PERHEBAT PERIBADI ANDA

"Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat walau sebesar zarah dari perasaan takabur atau sombong". Sabda Rasullah saw dan "Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hamba-Ku, mereka akan masuk Jahanam sebagai makhluk yang hina-dina". (Al-mukmin :60)
Sombong, bongkak, angkuh dan takabur mempunyai satu pengertian yang sama iaitu salah satu sifat-sifat mazmumah (iaitu sifat tercela/terkeji). Sifat ini terbahagi kepada dua iaitu takabur lahir dan takabur batin. Takabur lahir dapat dilihat melalui perbuatan dan tindakan. Kebiasaannya ia dilihat pada gaya, mulutnya tajam dan mudah menghina orang. Imam Al-Ghazali pernah berkata : "Orang yang takabur itu ialah orang yang apabila ditegur, ia marah dan benci, sedangkan kalau ia menegur orang lain, ditegurnya dengan keras dan kasar". Ia akan berasa dengki dan dendam apabila orang lain mendapat nikmat atau kesenangan berbanding dengan dirinya yang mendapat kesusahan.
Takabur batin ialah takabur yang membesarkan diri di dalam hati. Inilah maksiat hati yang dicela. Dengan adanya rasa angkuh di dalam hatilah, maka lahirlah kata-kata yang membanggakan diri.

Ulasan

kembara kelana berkata…
entri yang amat baik dan menginsafkan di, ada juga antara kita yang saling ingat mengingati...semoga kau mendapat manafaat dari Allah
bong berkata…
OK tak Sop...aku ni menaip sambil ingat diri aku juga.

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI