daripada sedekah jariah kita yang dimanafaatkan oleh orang ramai untuk kebaikan.
Ingatlah selepas kematian anak Adam itu yang akan kekal mengalir pahalanya adalah ilmu yang dimanafaatkan, sedekah jariah dan anak soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya.
Alangkah malang dan ruginya mereka yang bersifat mementingkan diri sendiri itu, mereka untung sedikit di dunia tetapi mengalami kerugian besar selamanya.
Semoga kita semua memperoleh hidayah untuk selamat di dunia dan di akhirat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI