Selasa, 5 April 2011

Majlis Makan Malam (Amal) SAJOHA

Buat semua rakan SAJOHA sekelian,

Saya dengan rasa rendah diri dan telah di amanahkan oleh Jawatankuasa SAJOHA untuk menganjurkan Majlis Makan Malam Tahunan SAJOHA seperti yang di nyatakan.

Butir-butir anjuran majlis adalah seperti berikut :

Tarikh : 23 April 2011 ( Sabtu )
Masa : 0730 - 1100 malam.
Tempat : Tiara Golf Resort , Air Keroh , Melaka

Thema majlis : Nostalgia SMSJ....RETRO...
Pakaian : Kemas and santai...

Bayaran yang di syorkan:
AHLI Sajoha yang hadir : RM 100
AHLI Sajoha yang tidak hadir : RM 50
AHLI Sajoha yang hadir dan telah menyertai GOLF Amal : RM 70
Guru (menerusi tajaan ahli Sajoha ) : RM50
Suami/isteri ahli Sajoha : RM 50
Anak ahli Sajoha /seorang : RM 30
( bayaran RM 50 adalah untuk yuran tahunan SAJOHA).

Keuntungan/lebihan dari hasil majlis ini, kami mencadangkan supaya :
30 % - tabung SAJOHA
30 % - tabung SAJOHA untuk program SMSJ ( contoh program pengantarabangsaan,sukan, dsbnya)
40 % - tabung naik taraf surau SMSJ.

Bayaran boleh di buat mulai Jumaat ini, 18 hb Mac 2011 melalui akaun Hussain Mian - 512101253298..maybank...dan tarikh akhir, adalah pada hari Jumaat 22 hb April 2011 ( untuk tujuan kemaskini rekod dan pengoditan).

Bagi pihak JK Majlis Makan Malam Tahunan SAJOHA ini, kami amat mengharapkan sambutan dari rakan / abang / kakak dan adik sekelian. Ambillah kesempatan ini untuk mempereratkan ikatan silaturrahim antara kita semua.

Untuk menyempurnakan majlis ini, batch 86 telah di lantik untuk mengetuai aturcara pada malam tersebut sambil di bantu oleh kumpulan band SAJOHA, khasnya dari batch 83.

Salam penuh rasa rendah diri dari saya.

Hussain Mian
Penganjur bersama batch 83 dan 86.
Majlis Makan Malam Tahunan SAJOHA
No HP - 017-8889688




Tiada ulasan: