Menerima seseorang seadanya adalah kunci utama membina bahagia . Ucapan cinta-sayang tidak relevan selagi tidak diterjemahkan dalam tindakan yang berkesan ,
Berkongsi masalah dapat membina jambatan persefahaman . Golongan profesional terutamanya akan mengakui ini langkah terbijak ke arah itu .
Menghormati dan menghargai cita rasa pasangannya boleh mengukuhkan ikatan . Pelbagai perbezaan sebenarnya adalah resepi paling enak menuju bahagia .
Mencari ruang dan peluang positif untuk sentiasa bersama adalah langkah terbaik untuk memurnikan erti kebahagiaan yang hakiki .
Hipokrit dan double standard adalah pembunuh kebahagiaan . Ia ibarat api dalam sekam yang merobek kejujuran , kepercayaan , kesetiaan untuk selamanya ...........
6 ulasan:
5 elemen yang kau berikan dalam membina bahagia itu amat benar sekali mah...
1.penerimaan
2.perkongsian
3. hormat menghormati
4. bijak dan sentiasa mencari ruang dan peluang positif
5. jangan hipokrit
terima kasih berkongsi pendapat dan yang penting terima kasih menyumbangkan entri pada blog.
entri, shout [ komen ] amat penting dalam menghidupkan blog ini..
semoga kawan kawan lain jugak turt menyumbang terutama dari kelas e1, e2 yang telah lama menyepi diri .. please...
Hipokrit adalah satu dari sifat munafik. Aku doakan agar kita dijauhi dari sifat ini.
Mah, entri2 kau walau pun yang paling pendek dari yang lain tapi aku kira meberi kesan kalau difikirkan. Terima kasih.
setuju2... setuju yak amat... dlm membina hubungan hendaklah ade give and take... baru aman.
Usop , Bong dan Teja ,
Kata orang kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya . Kalau tak selalu diusahakan membina bahagia , kita kan layu di tengah jalan . Kita rugi sebab hidup boleh rasa hambar dalam usia senja ini . Kebahagiaan lebih penting dari segalanya .
Betul aku setuju, sbb tu aku selalu entri kisah yg blh membawa kebahagian, kerana kita macam citera alam cakap dalam usia senja.
ye la, dh senja... ape lg yg nk dicari agaknye ye? cukup la ape yg dh ade tuuu.... jaga baik2, layan leklok... kalau lari nanti sape yg susa? tejaaaa jugak... hehe
Catat Ulasan