Jumaat, 13 April 2012

CARA MENJAGA KAKI DAN KUKU

SMSJ78-Kalau kaki keras dan berkematu, cuba campurkan hampas kelapa dengan air perahan limau nipis. Kemudian gosok tapak kaki dengan berulang kali. Lakukan sekurang-kurangnya sekali seminggu. 
Bagi mengelakkan kaki melecet disebabkan kasut. Cuba sapu sedikit minyak masak pada bahagian yang dikhuatiri melecet. 
Bagi merawat tumit pecah. Cuba sapukan lemak ayam yang telah dicairkan pada tumit yang pecah. Lakukan seberapa kerap. Satu lagi cara dengan menyapu getah betik di tumit yang pecah. Ambil betik muda dan potong untuk keluarkan getahnya. Biarkan getah betik kering kemudian baru dibasuh. Pastikan tumit yang hendak dilakukan dibasuh bersih dahulu.
Sapu kuku dengan ubat gigi. Gosokkan perlahan-lahan dengan jari beberapa minit. Hasilnya kuku pasti cantik dan berkilat.
Letakkan inai merah di kuku yang cenkam (cagu). Satu lagi cara ialah ambil limau nipis atau limau kasturi yang dipotong  atasnya. Kemudian bakar limau tersebut sehingga kekuninggan. Setelah limau suam, cucuk jari yang cekam (cagu). Dalam beberapa hari perubahan dapat dilihat.
Selamat  mencuba.

2 ulasan:

fati berkata...

Wah...bagusnya ! saudara bong kita sudah aktif semula dgn blog dan petua-petua tg diberikan juga amat bagus.... terima kasih bong.

kembara kelana berkata...

mekasih bong...menemani aku diputra jaya sehari semalam.