Selasa, 3 Ogos 2010

Seminar Mengenai Cadangan Pemansuhan UPSR dan PMR: Jemputan Menyertai Seminar

Tuan,

Bersama ini disertakan jemputan ke Seminar Pemansuhan UPSR PMR yang akan diadakan hari Sabtu ini.

Untuk RSVP, sila hubungi Puan Miza di 03-92838002.

Terima kasih.

Sh. Zuraidah Sy. Ibrahim
Persatuan Murid-Murid Tua MPM/KTK

----- Forwarded Message ----
From: Ida Borhan
To: sbp-alumni@googlegr oups.com
Sent: Wed, July 28, 2010 11:22:34 AM
Subject: (SBP:192) Seminar Mengenai Cadangan Pemansuhan UPSR dan PMR: Jemputan Menyertai Seminar

Yang Di Pertua

Persatuan Alumni/Murid Tua / PIBG

28 Julai 2009

Assalamualaikum warahmatullahiwabar akatuh

Y Bhg Tan Sri / Puan Sri / Dato’ Seri / Dato’/ Datuk / Datin / Tuan / Puan

Seminar Mengenai Cadangan Pemansuhan UPSR dan PMR: Jemputan Menyertai Seminar

Dengan hormat dan sukacitanya saya memaklumkan bahawa Persatuan Murid-Murid Tua Maktab Perempuan Melayu /Kolej Tunku Kurshiah (OGA) bercadang menganjurkan seminar yang tersebut di atas pada Sabtu 7 Ogos 2010.

2. Seperti yang kita semua maklum, baru-baru ini YAB Menteri Pelajaran telah mengumumkan kemungkinan kedua-dua peperiksaan yang kini merupakan peperiksaan kebangsaan yang diuruskan di peringkat pusat dimansuhkan sebagai cara bagi menambahbaik sistem pentaksiran pendidikan kebangsaan di negara ini. Beberapa alumni sekolah berasrama penuh telah mengemukakan cadangan agar OGA mengambil langkah untuk mengelolakan satu perbincangan khas mengenai isu ini memandangkan perkara ini amat penting dan perlu dibahaskan dengan sedalam-dalamnya terutama dari segi implikasinya. Sebagai golongan profesional, ibu bapa, bakal majikan, bakal pensyarah, adalah wajar kita memandang berat tentang apa-apa perubahan yang berlaku dalam sistem persekolahan terutama yang melibatkan pelajar.

3. Oleh itu seminar akan memberi peluang kepada alumni sekolah berasrama penuh mendengar pandangan dari tokoh-tokoh pendidikan yang berpengalaman dalam peperiksaan dan penilaian serta pihak-pihak yang terlibat secara lansung dalam bidang ini. Pihak kami bercadang menjemput Y Bhg Dato’ Omar bin Mohd Hashim (mantan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan dan Pengarah Peperiksaan) , wakil daripada Lembaga Peperiksaan, seorang pengetua sekolah dan seorang guru untuk memberi perspektif mereka dalam hal ini. Matlamat akhirnya adalah untuk menyediakan satu memorandum (jika difikirkan perlu) kepada Kementerian Pelajaran mengenai pandangan alumni dan PIBG SBP tentang isu ini. Semoga pihak Kementerian Pelajaran akan mengambilkira pandangan kumpulan ini apabila membuat keputusan mengenainya.

4. Sehubungan itu, saya dengan sukacitanya ingin menjemput wakil daripada persatuan bekas pelajar sekolah tuan/puan serta PIBG untuk menghadiri seminar ini. Saya percaya penyertaan daripada pihak tuan/puan akan memberi semangat kepada seminar ini di samping mengukuhkan lagi hubungan silaturrahim antara alumni dan PIBG SBP dalam hal-hal profesional yang melibatkan murid-murid SBP. Memandangkan tarikh seminar adalah kurang dari dua minggu, maka saya memohon agar pihak tuan/puan dapat memberi jawapan dengan segera (u/p Puan Miza tel 03-92838002) bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil.

5. Seminar ini akan berlangsung pada Sabtu 7 Ogos 2009 di Bangunan MCOBA, Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur dan dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pembentangan oleh 5 penceramah diikuti dengan forum (9.00 hingga 1.30).

Sekian dimaklumkan dan sama-samalah kita menjayakan seminar ini. Semoga jemputan ini mendapat sokongan Y Bhg Tan Sri / Puan Sri/ Dato’ Seri/ Dato’/Datuk/ Datin/Tuan /Puan jua.

Salam hormat

Datuk Rafiah Salim

Naib Pengerusi

Merangkap Pengerusi Biro Pendidikan

Persatuan Murid-Murid Tua Maktab Perempuan Melayu/Kolej Tunku Kurshiah

Tiada ulasan: