Aku menghisap rokok sejak tingkatan 1 lagi. Walaupun masa itu aku bersekolah di SMSJ dan tinggal di asrama, namun perangai buruk menghisap rokok dapat dilakukan juga. Ramai dikalangan kawan2 seasrama dengan ku menjalankan aktiviti menghisap rokok. Walaupun diketahui bahawa menghisap rokok adalah satu kesalahan besar bagi penghuni SMSJ, namun aktiviti merokok ini terus berleluasa. Aktiviti ini dilakukan secara sembunyi. Namun demikian ada dikalangan perokok SMSJ ini tidak bernasib baik, ditangkap oleh warden termasuk aku. Aku boleh dikatakan setiap tahun ditangkap menghisap rokok di dalam asrama. Hanya tingkatan 1 dan tingkatan 5 sahaja aku bersih tidak ditangkap.
Aku berterima kasih kepada warden dan member pengawas kerana telah memberi aku peluang untuk terus menginap di SMSJ. Hingga sekarang aku masih lagi seorang perokok. Akau tidak pernah berhenti daripada habit merokok ini, kecuali aku berpuasa di siang hari. Namun demikian aku menanam tekad untuk berhenti merokok, tetapi tidak tahu bila? Aku tahu merokok lebih banyak buruknya dari baiknya. Rokok juga telah mahal harganya, terasa satu pembaziran. Jadi hari ini aku entrikan sedikit maklumat hal merokok bagi sama2 kaki perokok dikalangan kawan2 kita untuk sama2 difikirkan.
Aku berterima kasih kepada warden dan member pengawas kerana telah memberi aku peluang untuk terus menginap di SMSJ. Hingga sekarang aku masih lagi seorang perokok. Akau tidak pernah berhenti daripada habit merokok ini, kecuali aku berpuasa di siang hari. Namun demikian aku menanam tekad untuk berhenti merokok, tetapi tidak tahu bila? Aku tahu merokok lebih banyak buruknya dari baiknya. Rokok juga telah mahal harganya, terasa satu pembaziran. Jadi hari ini aku entrikan sedikit maklumat hal merokok bagi sama2 kaki perokok dikalangan kawan2 kita untuk sama2 difikirkan.
RISIKO MENGHISAP ROKOK
Rokok telah diketahui boleh menyebabkan penyakit2 berikut:
- kanser paru2, mulut dan salor bladder
- sakit jantung
- sakit pernafasan seperti chronic bronchitis dan emphysema
- sakit2 lain seperti ulser peptik dan komplikasi semasa mengandung.
7 CARA UNTUK MEMBANTU ANDA BERHENTI MEROKOK
- Bersihkan dan buang. Bersihkan dan buang semua rokok yang ada dalam simpanan anda
- Buat nota galakan dan peringatan. Tulis nota seperti "Anda sekarang bukan perokok" dan tampalkan pada tempat2 yang kerap anda kunjungi eg di dalam bilik tidur, atas meja dan sebagainya.
- Lakukan terus. Terus sahaja berhenti merokok pada hari yang telah anda tetapkan untuk berbuat demikian. Jangan berhenti secara beransur2
- Tumpukan perhatian pada hari2 yang dilalui
- Fikir positif. Fikirkan diri anda sebagai seorang yang buakan perokok. Sekiranya ada pelawaan, katakan kepada rakan anda itu "saya tidak merokok"
- Dapatkan sokongan dari keluarga, kawan rapat dan rakan sekerja untuk membantu anda membuang tabiat bruk ini
- Melawan keinginan untuk merokok
- Melengahkan tindak balas sekiranya anda rasa ingin merokok. Katakan pada diri anda "nanti"
- Menarik nafas panjang. Tarik nafas panjang selama 5 saat dan lepaskan perlahan2
- Minum air dengan banyak. Elakkan pengambila air yang mengandungi kafein seperti kopi, teh atau kola
- Penuhkan masa anda dengan aktiviti. Ini penting supaya anda tidak selalu terfikir untuk merokok. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti berkebun, membaca buku dan sebagainya.
- Melakukan senaman sekurang2nya tiga kali seminggu selama 20 minit setiap sesi
- Membasuh tangan atau mandi sekiranya anda berasa ingin merokok
- Kunyah sesuatu seperti lobak merah, gula2 getah dan sebagainya
- Berdoa semoga anda diberikan keazaman yang cekal untuk berhenti merokok
20 ulasan:
Saye mmg anti rokok..memang pening dengan bau2 tembakau ni. Ayah saye masa zaman dia bekerja mmg rokok dah jd mcm makanan asasi dia..saye ni la yg terpaksa menjalankan tugas rasmi..jadi tukang ambik rokok lepas makan!!kdg2 dia tgh mkn saye dh standby pegang kotak rokok, astray dgn lighter.. mcm rokok delivery..Bila panggil nama saye jer dah siap sedia berdiri kat sebelah..
Bila dah bersara dia berenti merokok. Itupun lepas paru2 dia sakit. Batuk x berenti. Bile dah tua bru nmpak kesannya. Masa tu nk nyesal pun dah x boleh..
Klu saye nmpak org merokok saye dok membayangkan org tu tengah gulung2 duit pastu bakar, sedut asap duit kertas tu..mesti orang yang merokok ni kaya2 belaka kan???
tau xpe!
Berhenti MEROKOK ?Cadangan/Usul/Gesaan yang amat20 BAIK...Selain dari membazir duit dan menjejejaskan kesihatan..apalagi kerosakan akibat merokok..KATAKAN TAK NAK..TAK NAK..TAK NAK...kepada ROKOK..
kelebihan merokok pada puntungnya
ketinggian merokok pada asapnya
kenikmatan merokok pada hujung jari dan bibir perokoknya
anjing tak berani, sebab perokok tua bawak tongkat
pencuri tak masuk rumah, sebab menyangka tuan rumah tak tidur, sebab batuk tak berenti
merokok lebih baik dari mengumpat..dan menabur fitnah.
perokok penyumbang yang paling baik hati, penuh rela kepada kenaikan dapatan cukai negara..
hisaplah rokok wahai orang yang masih merokok...sampai kau puas hati..
Maya Maizura, ayah mcmana sekarang, sihat ke atau terus batuk mcm dulu masa merokok? Kau silap, hisap rokok bukan bakar duit tapi bakar kertas dan tembakau.
Teja, kita hisap rokok sama2 ok!
Anonymous, syabas!
PP, kau tak profesional lagi, dulu masa aku sekolah ada kawan aku kena denda makan tembakau rokok sampai muntah, kalau kau boleh buat macam tu baru lah profesional.
Bagi aku hisap boleh tak hisap pun boleh.
...biar putus cinta..jgn putus rokok ...mcmana nak padam kalimah cinta ni dari kamus seorang perokok... tlg jwb le?
Anonymous, cinta itu perasaan, tak boleh nampak, kalau dicakapkan ada yg tak mempercayainya.Tetapi merokok itu perbuatan, boleh dilihat, bila tak buat orang tahu.Nak padamkan kalimah cinta dari perokok, ambil getah pemadam atau delete je, hilang le dia.
Bong..ko perasan tak kalau orang putus rokok rasanya macamana?.. Menggelabah jadinya....Selagi ada CINTA apinya tetap membara... tapi selagi ada ROKOK puntungnya tetap berasap dan menyala... melainkan penghisap rokok itu PADAM...
Anonymous, kau hebat! Cuba hisap rokok tak usah dibakar, baru betul tak? Kalau rokok kretek kita cuma dapat rasa manis je! Lepas tu kita buang. Jangan sedut asapnya.Agak2 boleh ke?
kat kotak rokok rasenye dah mcm2 gmbar ngeri dowg letak tp org beli gak lagi..klu letak gmbar kubur pun org yg dah ketagih rokok x kesah punye..diorang ni lg takut klu rokok dilupuskan terus kt dunia ni dari diorang sendiri yg lupus..
~tgh mmbygkan org isap rokok,dah tu asap bkepul2 kua dr idung..sebijik mcm naga!!!
Bong, pendek kata nama insan yang bernama manusia tu tak boleh dipisahkan antara CINTA dan ROKOK. Kat sekolah ada ajar berCINTA dan meROKOK..rasanya takde..keinginan tu datang dgn sendirinya atau pengaruh sekitaran..dilarang tak boleh dan dicegah lagi susah..
encik pengail...nak gambar artis2 aje..letak gambar tengkorak jer bru sesuai..lagi satu, mane le gambar boleh bercakap2,merayu2 bagai..ingat citer p.ramlee ke??
Fuh...nikmatnya(sambil menyedut rokoknya perlahan-lahan..alon-alon..)Fuh pekena lak kopi O pekat,nikmatnya..(walau menyedari rokok itu.....ah peduli apa..)
Usop@KK@GB mana kau? Pak Roslan@Bagio mana kau?
Apa pun memang diakui rokok itu merbahayakan kesihatan, tapi bagi org yg tak merokok. Bagi org yg merokok tak bahaya pun! Siapa tak merokok jgn merokok. Siapa merokok teruskan, aku ada alasannya.Bagi org merokok dia berhenti bermakna dia mengekalkan kotoran di dadanya, bagi org merokok dan terus merokok, dia memperbaharui kotoran!Ini bermakna dia menukar kotorannya.
kalau cakap...kena bikin..jangan cakap tak serupa bikin....aku no komen...aku baca jer...jangan kau seru seru nama aku ...aku tak nak bicara bab rokok rokok ni...sensitif..
Usop, gentleman le sikit! Kau banyak idea. Belasah je pro dan kontra.
wei...wei..
psal rokok & isap rokok ni tak de nak komen banyak... suka ati you all lah yang seangkatan. Kalau sayang kat diri, anak isteri atau aweks ke atau yang disekeliling tu, bawak berhengatlah...
Cuma pada cikgu besar, kita nak kasi tau kat umah wak dah ada ashtray k.. meh lah jalan Banting lagi.
Fati... oh Fati.. mana pegi? oneymoon ke..??
sal
hahahahaha...terima kasih belikan aku astray tu, ni aku bersemangat nak merokok kat rumah kau ni..
fati..anak kau honeymoon dahlah kau nyibuk nak haneymoon apasal ...dah sunyi blog dibuatnya
sal..fatie banyak di FB
hehehehe......awak cari kita jugak ye Sal...... ingat nak main sorok-sorok sat....
Fati ingatkan Sal merajuk dgn fati sebab lupa nak bagi telur pindang ari tu.... terlupa sungguh!
Sop....aku jengok blog hari-hari, tinggal tak komen sangat....hehehe
GB@KK,stop pasal rokok..tu la sop kenapa bukak cerita pasal rokok.. kan banyak kontra dari pro..lain kali bukaklah cerita lain..cerita burung terbang ke...atau... ikan berlaga ke...cerita macamana nak jadi kaya...cerita macamana nak berbini du...a ..nanti marah pulak BETARA GURU..
Catat Ulasan