Majlis Makan Malam Tahunan(Amal) SAJOHA, Tiara Golf Resort, Air Keroh , Melaka pada 23 April 2011

Assalamualaikum....tuh..

Buat semua rakan SAJOHA sekelian,

Saya dengan rasa rendah diri dan telah di amanahkan oleh Jawatankuasa SAJOHA untuk menganjurkan , Majlis Makan Malam Tahunan SAJOHA seperti yang di nyatakan ...
Butir-butir anjuran majlis adalah seperti berikut :

Tarikh : 23 April 2011 ( Sabtu )
Masa : 0730 - 1100 malam.
Tempat : Tiara Golf Resort , Air Keroh , Melaka...

Thema majlis : Nostalgia SMSJ....RETRO...
Pakaian : Kemas and santai...
Bayaran yang di syorkan...

AHLI Sajoha yang hadir : RM 100
AHLI Sajoha yang tidak hadir : RM 50
AHLI Sajoha yang hadir dan telah menyertai GOLF Amal : RM 70.
Guru (menerusi tajaan ahli Sajoha ) : RM 50.
Suami/isteri ahli Sajoha : RM 50.
Anak ahli Sajoha /seorang : RM 30
( bayaran RM 50 adalah untuk yuran tahunan SAJOHA)...

Keuntungan/lebihan dari hasil majlis ini, kami mencadangkan supaya :
30 % - tabung SAJOHA
30 % - tabung SAJOHA untuk program SMSJ ( contoh program pengantarabangsaan,sukan, dsbnya)
40 % - tabung naik taraf surau SMSJ..

Bayaran boleh di buat mulai Jumaat ini, 18 hb Mac 2011 melalui akaun
Hussain Mian - 512101253298..maybank...dan tarikh akhir, adalah pada hari Jumaat 22 hb April 2011 ( untuk tujuan kemaskini rekod dan pengoditan).

Bagi pihak JK Majlis Makan Malam Tahunan SAJOHA ini, kami amat mengharapkan sambutan dari rakan / abang / kakak dan adik sekelian. Ambillah kesempatan ini untuk mempereratkan ikatan silaturrahim antara kita semua...
Untuk menyempurnakan majlis ini, batch 86 telah di lantik untuk mengetuai aturcara pada malam tersebut sambil di bantu oleh kumpulan band SAJOHA, khasnya dari batch 83...

Juga, dalam masa terdekat ini, kami juga akan melantik beberapa wakil batch (dipilih secara random..berdasarkan kedatangan semasa Majlis Makan Amal SAJOHA - dewan perdana felda yang lepas..) dan akan di umumkan. Kami berharap wakil bacth dapat membantu kami untuk mengundang dan mempromosi majlis ini dan seterusnya mendapat kedatangan semaksimum mungkin..

Salam penuh rasa rendah diri dari saya..

Hussain Mian
Penganjur bersama batch 83 dan 86.
Majlis Makan Malam Tahunan SAJOHA
No HP - 017-8889688

Untuk makluman semua batch 1978, saudara Seah Yong You - 5E1 yang berada

di Victoria, Australia akan pulang ke Malaysia & dijangka akan hadir ke majlis ini.
Dijemput semua untuk memeriahkan lagi majlis ini.
Sila maklumkan kepada yang akan hadir


Ulasan

teja berkata…
uiks... dekat ngan umah kita... hehe
kembara kelana berkata…
terima kasih atas jemputan
JariAntu berkata…
Jika tiada aral yang melintang..jika tiada apa yang menghalang..jika tiada lagi rasa ragu,gusar dan bimbang..jika rasa mahuku tak bergoyang..jika jiwaku tak bergoncang..jika langkahku tak sumbang..jika rasa rinduku mengundang..jika tiada aral yang melintang..jika sungguhku tak berkurang..ku pastikan datang !!! Jika ajal terlebih dahulu mengundang..usahlah aku ini di kenang.

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI