Berfikir Sejenak

Salam,

Kawan-kawan Semua,
Kali ni aku nak berkongsi pengalaman dalam menjalani kehidupan seharian.
Ceritanya begini...

Dulu semalam (bahasa org kampung) dalam perjalanan ke pejabat di Tol Jln Duta, aku ikut 'lane' smart-tag kanan sekali. Dah nak sampai rumah tol dlm 5 meter ada kereta tiba-tiba 'cross' dari kiri. Wow..berderau darah.
Oh... aku pakai kancil aje. Siapalah aku. Kerdilnya aku.

Semalam sekembalinya dari Temerloh (melawat anak) di Tol Duke hala ke AU dilorong
smart-tag. Lebih kurang cerita. Kali ni ada kereta 'cross' dari kanan sedang kami dah dilorong kanan. Wow berderau darah. Menjerit kami anak beranak. Nah ..kali ni dgn citra!. Orang sekarang kan!

Di mana moral orang sekarang?.Dah banyak hilang respek. Cuma pentingkan diri sendiri!. Risikonya melibatkan orang lain.

Komen anda?. Dimana sifat keMelayuan kita?
Dah takda keMaluan!.Perasan. Hingga takda perasaan.

Aku sedar siapa aku.Usop kau jauh tapi dekat.

Ulasan

fati berkata…
Kau yg lelaki pun depa berani buat macam tu kan...kalau kami yg pompuan ni bawak kereta ...lagilah depa pintas ikut dan je...punyalah sakit hati aku! Dulu aku pakai kancil gak, tak tahan kena buli kat jln raya, aku try bawak merz burok tu, kuranglah sikit org nak buli...kalau ada yg daring gak, aku hon kuat-kuat! Dulu (masa pakai kancil)tak berani nak tekan hon pun...hehehe
Citera Alam berkata…
Pintas memintas ni bukan kerana mereka bertemu kancil sahaja . Pemandunya yang kurang berkhemah kerana kurang akhlak . Mereka patut disekolahkan semula mengikuti kelas akhlak supaya dapat menjaga sensitiviti orang lain . Dah tercatat dalam rekod dunia bilangan kematian sebab kemalangan di jalanraya di negara ini dalam senarai top ten . Yang Khir alami adalah salah satu daripada sebabnya .
Noorsham berkata…
Salam Md.Khir,

Kau jgnlah fikir sbb kau naik kancil dorg buat kau begitu. Kat Mesia ni ramai pemandu mmg kurang ajar. Bukan kau jer yg kena, aku pun dah kena juga. Dorang tak kisah bawak keta kancil ke Merc ke, kalau dorg nak buat dorg buat gak.

Mcm kat highway, kadang2 kita ni potong lori atau keta yg perlahan kenalah potong ikut lane kanan kan, tp ada keta2 yg nak lagi laju tak sabar tgk kita kat lane kanan terus jer flash kat kita suroh ketepi supaya dia bole jalan laju2. Kadang2 dpn kita lagi plak ada kenderaan yg perlahan juga yg kita pun tgh tunggu dorg nak masuk ke kiri bila dah potong kenderaan yg lg perlahan disebelah kiri jalan. Bila kadang2 tu aku geram, aku break keta aku nak bgtau dorang jgn kurang ajar sgt n ingat jalan tu dia sorang yg punya. Kau tau, yg flash tu bukan saje keta yg besar, kadang2 kancil dan kelisa pun flash juga..nak2 kelisa sbb lampu dia mcm Merc bila waktu mlm...hehehe
kembara kelana berkata…
sian kau khir, bukan sebab kau keta kancil atau kau bawak anak anak, tapi kau cepat berderau...ghau ghau ghau...mudah terkejut kau ni dari dulu lagi...aku suka sergah kau dalam kelas, kau akan pegang dan urut dada...hehehehe
iss berkata…
Salam semua.... he.. he.. suka dengar complain kekawan. Since my job make me always on the road (kategori yg suka merayap ni...), yang banyak masa terbuangnya dalam traffic jam, maka saya kena jadi sangat2 rasional. Kadangkala sangat2 penyabar bila didepan stereng, kekadang tak sabar gek... tu yang buat lenggok diDUKE spt yg Khir complain. Camna pun saya lebih suka ambil pendekatan "Jaga keselamatan, & JANGAN menyusahkan orang". Orang minta ROW (right of way)dgn beem tinggi, bagiii... tak rugi, & tak jauh mana pun dia pegi. Tapi banyak masa nya diorang yg bagi saya ROW walau saya tak minta... agaknya coz kreta saya kurang panjang & lebih rendah dari kancil kottt.

Berkaitan Moral generasi sekarang... Imah, saya kata mereka ni lebih diBERI manja (tak bererti kurang mendapat ajar mak ayah : KITA ke tuuu?) menyebabkan mereka suka tunjuk terror, walau kail tak sepanjang milik Mimbar... he..he.. Atau agaknya, jika mereka ni dihembus bayu laut yg BERSIH spt ditempat Usof, bole tak diorang MENJADI lebih bersopan?
iss berkata…
Salam semua.... he.. he.. suka dengar complain kekawan. Since my job make me always on the road (kategori yg suka merayap ni...), yang banyak masa terbuangnya dalam traffic jam, maka saya kena jadi sangat2 rasional. Kadangkala sangat2 penyabar bila didepan stereng, kekadang tak sabar gek... tu yang buat lenggok diDUKE spt yg Khir complain. Camna pun saya lebih suka ambil pendekatan "Jaga keselamatan, & JANGAN menyusahkan orang". Orang minta ROW (right of way)dgn beem tinggi, bagiii... tak rugi, & tak jauh mana pun dia pegi. Tapi banyak masa nya diorang yg bagi saya ROW walau saya tak minta... agaknya coz kreta saya kurang panjang & lebih rendah dari kancil kottt.

Berkaitan Moral generasi sekarang... Imah, saya kata mereka ni lebih diBERI manja (tak bererti kurang mendapat ajar mak ayah : KITA ke tuuu?) menyebabkan mereka suka tunjuk terror, walau kail tak sepanjang milik Mimbar... he..he.. Atau agaknya, jika mereka ni dihembus bayu laut yg BERSIH spt ditempat Usof, bole tak diorang MENJADI lebih bersopan?
hafizah berkata…
Salam geng! Apa kabor semua? Ha'ah, org M'sia, tak kira bangsa memang "terror" di jalanraya. Masuk F1 tak menang juga. Kadang2 kita cakap pasal org lain, kita tak perasan kita pun bertukar jadi monster bila duduk belakang steering.
Jadi sesekali, bila kita tengah drive dan in a hurry, cuba kita teliti perangai kita pulak. Paling tidak keluar maki hamun dari mulut kalau org depan kita jenis 'evening drive'.
Sopan santun bermula dari kita juga.
Hari Jumaat lalu baru saya kena langar dari belakang di Federal highway. Tapi saya tak berhenti sebab saya sorang masa tu. Sampai rumah kesannye, baru tau, kemek dan patah belakang kete tu.belum sempat nak hantar repair pun.
sha'ri berkata…
Sama-sama lah kita berusaha merubah menjadi manusia yang berbudi mulia, dan dapat mendidik anak kita hormat orang yang lebih tua dari kita, lebih depan dari kita, ( macam Noorsham kata kereta depan kita jangan flash), lagi apa, yang lebih mulia dari kita, yang lebih 'alim dari kita, yang lebih wara' dari kita, dan sopan akhlak dimana-mana kita berada. dan kalau boleh kita jauhkan sifat sombong. Kita mesti mempunyai anggapan bahawa ini masalah 'kita semua' dan bukan 'your problem'.. ini generasi yang kita didik, ini generasi yang kita akan tinggalkan.. Sama-sama kita berusaha, InsyaAllah. Generasi yang ditingalkan mesti yang taat Allah dan Rasul baru boleh berjaya.
Azmanar berkata…
Salam alaik,

Lama tak masuk blog.

Kalau kawan-kawan semua dok Arabia, mungkin akan ramai yang kena darah tinggi.

99% pemandu akan flash atau hon.

Tujuan mereka flash atau hon ialah " JALAN LAH LAJU SIKIT ATAU KETEPI !! ". Kadang-kadang ada sambungan seperti BAGHAL ! atau BANGANG !

Aku belajar jadi penyabar kat Arabia sebab mereka semua lagi terer ..... beb.
mrs jannuri berkata…
Asalamualaikum...

Kita gembira bawak kancil dijalan yang lapang dan lengang, boleh rempitt...wak tak bagi bawak jejauh..

Bab anak-anak dizaman sekarang... Biar kita beranak/bersalin sorang, gembira kalau ramai orang tolong bela dan jaga sama maksudnya mereka pandang anak kita macam anak mereka... tegur anak kita macam tegur anak mereka juga.. takpe, cuma jangan pukul aje..bagi wak pukul ditempat yang sepatutnya..
kembara kelana berkata…
tertarik aku pada ayat, wak memukul ditempat sepatutnya...kat mana tu mimbar...aku tak faham?
mrs jannuri berkata…
Cikgu Besar...

Too bad, message tak sampai ye.. memang you all aje yang patut jadi cikgu.. kalau kita gamaknye jenuh mengajar, budak tak faham-faham.

Mimbar.. tempat yang sepatutnya tu yang jauh dari bahagian atas ye.. bla pinggang naik keatas tu tak boleh sentuh, itu towards anak-anak wak lah. Towards kita no problem.. dari hujung rambut sampai hujung kaki tak jadi masaalah.. pokok nya pukul manja.. kalau tidak. pasti teman takkan diam... Lawan jangan tak lawan.
Noorsham berkata…
Mrs. Jannuri,

ganazz...ganazzz...tp yg ganazz tu yg lg best....hahahaha...
fati berkata…
Tak mau lah main pukul-pukul Sal..., tepuk-tepuk tak pe...hahahah
Cikgu Besor tu mana nak faham, dok jauh, main pakai tiup je yg dia reti.... hehehe

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI