En.Jamil - Madutiga Part 5

Benarkah tiada bagiku...
Ruang dihatimu,
Untuk ku bertapak walaupun sejengkal jari
Di ambang pintumu
(M.Nasir – keroncong Untuk Ana)

Keroncong untuk Ana adalah dicipta oleh M. Nasir seiring dengan ranjau percintaan kita.
Masihkah kita ingat lagi perjuangan kita untuk menikah? Dalam segala kekurangan, kita berjuang apa lagi ketika cinta yang suci itu merayap mulai kedalam hati istri kita dan bersambut dalam satu ikatan suci.

Masihkah kita ingat pada malam pertama ketika istri kita menatap kita dengan sorot mata yang bercahaya sambil bibirnya tersenyum lebih indah dari biasa lalu dengan suara yang romantik keluar dari relung jiwanya dia berkata ”abang, saya akan abadikan jiwa ini seluruhnya untuk Abang”....
Selepas itu kita dibuaikan dengan ayat ayat cinta dari istri kita hinggalah akhir ayat ayat cinta itu semakin pudar seiring dengan usia kita..

Masihkah kita ingat nasihat istri kita supaya berhenti merokok, supaya bawa kereta pelahan2,supaya baca yasin malam jumaat, supaya jangan pancing ikan jauh2, supaya jangan itu dan ini. Sesungguhnya ayat ayat cinta istri kita telah berubah tetapi panasnya cintanya pada kita tak pernah bertukar warna walaupun buruk mana perangai kita. Tasbih ”i luv u ” itu tak pernah putus dari hati istri kita cuma mgkn ianya agak tidak kedengaran kerana tasbih cinta istri kita sehalus dan semerdu nadi kita.

Apa perasaan suami jika istri kita semalaman dikaraoke, duduk kedai kopi sampai jam 2 pagi, main golf sampai 7 ptg ? Marah? Begitu juga hati istri ... Apa perasaan suami jk suami jaga anak, basuh baju, mengandung 9 bulan, buat kueh raya? Suami pandai aja cakap. Kalau malam tu, mintak tak boleh tangguh2. kalau tak dapat? Mulalah merajuk.. Istri juga penat dan ada perasaan. Pantang ada peluang.. mesti nak kawin lagi. Dari umbun2 belum tumbuh sampai umbun dah nak habis pun masih nak menggatal lagi..

Masih ingat lagi waktu suami sakit? Suami minta di layan macam raja. Makan nak sedap aja. Rumah tak boleh bising. Sampai sakit2 pun masih suruh istri beli rokok tapi waktu istri sakit sikap suami masih macam raja juga. Tak pernah ada rasa kasihan pada istri.

Kenapa ibu mertua menangis semasa penikahan anaknya???
Kerana ibu itu tau lambat laun anaknya pasti kena tipu oleh menantunya...

Lelaki itu sentiasa muda untuk melakukan dosa tapi tidak pernah tua untuk bertaubat...
Lelaki sentiasa muda untuk berbini lagi tapi tidak pernah tua untuk mengaji.

Perasaan cinta dan marah yang ada dalam hati pada seorang istri tidak mungkin dapat dilihat secara luaran. Semuanya dihati. Kita masih boleh pelajari melalui sahabat kita yang telah bertahun menjadi istri di sini.. Ayuh kita masih belum terlambat lagi. Sekiranya kita masih gagal pada istri kita, cubalah pada istri ke2 atau ke3 atau ke4... Jgn cepat menyerah sahabatku Bong, Mimbar, Tumiran dan yg lain..

Ulasan

bong berkata…
Salam dan sejahtera utk kwn2 semua
Takpa lah aku org pertama memberi komen.
Bag falsafah kau memang tinggi sbb tu aku selalu kena belasah dgn kau.
Tapi kau perlu ingat org lelaki punyai akal yg lebih dr perempuan. Lelaki tidak akan membuat keputusan melulu. Perasan tak diluahkan bukan bermakna tak cinta tapi malu mcm cerita Usop Benci Tapi Rindu. Lelaki yg tidak becerita pasal kawin lagi 1 lelaki tu tak normal dan tak berperasaan.
kembara kelana berkata…
aku confuse..yang nulis lelaki, isinya hati dan perasaan wanita. namun yang pasti penulis amat memahami hati isterinya, dan yang pasti juga...apa yang dikatakan itu benar. wanita dan lelaki adalah berbeza tetapi boleh bersatu. malah saling menyempurnakan antara satu sama lain...lelaki, malas, asyik memerintah, nak layan macam raja, kurang rasa kesian, pantang ada peluang.....dah memang sifat lelaki. kalaulah ada ancaman dari perompak..ciri ciri lelaki inilah yang akan mengawal keadaan dan keselamatan...nampak jer dia malas duduk diam diam...tetapi ada org lelaki di rumah...macam ada "rasa selamat" sifat tak kesian dan pantang ada peluang amat penting pada menangani masalah dan ancaman
pada aku lelaki perlu kekalkan sifat lelaki dan perempuan kekalkan sifat perempuan, cuma perlu saling hormat menghormati dan faham memahami, kurangkan rasa angkuh dalam diri masing masing, rendah diri dan insya Allah. Selamat
fati berkata…
Bila aku baca intri ni, aku pun confuse jugak Sop...terfikir2 yg nulis ni lelaki ke pompuan....
Tapi bila dah sampai yg 2 perenggan di bawah tu...baru aku yakin...dia ni mmg lelaki tulin...heheheh
hafizah berkata…
Ha'ah, yg menulis ni tolong meluahkan perasaan org perempuan,kot2 ada suami yg sampai la ni tak faham2. Tapi kat ujung tu tak nak ketinggalan, selit juga sikit.......
Betul Usop,awak cakap tu. Kalau cik abg saya tak de kat rumah, memang rasa bimbang juga. Bunyi apa2 sikit suspend juga. Tapi kalau dia ada, rasanya lebih confident.
Emm.... jadi org lelaki ni malas...nak simpan tenaga lawan org jahat le??!
bong berkata…
Secebis Kasih membuat kita sayang...
Seucap Janji membuat kita percaya...
Sekecil Luka membuat kita Kecewa...
Tetapi sebuah PERNIKAHAN selamanya bermakna...
pakroslan berkata…
Salam semua,
entri aku ni sekadar mengisi kekosongan dalam blog kita..
pakroslan berkata…
Salam bong,
kalau SEBUAH PERNIKAHAN SELAMANYA BERMAKNA... aku rasa 4 buah pernikahan lebih selamanya bermakna...(matematic dpt berapa?)
Salam Usop n Hafiza,
ada satu kelebihan duduk berasingan antara suami dan istri.
Setiap kali SMS atau telefon mesti di akhiri dgn ucapan cinta dan rindu (i luv u.. i miz u).. Orang lain macam Fatimah tu... jarang2 dapat..
fati berkata…
Hahaha....macam aku ni main kenyit-kenyit mata tiap-tiap hari....kau tak jealous ke? Lagi best apa...
Azida berkata…
Salam. Hai semua.... rindu kat korang... terutama kat Usop.. hehehe.

Hahaha... betul Roslan, 4 pernikahan lebih bermakna... tapi kena le patuhi syarat syarak... baru bermakna betul tak? Aku setuju, bila berjauhan... kata2 i luv u, i miss u tak pernah lekang.. tetapi bila dekat kenapa susah nak sebut eekkkk?

Pati, aku memang jealous tengok kau dengan abang rosli tu....
kembara kelana berkata…
akhirnya, azida orang sungai abong muncul semula...tapi yang akan menimbulkan kontroversi ialah ...terutamanya usop... tu, aku harap kawan kawan aku [yang lelaki] bawak bertenang...hahahahaha

lan
duduk jauh bau wangi, duduk dekat bau kentut...biar banyak rumah, jangan banyak serumah, bong tu, sejak dua menjak ni bergalak pulak nampaknya...lan , fatie, tu ngenyit mata saja, bukan ada apa apa...anak anak dia blok ramai.

hafizah
org lelaki saja simpan tenaga, tu yang duduk diam diam jer tu...tapi kau dapat rasakan aura kalau dia da kan..tulah dia...tapibila tenaga banyak sangat simpan, tu dia mula intai peluang...jadi kau habiskan tenaga dia...
Noorsham berkata…
mendalam sungguh kata2 Pak Roslan kita ni...

td ada terbaca satu 'quote of the day', bunyinya seprti ni:

"Whatever you give a woman, she will make greater.

If you give her sperm, she'll give you a baby.

If you give her a house, she'll give you a home.

If you give her groceries, she'll give you a meal.

If you give her a smile, she'll give you her heart.

She multiplies and enlarges what is given to her.

So, if you give her any crap, be ready to receive a ton of shit."

Adakah ni apply utk pompuan melayu gak?
hafizah berkata…
Sham, MOST DEFINATELY!!!!!Hahaha.
pakroslan berkata…
Salam sham,
yang last tu aku kurang faham? "crap" n "shit"...
Azida berkata…
Salam. Syam... kau dah ada buktinya bersamamu...kau sanggup lagi tanya sama ada ia wujud untuk perempuan melayu gak?
Noorsham berkata…
Zie, aku ni nak test jer...tp bukanlah maksud aku smpai begitu sekali mcm dlm quote tu. Cuma kadang2 aku rasa pompuan melayu sekarang ni 'terlebih' plak dia punya latah. Adakah suami balik lambat lps tgk bola MU lwn Mesia ditikamnya!...tak ker haru jadinya..

Patutnya suami balik tu dia tumpang ler seronok sekurang2nya suami dpt tgk MU kat Mesia, tak payah pegi jauh2 ke England nak tgk...aku sebenarnya sedih dgn keadaan ni..apa nak jadi dgn dunia sekarang...
Noorsham berkata…
Bagio...'crap' maksudnya benda yg bukan2 atau merepek atau yg tak sepatutnya. Shit tu taik!...hehehe...
pakroslan berkata…
sham....
itulah yang tak de pada perempuan melayu. Perempuan melayu memang penyabar
Azida berkata…
Salam. Syam, nasib badan... aku rasa dia bukan apa tu... rindu kat kau ... bukannya marah... nak cakap rindu malu.... biasa le perempuan melayu....hehehehe

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI