SEBUAH CATATAN RINDU
....Secara tiba-tiba
aku mengingatimu
di kamar sepi di malam syahdu
inikah namanya rindu 
sengsara tiada terhingga 
setelah perpisahan berlaku........
(Nyanyian Son Of Adam)

Entah kenapa , tiba-tiba rasa rindu untuk membaca blog ini yang sudah lama tidak saya jengah . Tiba-tiba  juga terasa hendak menulis sesuatu dari rasa rindu , lalu saya namakan catatan rindu .

Semalam , ke Penang , esok nak ke Selangor , minggu depan nak ke Perlis , belum ada sebutan ke  "Johor" lagi buat masa terdekat ini . Namun dengan keadaan banjir teruk di Kedah , tiba-tiba saya teringatkan Johor yang pernah melalui saat-saat sukar itu beberapa  tahun lalu . Moga-moga Johor tidak banjir lagi . 

Siapa kata anak Johor tidak rindukan buminya ? Sebenarnya rindu ..... rindu serindu-rindunya . Namun takdir telah  mengatasi segalanya . Ditelanlah segala rasa demi iman yang kukuh terhadap Dia Yang Maha Esa . Sesekali  rasa ingin ke Air Terjun Kota Tinggi lagi , merasa dingin air derasnya  , tapi entah bila ke sana .  Terasa juga nak ke Pantai Air Papan Mersing menyusuri pantainya  yang putih , tapi keadaan selalu tak mengizinkan .

Terasa rindu juga pada alam persekolahan di SMSJ selama tujuh tahun bernaung di asrama puteri .Dalam rindu ini , ada sesuatu yang terasa di hati . Kemesraan dulu adalah lebih  berharga kerana ketika itu masing-masing tiada status elit yang ketara ......tiada  tembok pemisah perasaan  berbanding sekarang . ...Resam dunia yang harus  diterima meskipun terkadang pahit untuk ditelan ... Keikhlasan berbicara dululah yang terbawa dalam hidup saya hingga ke hari ini untuk menjadikan memorinya tetap indah bermakna .

Tika ini rasa amat terbatas untuk bermesra seperti dulu .....terjadi apabila terdapat sapaan - sapaan di facebook tidak berjawab walau dalam satu ayat .....sedangkan dulu begitu mesra , siang dan malam hidup bersama ....Entahlah , tak tahu kenapa .... Mungkin status yang berbeza  atau TEMBOK itu  .... Atau juga diri kerdil ini yang memang tak glamour seperti orang lain , maka tak perlu dibalas (tambahan lagi nama pun langsung tak tercatat di blog ini -slot tarikh lahir) ........  Biarlah begitu , ia bukan  satu masalah yang besar , hanya secuit rasa untuk dibicara .

Akhirkata .....doa dipohon semoga semuanya sejahtera dalam meneruskan  usia  senja ini .  Semoga kita semua diberkati Allah serta mendapat rahmatNya . Amin ....

Ulasan

AHI berkata…
Salam Sof,syahdu. Ada lg status elit tp selepas stesyen dunia.
kembara kelana berkata…
alimah terima kasih menulis utk blog..aku tak sendirian walaupun ko jauh....aku penat mah,
kembara kelana berkata…
alimah....maafkan aku..aku akan cari nama dan tarikh lahir kau walaupun terpaksa ke smsj...bab tu silapm aku sebagai admin ada beberapa orang lagi mah...kekadang masa update ada drop data..amat dikesalkan
Citera Alam berkata…
KK , janganlah rasa bersalah . Awak tak salah apa2 pun . Tak perlulah ke SMSJ hanya hal sekecil itu . Awak dah buat yg terbaik utknya . Saya hargainya . Saya menulis hanya utk secuit rasa shj . Saya faham awak dah penat .Biarlah begitu . Kita tengok2 ajerlah . Bila rasa nak tulis , tulislah ,bila tidak ,biarkanlah . (Macam org dah uzur yer .....)Cuma ... tak taulah macam mana saya nak explain bila tak dilayan oleh ... yg dahulunya teman sebumbung . Sebok bebenor kot . Biarlah .....
fati berkata…
Mah,
saya baru sampai dari Jb pukul 1.30 pagi tadi . 3 malam di johor, jengok emak dan saudara. Raya haji x dapat pulang kesana, so amik kesempatan raya hindu, x pelah kot. Pagi baru buka comp, seronok baca entri Imah dan komen Imah di blog saya. Terima kasih Mah.... saya pun berperasaan yg sama macam Imah.... kita serupa rupanya....heheheheeh

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI