Bro Alimor, Fati, Zaijb itu le istana anai2 GB kita, kau nak tak aku n3 kolam renangnya.Meemang beso gila istana tu, aku rasa apa yg Fati ckp tu betul, susah nak cari bini sendiri!Klu kau org nak main kejo2 pun boleh, bilik tidur je ada 6, hall ruang tamu ada 2 dapurnya sama beso rumah sewa aku, kolah mandi mcm kolam renang, pendek kata klu Zai tu tak sihat memang tak larat nak sapu sampah atau berkemas.
Hari ni anak aku yang bongsu ada sessi motivasi UPSR kat sekolah dia. Bila aku baca surat pekeliling dari sekolahnya penceramah yang akan memberikan motivasi tu tak lain dan tak bukan Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir. Dia senior kita setahun, batch 77 kelas 5E4. Aku sempat ke sekolah anak aku semasa dia menyampaikan ceramahnya dan snap beberapa fotonya. Sekarang ni dia bertugas di Jabatan Pembangunan Sumber Manusia UTM, Skudai. Kepada sesiapa yang nak panggil dia untuk memberikan ceramah motivasi bolehlah menghubungi dia. Tak kira mana pun kata dia, satu Malaysia dia ada beri ceramah.
Kita dah tua dan tak mgkn kita diberi peluang untuk jadi muda walau sesaat pun... sesungguhnya tiada peluang ke2 kecuali dgn izin Allah swt.... 1. Pada Reunion 13/12/2008 kita bertemu dan berpisah kerana Allah swt dan mgknkah Allah swt memberi kita peluang ke 2 untuk membuat reunion sedangkan kita semakin hari semakin tua.... 2. Kita ketawa apabila bertemu untuk melepas rasa kerinduan tp mgkn kah Allah swt akan kita peluang ke2 untuk kita bertemu dan ketawa semula .... Sedangkan kita semakin hari semakin tua.. 3. Kita berpelukan bila bertemu untuk membakarkan semula pertalian sahabat yg telah lama sejuk agar persahabatan ini akan sentiasa menjadi panas tapi mgknkah Allah swt akan memberi kita diberi peluang ke2 untuk kita bertemu dan berpeluk semula.... Sedangkan kita semakin hari semakin tua... 4. Kita menangis tanpa malu atau segan kerana kita tahu sesungguhnya titisan air mata yg keluar adalah lambang keikhlasan kita atas nama persahabatan tapi mgkn kah Allah swt akan memberi kita p
Minggu lepas anak aku yang no 2 mendakwa yang kasut abangnya (along) diperbuat dari kulit babi. Sedangkan aku sendiri tak tahu macamana nak mengenalpasti perkara ini. Jahilnya aku...! Aku pernah dengar dari orang yang 'dot' bekas bulunya ada tiga dot. tiga dot macamana? Aku nak kepastian. Dalam zaman IT ni maka aku cari dalam internet. Yes!! Dapat. Dalam blog malimkundang. Ni yang aku kongsi kepada semua. Cuba perhatikan dot lubang kulit ini. Ni biasanya untuk kasut. Ni kalau pada briefcase. Sekiranya anda regangkan kulit tersebut maka anda akan nampak jelas dot yang tiga tu. Dot tu 3dot dalam satu group! Selain tu beberapa product yang menggunakan kulit babi ni adalah seperti sarung tangan kulit. Beg tangan wanita, dompet dan sebagainya. Ciri-ciri kulit babi ni adalah kulit tu lembut (kulit lembu pun lembut juga). Maka berhati-hati lah! Kebanyakan product dari China menggunakan kulit babi. Barangan dari kult babi boleh dilihat dalam link ni: http://www.ec21.com/ec-market/Pigsk
Ulasan
Wau! Bosarnya..... boleh tak jumpa cari bini ni....hehehe
kalau main sorok2 best nie...
Tahniah...KK...