Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2012

PETUA

SMSJ78- PENAWAR SAKIT KEPALA Ambil debiji bawang putih yang dihiris nipis-nipis. Tampal hirisan itu pada pelipis kiri dan pelipis kanan. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila kering dan sakit kepala beransur hilang. Ambil 1kg daun lemuni yang berbatang lembut. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidur gunakan bantal tersebut. Amalkan beberapa hari dan sakit kepala tidak terasa lagi. Tumbuk daun serai sehingga lumat dan tampalkan ke dahi. Giling ubi pokok bawang putih dan tampalkan kebahagian kepala yang sakit. Rebus daun kangkung hingga mendidih. Lumatkan daunnya hingga halus. Masukkan garam dan saringkan. Minum air rebusan setiap hari. Ramas beberapa daun sireh dalam air. Basahkan kepala dengan air ramasan daun sireh dan picit-picit kepala beberapa minit. Tumbuk 6 helai daun sawi dengan lumat. Campur sedikit garam. Lumurkan serta gosokkan perlahan-lahan di dahi. Ramas sekepal asam jawa dengan secawan santan. Tapis dan lumurkan ke kepala. Bungkus kepala dengan kain....

PETUA

SMSJ78- PENAWAR MIGRAIN Ambil tiga atau empat keping asam gelugor atau asam keping.Rendamkan dalam air suam semalaman.Minum air tersebut pada keesokan harinya.Sakit kepala akan hilang serta merta. Selamat mencuba.
Imej
SMSJ78- EDIBLE GARDEN   Jika diterjemahkan secara mudah,Edible Garden bermakna 'taman yang boleh dimakan'.Ini membawa erti taman yang dibangunkan mengandungi tumbuh-tumbuhan yang sesuai untuk dimakan seperti sayur-sayuran,pokok herba,ulam-ulaman dan buah-buahan.Kelazimannya edible garden memberi tumpuan kepada tumbuhan jangka pendek yang hidup dalam tempuh satu hingga enam bulan.Namun ada juga tanaman kekal yang boleh ditanam seperti kayu manis,tanjung,serai dan pandan.Selain dijadikan taman dapur edible garden juga menjadi landscap yang menarik jika bijak menggabungkan pokok herba, sayuran dan buahan dengan pokok berbunga atau tumbuhan landscap atau hiasan.Penggabungan pelbagai warna daun dan buah serta ketinggian yang berbeza menghasilkan kombinasi reka bentuk taman yang indah.

CARA MENJAGA KAKI DAN KUKU

SMSJ78- Kalau kaki keras dan berkematu, cuba campurkan hampas kelapa dengan air perahan limau nipis. Kemudian gosok tapak kaki dengan berulang kali. Lakukan sekurang-kurangnya sekali seminggu.  Bagi mengelakkan kaki melecet disebabkan kasut. Cuba sapu sedikit minyak masak pada bahagian yang dikhuatiri melecet.  Bagi merawat tumit pecah. Cuba sapukan lemak ayam yang telah dicairkan pada tumit yang pecah. Lakukan seberapa kerap. Satu lagi cara dengan menyapu getah betik di tumit yang pecah. Ambil betik muda dan potong untuk keluarkan getahnya. Biarkan getah betik kering kemudian baru dibasuh. Pastikan tumit yang hendak dilakukan dibasuh bersih dahulu. Sapu kuku dengan ubat gigi. Gosokkan perlahan-lahan dengan jari beberapa minit. Hasilnya kuku pasti cantik dan berkilat. Letakkan inai merah di kuku yang cenkam (cagu). Satu lagi cara ialah ambil limau nipis atau limau kasturi yang dipotong  atasnya. Kemudian bakar limau tersebut sehingga kekuninggan. Setelah limau suam, c...

KEBERKATAN

SMSJ78-Selama puluhan tahun kita hidup berkerja keras untuk mencapai matlamat membangunkan diri. Selepas melalui pelbagai rintangan dan cabaran dalam tempoh yang panjang itu, ada baiknya kita menoleh ke belakang sebentar untuk meneliti kembali jejak yang telah dilalui. Memang harta kekayaan penting untuk mempermudahkan kehidupan kita. Tetapi semua itu hanyalah alat-alat yang perlu dan bukan matalamat dalam kehidupan. Manusia selalu keliru sehingga menjadikan alat-alat itu sebagai matalamat dalam kehidupan. Jika kekayaan, pangkat dan penghormatan menjadi matalamat hidup, ada kemungkinan manusia akan melakukan apa sahaja perbuatan tak kira salah betulnya asal sahaja mereka mencapai matalamat tersebut. Menjelang usia mencecah senja, ada baiknya kita merenung sejenak setiap langkah kita yang lalu. Jika ada langkah yang salah maka perlulah kita perbetulkan. Amat malang jika kita dengan tiba-tiba dipanggil pulang oleh Allah sedang kita mnelangkah dengan cara yang salah dalam hidup kita. A...

MUTIARA KATA

SMSJ78 - Walau bagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpendoman kepada akal. ( Lukmanul Hakim ) Hawa nafsu membawa kesesatan dan tidak berpedoman dan akal menjadi pedoman menuju keutamaan.  Hawa nafsu menyuruh mengelamun, berangan-angan, tetapi akal menyuruh menimbang. ( Hamka ) Selagi kita bernyawa, kita mestilah bekerja menabur bakti untuk bangsa dan negara. Itulah hasan yang sebenar. ( Ibu Zain ) Orang yang membinasakan orang lain untuk kepentingan dan faedah diri sendiri telah melakukan kejahatan yang amat keji.  Apabila sempurna akal, kurang perkataan dan sifat pemarah adalah musuh utama akal. ( Saidina Ali Abi Talib )
Imej