Cadangan Perjumpaan Aidilfitri 1430 Hijrah

Kita bakal menyambut Ramadhan bulan Ogos ini dan seterusnya Syawal pada September akan datang. Blog ini pun semakin meriah dengan berbagai cerita suka, duka dan berbagai-bagai lagi. Ada juga antara sahabat-sahabat kita yang selalu menjenguk blog namun kurang penampilannya. Ada juga yang selalu menyumbangkan berita, cerita dan tidak kurang juga yang bergurau senda, kata mengata, sindir menyindir dan berbagai-bagai lagilah.

Lantaran itu dirasakan Syawal adalah bulan yang amat afdal untuk kita bertemu semula untuk mengeratkan lagi tali silatulrahim di samping dapat bermaaf-maafan di antara satu sama lain. Dengan itu berikanlah cadangan dan pandangan agar perjumpaan yang dicadangkan ini dapat direalisasikan sebagaimana kita mengadakan reunion tempuhari.

Di cadangkan ianya diadakan di Kuala Lumpur namun cadangan-cadangan yang lain juga boleh diterima agar segala persiapan dapat diatur lebih awal dengan harapan sahabat-sahabat juga boleh merencana jadual masing-masing.

Cadangan yang diperlukan:-
Tarikh
Masa
Tempat
Dan lain-lain

Ulasan

kembara kelana berkata…
aku tau aku jauh...tapi aku tak pernah tak setuju pada usaha kebaikan, aku tak ada cadangan, aku akan beri sokongan
Noorsham berkata…
aku tahun ni raya kat KK(kg org umah)...lps tu hari raya ke 4, balik kl terus ke jb plak. Korang nak buat kat mana? Aku rasa sume org balik kampung kat johor kan?...so buat kat jb atau kluang oklah...
pakroslan berkata…
Salam Said,
bagus idea kau tu. Aku sokong kat mana pun ..

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI